NAK NAMPAK KURUS DALAM BERFESYEN? CUBA TIPS INI

Sunday, 15 March 2020

NAK NAMPAK KURUS DALAM BERFESYEN? CUBA TIPS INI


Assalamualaikum and hye readers.



Dah jadi suatu kemestian buat kaum Hawa, bila pakai baju je mesti nak nampak kurus. Dah kurus pun masih nak nampak lebih kurus. Rasa tak yakin je nak berfesyen bila tengok cermin, nampak badan berisi. Lebih-lebih lagi untuk gadis-gadis yang tak cukup ketinggian macam ai ni. Bila tengok kawan-kawan, semuanya nampak macam lidi. Tahukah korang, ada cara untuk nampak kurus dalam berfesyen?




Pilih pakaian yang berwarna hitam atau gelap

Tidak kira fesyen apa sekali pun, korang akan nampak kurus bila mengenakan pakaian yang berwarna hitam atau gelap. Tapi janganlah pakai dari atas sampai ke bawah warna hitam pula. Nampak macam berkabung pula nanti. Kalau dah bosan dengan warna hitam, korang boleh juga nampak kurus dengan warna-warna seperti biru gelap, merah gelap, hijau gelap atau apa-apa sahaja warna yang gelap. Senang cerita, warna gelap memang akan menampakkan korang kurus.


Pilih corak pakaian berjalur ke bawah

Corak jalur ke bawah dapat memberikan efek kurus pada si pemakai. Tidak kira korang besar atau kecil, korang sarung je pakaian berjalur ke bawah, terus nampak badan tu kecik sikit. Kalau korang tak percaya, cuba korang pakai pakaian berjalur tegak dan melintang. Korang akan nampak satu memberi efek kurus dan satu lagi memberi efek besar.


Pakai pakaian yang longgar

Pakaian yang mengikut bentuk tubuh bukan lah pilihan yang tepat untuk kelihatan kurus. Mana taknya, sekali korang sarung, berketul-ketul lemak yang sepatutnya tersembunyi munculkan diri. Pilih lah pakaian yang longgar. Selain nampak kurus, korang juga dah memilih untuk menyorokkan aurat korang. Hehehe! Bila ai cakap longgar, jangan pula korang pakai pakaian yang bukan saiz korang tau. Cukup lah tak ketat sahaja. Pastikan bahu baju ngan dengan bahu korang ya.


Jauhi pakaian yang kembang dan beropol

Sekarang tengah 'in' pakaian yang kembang dan beropol di kalangan mereka yang gemar berfesyen. Terutama sekali pada pakaian pengantin. Namun, tak semua orang sesuai dengan fesyen ini. Apatah lagi korang yang tubuh agak berisi. Masih boleh untuk digayakan, tapi untuk menampakkan korang kurus dalam gaya ini, bukan mudah.


Saiz corak juga memainkan peranan untuk menampakkan efek kurus sebenarnya. Tapi ai tak masukkan dalam senarai di atas sebab badan ai tak memberi kesan yang tetap pada corak pakaian. Hahaha! Kadang corak kecil ai nampak kurus dan kadang corak itu juga yang menampakkan ai besar.


Dah ada idea ke nak pakai baju apa untuk ke tempat kerja esok dan nampak kurus? Ai harap tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Kalau nak nampak kurus yang berpanjangan. Korang jaga lah makan dan senaman yang sihat. Orang kurus ni selalunya pakai apa pun cantik. Haihhh bila lah ai nak kurus kering macam dulu-dulu ya?




aisyaismail

12 comments:

  1. akak suka pakai warna hitam, longgar dan jenis yang gaya peplum, kembang kat bahagian perut hehehe... so orang tak nampak perut yan muncit tu hehehe

    ReplyDelete
  2. ilmu penting ni, sebab nanti makin cun bila bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeazzaaa. Walaupun hakikatnya tak lah kurus pun.

      Delete
  3. hahahahah~ kena ada tips trick kan baru kita hat rendang ni nampak tinggi dan kurus.. gittew..

    ReplyDelete
  4. hehe akak ni pusing kot mana pun nampak bolat jugak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Pakai warna gelap + corak jalur + jangan ketat jangan longgar. Nanti lonjong lah tu.

      Delete
  5. betul tu. dah apply memang nampak kurus walau hakikatnyaaaa. hehe.

    ReplyDelete
  6. Tau tak sebenarnya orang lelaki tak berapa minat kat perempuan yang nampak kurus.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D