MAKAN MAKANAN LAUT SEGAR DI SERI SERKAM, MELAKA

Thursday, 6 February 2020

MAKAN MAKANAN LAUT SEGAR DI SERI SERKAM, MELAKA


Assalamualaikum and hye readers.



Kawan-kawan ai yang tahu kampung ai di Melaka mesti tanya dekat ai, kat mana tempat makan yang best kalau nak pergi Melaka. Jawapan ai juga selalunya adalah di rumah ai. Hahaha! Kalau ai dah ada kat Melaka tu memang susah lah nak keluar rumah. Banyak aktiviti dengan keluarga yang perlu didahulukan.


Walaupun kami lebih kerap makan di rumah, bukan lah bermaksud kami tak pernah makan di luar. Ada. Mungkin adalah dalam 5 ke 6 kali dalam setahun. Hahaha! Tapi kami bukan main redah je boleh makan di mana-mana sahaja. Sesekali keluar makan, mestilah nak makan yang sedap-sedap dan pilih tempat yang semua orang boleh makan dengan selesa.


Tempat makan yang selalu menjadi pilihan kami adalah restoran ikan bakar. Ada beberapa tempat yang popular di Melaka antaranya di Umbai, Serkam, Duyung dan Pantai Puteri. 4 ini je yang ai tahu. Baru-baru ni ai pergi makan bersama keluarga di Medan Ikan Bakar Seri Serkam. Betul-betul di tepi muara sungai.




Di situ terdapat pelbagai pilihan kedai dan tuannya juga tidak sama. Korang pilih lah yang mana korang suka. Ada yang kata sebelah luar sedap dan ada yang kata sebelah dalam sedap. Tapi semuanya menghidangkan makanan laut segar sebagai menu utama. Rasa dan cara masakan sahaja yang berbeza-beza.


Kami memilih kedai kepunyaan Mohd Nizam Bin Abdullah. Besar papan tanda yang diletakkan di atas kedai. Kami pilih kedai ini bukan sebab dia sedap atau tidak, tetapi kerana ada kerang besar di situ. Ai pula nak makan kerang bakar. Tapi hampa sebab ada kerang rebus sahaja.


Sama seperti semua kedai yang ada di situ, sampai je boleh lah pilih makanan laut yang masih segar untuk dimasak. Lepas tu korang pilih pula cara makanan laut itu dimasak. Pesanan untuk lauk-pauk tambahan dan air akan diambil di tempat duduk. Tak banyak pilihan sebab mereka fokuskan kepada kepelbagaian jenis makanan laut sahaja.




Selepas sudah membuat pesanan, silalah menunggu dengan sabar. Memang akan mengambil masa yang lama sedikit. Kalau nasib korang baik dan masa pergi tu tak ramai orang, cepatlah makanan tu sampai. Masa ai pergi haritu ramai orang. Maklumlah cuti tahun baru cina kan. Setiap meja punya pesanan bukan sikit-sikit. Pasrah jelah.


Malam tu kami makan kerang rebus, ikan bakar, lala masak blackpaper, sotong goreng butter, udang goreng kunyit dan juga ketam goreng telur masin. Tapi ketam sampai lambat sangat. Mereka terlupa agaknya. Pada mulanya kami batalkan pesanan untuk ketam tersebut tapi tiba-tiba sampai pula di meja. Rasa agak kurang sedap kerana ketam nya terlalu kering. Kami bungkus bawa balik je.


Selesai makan macam biasalah mesti ada sesi bergambar. Tapi ai sorang jelah. Yang lain semua dah tersandar kekenyangan. Hahaha! Nasib baik Encik Husband rajin nak melayan isteri dia ni. Dah habis bergambar kami semua pulang ke rumah dengan kepenatan. Jangan tak tau, makan pun boleh penat tau. Kenyang dapat penat pun dapat, sampai rumah buka aircond terus tidur. Fuh, selesa!


Esoknya kakak ai ubah ketam goreng telur masih yang kami bungkus bawa balik tu. Terus jadi sedap. Ai tak sangka kakak ai pandai masak resepi telur masin. Nak kena menuntut ilmu ni. Nanti boleh lah ai kongsikan resepi kat dalam blog ni.


P/s : Harap maaf gambar makanan tak ada sebab lepas dah habis licin baru teringat nak kongsi dalam blog.




aisyaismail

24 comments:

  1. Waalaikumussalam. Allahu teringin nya nak pi melaka lagi 😍

    ReplyDelete
  2. dulu saya pergi dekt umbai (klo tk silp la),abg sy bawa ikan sendiri je...minta org tu masak kan...tapi sebelum bwk ikan tu buang dulu organ dalaman..sebb die timbangkn.

    btw,kite org melaka >_0

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh ok baru tau boleh bawa ikan sendiri. Tapi kalau ikan sendiri bukan charge masakan je ke?

      Delete
  3. sila la belajar resepi telur masin tu, nanti nak baca tau!

    ReplyDelete
  4. Wahhh dah dekat dah ni dengan rumah. Boleh laa pergi nanti..

    ReplyDelete
  5. Mujurlah tak ada gambar makanan.. kikiki.. kalau tak meleleh air liur nengoknya..

    ReplyDelete
  6. bestnya makan seafood lagi-lagi layan tepi sungai... dahla fresh kan

    ReplyDelete
  7. bestnya makan dekat kedai terapung macam ni. Tak sabar tunggu Ai share resipi salted egg sebab ada kawan buat jadi kering jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak terapung. Kedai tu atas tanah tepi muara sungai. hehe

      Delete
  8. Assalamualaikum Wrmbth Sis Aisya. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  9. Kalau balik Melaka pun selalu dok rumah ja. Tapi makan kat sini memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang owg melaka suka dok rumah lah kot. kihkih!

      Delete
  10. selain penang akak rasa memang Melaka pun antara port heaven untuk jjcm..
    hidangan pelbagai dan macam2 pilihan =D

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D