Kalau dulu kaca mata gelap atau berwarna direka untuk melindungi mata daripada pancaran matahari yang terang. Namun kini, penggunaan kaca mata gelap dan berwarna adalah lebih kepada fesyen terutamanya di waktu siang.
Kita boleh lihat penggunaan kaca mata gelap ini tidak kira di tempat terbuka mahupun tertutup seperti di dalam pusat membeli-belah dan dewan.
Terdapat pelbagai jenis rekaan kaca mata gelap yang berada di pasaran. Hanya tinggal nak pilih sahaja yang sesuai dengan fesyen dan bentuk muka kita. Yang selalu menjadi pilihan sudah semestinya yang senang masuk dengan pelbagai bentuk muka dan senang untuk disesuaikan dengan apa jua fesyen yang dikenakan.
Aviator
Aviator adalah yang paling popular dan sering menjadi pilihan ramai. Sangat sesuai untuk dipakai oleh lelaki mahupun wanita. Aviator juga sangat sinonim dengan jenama Ray Ban. Tak kisah lah nampak si pemakai pakai aviator jenama apa sekali pun, tetap dipanggil Ray Ban.
Wayfarer
Kalau aviator popular di kalangan lelaki dan wanita, kaca mata jenis wayfarer pula popular di kalangan lelaki. Rekaan bingkai plastik dan tebal ini mula diperkenalkan oleh jenama Ray Ban. Pada mulanya bingkai ini direka berwarna hitam dan sekarang terdapat pelbagai warna mengikut peredaran zaman.
Browline / Clubmaster
Kaca mata berbingkai tebal di atas dan nipis di bawah ini sangat sesuai dengan pelbagai jenis bentuk muka. Seperti aviator, browline juga menjadi pilihan tidak kira wanita mahupun lelaki. Sama-sama sangat sesuai menggayakan kaca mata jenis ini.
Oversized
Ada ke yang suka pakai kaca mata yang besar-besar? Tentulah ada. Kalau dulu kaca mata jenis ini sering digayakan oleh orang-orang yang glamour atau yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Namun kini sudah ramai yang gemarkan kaca mata yang besar untuk tujuan berfesyen. Siapa yang tak nak nampak glamour bila bergaya kan. Malah, ada yang kelihatan sangat comel dengan kacamata jenis ini. Selalunya perempuan yang bertudung tidak gemarkan kaca mata oversized ini kerana akan membuatkan tudung menjadi kembang. Namun, jika kena dengan cara korang menggayakan tudung, kecomelan korang akan lebih terserlah.
Teashades / Round
Teashades juga dikenali sebagai "John Lennon sunglasses" kerana pernah popular disebabkan beliau pada satu ketika dahulu. Kaca mata vintage ini menyerlahkan gaya vintage kepada sesiapa yang memakainya. Tapi tak semua orang sesuai dengan kaca mata bulat ini. Ai suka sangat bila tengok kaca mata ini digayakan oleh pelakon Nabila Huda. Kena sangat dengan dia. Pernah juga ai berjinak-jinak dengan kaca mata jenis ini, namun tak cukup yakin dengan penampilan sendiri.
Cat eye
Gaya mata kucing adalah pilihan yang sangat tepat untuk fesyen retro. Baik bingkai kosong mahupun bercorak, tetap cantik untuk digayakan. Mata kucing ini sangat popular semasa zaman agogo. Cuba korang selak-selak album lama ibu bapa korang, mesti ada terselit gambar ibu, nenek atau mak cik-mak cik korang yang menggayakan kaca mata jenis ini.
Kaca mata yang mana satu pilihan korang? Kalau ai, ai lebih suka aviator dan browline. Cantik je ai pakai. Hahaha! Perasan! Teashades pun ai suka juga, tapi tak sesuai dengan muka ai. Mungkin sebab muka ai bulat kot. Hahaha! Apa pun, ai rasa kesesuaian kaca mata ni bergantung pada keyakinan diri si pamakai juga. Kadang kita rasa tak sesuai tapi bila pakai lama-lama nampak cantik lah pula. Apa yang penting kena yakin dengan pilihan masing-masing.
aisyaismail
Dari dulu suka oversized tu. Fefeeling hollywood hehe
ReplyDeleteTapi leceh nak kenakan dengan tudung.
Deletei like the teashades
ReplyDeleteMe too but tak sesuai dengan muka.
Deletewaalaikumussalam. terima kasih info. alahai rugi kak tak pakai spec gelap. hehe
ReplyDeleteAikk why rugi?
DeleteKakYa suka Aviator hehehe . Sendiri punya mmg takde tapi rembat yang husband punya kalau nak pakai time cuaa panas ceng ceng. Lagipon hubby kakya banyak koleksi gini ..
ReplyDeleteHehehe aviator memang ramai peminat kekya.
Deletesuka pakai jenis aviator. hehe nampak kerlasss
ReplyDeletekannnnn
DeleteAkk suka juga, tp skrg byk sgt handbag (anak 3), Kdg2 ntah mana2 spec itam. Udah ya bogel tak ber spec kekeke
ReplyDeletehuhuhuhu kena ready dalam handbag sebenar.
Delete