2 STATES ( FILEM HINDUSTAN ) - ARJUN KAPOOR, ALIA BHATT

Friday, 5 June 2020

2 STATES ( FILEM HINDUSTAN ) - ARJUN KAPOOR, ALIA BHATT


Assalamualaikum and hye readers.



Asal review filem dan drama je mesti ai akan pilih cerita Korea. Bosan pula asyik tengok cerita oppa. Kali ni ai nak review cerita Hindustan pula. Saja nak tukar selera. Cerita Melayu bukan ai tak tengok, tapi dah banyak sangat review dari blogger lain, korang google je mesti jumpa. Hahaha! Cerita Hindustan pertama yang bertuah adalah 2 States lakonan Arjun Kapoor dan Alia Bhatt. 2 States adalah adaptasi novel dan telah ditayangkan pada tahun 2014. 




Sinopsis

2 States mengisahkan tentang percintaan di antara Krish Malhotra (Arjun Kapoor) yang berketurunan Punjabi dan berasal daripada Delhi dengan Ananya Swaminathan (Alia Bhatt) yang berketurunan Tamilian dan berasal daripada Chennai. Krish merupakan seorang pemuda yang pemalu dan pendiam manakala Ananya merupakan seorang gadis yang cantik dan urban. Mereka bertemu di universiti semasa mengambil MBA. Mereka boleh dikatakan pasangan yang popular di universiti itu. Semasa di akhir pengajian mereka, Krish telah melamar Ananya dan ingin berkahwin dengannya. Mereka mempertemukan ibu bapa masing-masing di hari konvokesyen mereka. Pertemuan itu gagal kerana adat dan budaya yang sangat berlainan di antara kedua belah pihak.


Setelah tamat pengajian, Krish dan Ananya sama-sama bekerja di Chennai. Krish bekerja di bank manakala Ananya bekerja di sebuah syarikat syampu. Kedua-kedua mereka berusaha keras untuk menambat hati bakal mertua mereka. Usaha mereka menemui jalan buntu apabila ibu bapa mereka tetap tiada sefahaman di antara satu sama lain yang akhirnya membuatkan mereka berpisah. Ibu Krish seorang yang kasar dan mementingkan harta manakala ibu bapa Ananya pula sangat sopan dan tidak banyak bercakap. Perpisahan mereka menyebabkan hubungan Krish dan ibunya menjadi renggang kerana perpisahan itu berpunca daripada keegoan ibunya.

Ulasan

Pada ai cerita ni tak berat sangat walaupun ada elemen-elemen budaya dan keagamaan. Cerita santai sahaja. Pengakhiran cerita ini juga bahagia. Pelakon pun tak banyak sampai pening kepala korang nak ingat satu-satu watak dalam cerita ni. Paling ai suka, tempat Krish dan Ananya langsungkan perkahwinan mereka. Cantik! Ai tak pasti itu adalah kuil atau bukan. Tapi cantik tepi laut. Nampak lah perkahwinan ala-ala kampung di India tetapi penuh dengan adat dan kemeriahan. 


Tapi kan, satu benda yang ai perasan, cerita hindustan sekarang dah macam tengok cerita Korea juga. Hubungan pasangan yang belum kahwin tak ada beza dengan yang sudah berkahwin. Tapi masih perlukan restu ibu bapa untuk berkahwin. Hahaha!




aisyaismail

4 comments:

  1. best ni AI kak ana dah layannn kat Netflix hehe

    ReplyDelete
  2. dah lama tak tengok citer hindustan..
    kalo tengok pun mesti yang ulang tayang kat TV3 hahaha..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D