Memiliki bibir yang merah bak delima adalah idaman semua orang. Lebih-lebih lagi bila bergelar seorang perempuan. Mana boleh tahan bila tengok bibir lelaki zaman sekarang ni lebih merah mengalahkan perempuan. Tapi malas betul nak pakai gincu setiap masa. Apatah lagi bila gincu juga adalah salah satu penyebab warna bibir menjadi gelap. Apa nak buat ni?
Jangan lupa scrub bibir
Mudah sahaja untuk scrub bibir. Kalau korang tak nak beli dan mahu berjimat, buat je sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah nak dapat seperti gula, madu, minyak zaitun dan minyak kelapa. Cuba korang jenguk kat dapur, mana tau dah ada. Silap hari bulan dah tarikh luput pun sebab korang tak perasan ada dalam kabinet dapur. Scrub bibir bagus untuk membuang kulit mati di bibir korang. Cuma 1 atau 2 kali seminggu. Mudahkan? Tapi kenapa ramai yang malas untuk scrub bibir ya? Termasuk lah ai!
Butter bukan hanya untuk di dapur
Nak memasak ke nak merawat bibir ni? Jangan terkejut kerana butter elok jika korang mempunyai masalah bibir. Salah satu faktor bibir gelap adalah bibir yang kering. Jadi, korang sapulah butter di bibir sekerap yang mungkin dalam 20 minit kemudian cuci dengan air bersih.
Madu untuk melembapkan bibir
Terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam madu. Dengan sapuan madu pada bibir korang boleh membuang kulit mati penyebab bibir menjadi gelap. Madu juga dapat melembabkan bibir. Cuba sapukan 20 minit sebelum tidur, lepas tu bilas dengan air bersih. Buat secara konsisten. Dalam beberapa minggu korang akan nampak hasilnya.
Aloe vera banyak khasiatnya
Banyak betul kegunaan aloe vera ni dalam mencantikkan diri. Dari rambut sehingga ke kaki ada sahaja yang aloe vera dapat membantu. Sapu aloe vera di bibir selama 15 minit sekerap yang mungkin. Lepas tu jangan lupa cuci dengan air bersih. Korang akan nampak hasilnya. Selain aloe vera, timun juga bagus untuk digunakan.
Sapukan SUTERA Lip Serum dari Jamu Tun Teja
Ini paling senang. Tak payah nak cari bahan-bahan. Order, sampai terus depan rumah. Sapukan di bibir korang. Semudah ABC. Setiap kali sebelum korang pakai gincu, korang sapu dulu lip serum untuk perlindungan bibir korang. Lepas pakai gincu pun korang boleh sapu lip serum untuk nampakkan bibir berkilat. Seksi gitu! Kalau taknak pakai gincu pun ok je, korang sapu je bila-bila masa yang korang suka. Dan jangan lupa, untuk rawatan malam, sebelum tidur korang sapukan lip serum di bibir. Biarkan semalaman. Pakai dengan kerap dan konsisten, bibir korang akan jadi sihat.
Nak tahu lebih lanjut? Nak beli? Korang boleh terus hubungi Cik Eliza di instagram @einjascat atau facebook Eliza Elias. Ramah dan cantik orangnya. Sejuk hati nak bertanya lebih mengenai produk. Jamu Tun Teja bukan sahaja ada lip serum yang best ni, macam-macam produk best lain ada juga. Korang cari je Cik Eliza untuk pertanyaan lebih lanjut ok.
Selain dari 5 tips di atas, korang elakkan lah hisap rokok dan pengambilan alkohol yang menjadi salah satu punca bibir menjadi gelap. Kalau korang suka pakai gincu pun kalau boleh kurangkanlah. Banyakkan makan buah-buahan dan minum air kosong. Bukan setakat bibir sahaja sihat, badan juga bertambah sihat.
aisyaismail
great sharing
ReplyDeleteThank you.
Deleteowh guna skrub bibir rupanya :)
ReplyDeleteYe betul.
Deletesejak scrub bibir body shop habis akak lupa nk beli dah... teringat dulu-dulu masa remaja nak merahkan bibir malam sebelum tido boh ubat gigi, pagi baru cuci mmg merah bibir tapi tak boleh bt selalu hehehhe
ReplyDeleteColgate ni first time dengar. huhuhu takut bengkak je.
DeleteWow.. Best ni, nk try nt
ReplyDeleteTry lah. But make sure takde alahan bahan2 tu.
DeletePerkongsian yang ohsem.. tq Aisya
ReplyDeleteWelcome sis.
Delete