MUDAH SANGAT MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

Tuesday, 19 May 2020

MUDAH SANGAT MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE


Assalamualaikum and hye readers.



Pejam celik dah masuk hari ke-26 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Pejam celik juga lagi empat hari sahaja lagi kita nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Sayu rasa hati bila mana Syawal kali ini kita tak dapat nak menyambutnya seperti tahun-tahun yang lepas. Terlalu rindu pada mak dan baba yang berada jauh dari mata.


Kalau ikutkan hati yang degil, nak saja balik ke kampung beraya bersama mak dan baba. Tapi bila memikirkan risiko-risiko yang mungkin akan terjadi, ai pasrah untuk tak balik ke kampung. Lagi pun sekarang ai dah mula bekerja semula dan ai pun tak pasti apa yang ai bawa balik dari tempat kerja. Baik mencegah dari merawat.


Apa itu Zakat Fitrah?



Walaupun tahun ini sambutan hari raya kita tidak seperti sebelumnya, namun jangan lupa untuk menunaikan Zakat Fitrah. Korang dah bayar ke Zakat Fitrah? Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas individu muslim dengan syarat-syarat yang tertentu.


Zakat Fitrah ni perlu dibayar oleh ketua keluarga pada bulan Ramadan sehingga 1 Syawal sebelum Solat Sunat Aidilfitri. Kalau korang masih belum bayar Zakat Fitrah, jangan bimbang. Masih ada masa lagi untuk korang tunaikan kewajipan yang satu ini.


Bayar zakat secara online




Dalam keadaan dunia sedang dilanda virus COVID-19, nak keluar rumah pun rasa was-was. Apatah lagi nak bersentuhan dengan orang. Tapi itu bukan alasan tau, kerana korang boleh tunaikan Zakat Fitrah secara online. Mudah sangat!


Masalahnya, sah ke jika bayar Zakat Fitrah melalui online sahaja? Jawapannya adalah sah. Islam itu mudah, banyak cara boleh di ambil untuk mempermudahkan urusan kita. Kalau tak pasti, rajin-rajin lah bertanya pada yang pakar. Jangan main hentam je. Takut jadi sia-sia pula ibadah kita.


Cara-cara bayar Zakat Fitrah secara online


Zakat Fitrah boleh dibayar secara online melalui beberapa cara seperti melalui eZakatPAY, aplikasi GoPAYZ, Boost dan juga melalui Perbankan Internet. Kalau tanya pada ai, yang paling mudah sudah semestinya melalui aplikasi e-Wallet. Tapi ai lebih selesa melalui eZakatPAY. Duduk depan pc puas sikit nak baca berbanding pegang telefon.

eZakatPAY


Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu layari https://fpx.zakatselangor.com.my dan ikuti langkah-langkah di bawah ini.

1. Isi dan lengkapkan butiran diri dan semak semula supaya tiada kesilapan.
2. Tekan "bayar sekarang" dan pilih kaedah pembayaran. Macam membeli-belah secara online.
3. Jangan lupa simpan resit untuk rujukan akan datang.
4. Korang berpeluang dapat hadiah daripada Lembaga Zakat Selangor.




Aplikasi E-Wallet


1. Fitrah Mobile App
2. GoPayz
3. Boost
4. Touch n Go

Selain daripada pembayaran zakat melalui eZakatPAY, korang juga boleh memilih 4 kaedah pembayaran melalui aplikasi seperti di atas. Segalanya di hujung jari. Sebelum masuk tidur pun korang boleh lakukan pembayaran.


Korang hanya perlu install semua atau salah satu daripada aplikasi di atas pada telefon pintar korang. Daftarkan butiran diri korang di aplikasi tersebut dan korang sudah boleh mula membuat pembayaran.







Myeg


Korang boleh juga membuat pembayaran melalui Myeg. Ini adalah cara pembayaran zakat secara online terbaru daripada Lembaga Zakat Selangor.

1. Korang hanya perlu layari www.myeg.com.my atau log masuk melalui aplikasi myeg.
2. Pilih pembayaran zakat Lembaga Zakat Selangor.
3. Buat pembayaran.



Korang boleh semak pembayaran dan dapatkan penyata zakat di https://ezo.zakatselangor.com.my.


Senang je kan? Boleh lah korang bayar tanpa ragu-ragu nak keluar rumah. Atau mungkin korang tiada masa untuk lakukan pembayaran, inilah kaedah yang sesuai untuk korang. Tunggu apa lagi? Jangan sampai terlupa tau! Makruh buat pembayaran selepas sembahyang hari raya dan haram memuat pembayaran selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.


Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai!




aisyaismail

8 comments:

  1. memang sangat mudah, klik klik dan siap

    ReplyDelete
  2. sekarang ini semua online aje :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua kewajipannsudah terlaksana

    ReplyDelete
  4. A good blog always comes-up with new and exciting information and while reading I have feel that this blog is really have all those quality that qualify a blog to be a one. sadaqah

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D