SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AISYAISMAIL.COM

Tuesday, 26 May 2020

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AISYAISMAIL.COM


Assalamualaikum and hye readers.



Selamat hari raya maaf zahir dan batin ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com. Macam mana hari raya korang pada tahun ini? Meriah tak macam tahun-tahun lepas? Baju berpasang-pasang atau guna pakai baju raya tahun-tahun lepas? Soalan cliche ai setiap tahun. Hahaha!




Sangat berbeza sambutan hari raya kita pada tahun ini. Tak boleh bebas kunjung-mengunjung ke rumah lain, tidak boleh menerima tetamu dan tiada lagi bersalaman jauh sekali berpelukan. Meriah atau tidak, pandai-pandai lah kita mencorakkan hari raya pada tahun 2020 tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Hari raya pada tahun ini mungkin akan menjadi hari raya yang paling ai akan ingat sampai bila-bila. Mana taknya, kalau sebelum PKP ai tak pernah tak balik ke kampung lebih dari sebulan. Paling lama pun dalam 3 minggu. Itu pun sebab ada halangan dari jadual kerja Encik Husband atau ada aktiviti lain di sebelah pihak keluarga mertua. Kalau tak ada apa-apa halangan, setiap minggu pun ai nak balik.


Tapi selepas diumumkan PKP pada bulan Mac yang lalu sampai ke hari ini ai masih lagi di sini tanpa peluang untuk pulang ke kampung. Ai masih faham dan bersabar. Demi keselamatan bersama, ai akur.


Tapi yang sedihnya, 2 hari sebelum hari raya baba dimasukkan ke hospital. Mak ai tinggal sorang-sorang kat rumah tanpa penjaga. Tapi kami adik-beradik yang berada jauh dari mereka tidak dibenarkan balik disebabkan rakyat Malaysia yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk sambutan perayaan. Kelonggaran merentas negeri yang kerajaan berikan diperketatkan semula. Aduh!


Sedih sangat-sangat. Bukan saja-saja nak balik ke kampung sambut hari raya. Tapi memang ada hal kecemasan yang kebetulan terjadi 2 hari sebelum hari raya. Hilang terus mood nak beraya pada tahun ni. Tapi ai tak boleh nak ikutkan hati sangat sebab ai masih ada keluarga mertua. Hati Enik Husband kena juga jaga. Jadi kita beraya lah secara berserdahana sahaja pada tahun ini. Kita jaga kita, sama-sama gembira.


Ai tak kisah pun tak keluar beraya atau tiada yang datang ke rumah untuk beraya. Dah biasa dari dulu memang kurang berjalan raya. Tapi ai nak lah tengok muka mak baba dan adik beradik ai. Itu dah lebih dari cukup.


Itulah sahaja cerita ai untuk pengalaman hari raya pada tahun 2020. Apa-apa pun ai masih tetap bersyukur dalam kesedihan ada juga keindahan Syawal pada tahun ini. Harapan ai, Syawal tahun hadapan jauh lebih indah daripada tahun ini.




aisyaismail

22 comments:

  1. Salam raya PKPB
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir dan batin WP.

      Delete
  2. Selamat hariraya maaf zahir batin ai

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Singgah raya sini.
    Harap Baba Ai kembali sihat. Amin. Doa banyak-banyak.

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri maaf zahir batin..
    happy2 selalu =)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya ya! 😁
    Raya tahun ni paling bosan. Tapi tka apalah,keadaan pun tak mengizinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya nana. Semoga raya tahun depan lebih baik.

      Delete
  7. selamat hari raya AI. maaf zahir batin. cantik baju warna grey

    ReplyDelete
  8. Salam Aidilfitri ai. Semoga baba ai kembali sihat. Dan harap raya haji semua kembali seperti sedia ada. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak ana. Thank you. Aamiin.

      Delete
  9. Tahun ni dan sedey memang tak dapat dipisahkan Aisya
    Salam Aidilfitri - Air mata syawal
    Saya dah follow back ya

    ReplyDelete
  10. Cunnya.. selamat hari raya Ai..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D