KITA TOLONG KITA DUDUK RUMAH JANGAN KELUAR - COVID19

Thursday, 2 April 2020

KITA TOLONG KITA DUDUK RUMAH JANGAN KELUAR - COVID19


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini sudah masuk hari yang ke-15 perintah kawalan pergerakan disebabkan COVID-19. Ai masih di rumah dan tak keluar ke mana-mana. Alhamdulillah ai masih ok. Banyak rupanya aktiviti yang boleh dibuat di rumah ni. Sesekali tu ada juga bosan. Kalau dah tak tau nak buat apa, tido je lah.


Gambar hasil carian di google.com.

Selama duduk kat rumah ni ai banyak habiskan masa menjahit, main game, blog, instagram dan facebook walking selain duduk termenung memikirkan masa depan. Harap-harap keadaan akan kembali pulih seperti sedia-kala. Takut nak fikirkan kalau syarikat ai bekerja tak dapat nak buat jualan. Apa nasib gaji kami sebagai pekerja yang makan gaji. Sob!


Dalam kerisauan tentang diri sendiri, ai juga berasa kagum dengan petugas-petugas front liners di Malaysia. Mereka sanggup berkorban jiwa raga, masa dan keluarga untuk memastikan Malaysia menuju ke arah 0 kes COVID-19.


Ai kecewa sangat bila ada orang yang sanggup menipu dan memudaratkan front liners ini. Datang hospital dengan simptom  COVID-19. Tapi taknak mengaku ada kontak rapat dengan orang-orang yang sudah positive. Bila dah dimasukkan ke dalam wad, dan positive COVID-19 barulah nak mengaku.


Kan bagus kalau mengaku dari awal. Boleh mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Doktor dan nurse nak membantu bukan nak cederakan pun. Bila menipu, tak pasal-pasal doktor dan nurse kena dikuarantin kan sekali. Berkurang lagi jumlah nurse dan doktor yang diperlukan khidmat mereka. Korang tak rasa bersalah ke?


Gambar daripada facebook rasmi KPJ Selangor Specialist Hospital.

Apa-apa pun ai nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua petugas front liners kerana telah bertungkus-lumus berjuang memerangi COVID-19. Ai sebagai rakyat Malaysia menyumbangkan diri untuk duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana jika tiada perkara yang mustahak.


Kalau dipandang daripada sudut positive sebenarnya ada banyak juga kebaikan daripada semua perkara yang terjadi ini. Ramai yang selalu sibuk dengan kerja dah boleh berehat. Yang tak pernah solat berjemaah dengan keluarga, dah mula solat berjemaah. Mengaji, solat hajat, live-live keagamaan di social media. Tak ada lagi yang merungut tiada masa nak buat semua itu.


Baru-baru ni pun ai mula ikut live Ustaz Fakhrul UNIC di instagram. Setiap malam ada. Dalam pukul 10  rasanya. Korang pun join lah sekali. Ustaz Fakhrul akan buat live dengan artis-artis di Malaysia. Santai dan korang boleh tanya soalan-soalan mengenai keagamaan. Kalau dia perasan dan soalan koang terpilih, dia akan jawab soalan korang secara live.


Apa yang penting sekarang ni jangan berhenti berdoa. Duduk rumah diam-diam dan tak perlu lah nak keluar kalau tak ada perkara yang penting. Bantu kerajaan dengan duduk di rumah. Senang kan? Kita tolong kita. Ringankan beban orang lain dengan hanya duduk di rumah sahaja. Jaga kebersihan juga.


Dan korang tolonglah, selain duduk di rumah jangan sentiasa nak jadi yang pertama kongsikan maklumat tentang COVID-19 tanpa pastikan kesahihan maklumat yang korang kongsikan. Maklumat yang tak sahih boleh menimbulkan panik orang lain. Kalau tak mampu nak mengurangkan masalah, tolong jangan menambahkan masalah.




aisyaismail

10 comments:

  1. fikir yg +ve je bila kena duduk rumah ni. 14hr dah berjaya. Ni nak habiskan lagi 14hr pulak. Adohai. Moga sama2 kuat

    ReplyDelete
  2. Betul tu kita bantu kita stay at home. Jemu ka apa ka...cuba cari apa yang kita boleh buat.

    ReplyDelete
  3. Sungguh!saya pun turut kecewa. kalau sakit sorang2 tak pe, ni melibatkan nyawa orang ramai. Apa pun terus positif, moga segalanya beransur pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis. Bahaya kalau berjangkit ni. Menyusahkan orang lain.

      Delete
  4. stay at home dan teruskan berdoa agar semua ini akan segera berakhir kan AI . Aamiin

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D