HARI INI HARI YANG KE-13

Tuesday, 2 June 2020

HARI INI HARI YANG KE-13


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini sudah masuk hari yang ke-13 baba duduk bersendirian kat dalam hospital. Bersendirian maksud ai adalah tak boleh menerima pelawat sepanjang berada di dalam wad. Setiap kali telefon baba, baba akan mula bercerita macam-macam pengalaman sepanjang berada di hospital. Ceria je suara. Tapi ai tahu, baba runsing tapi tak nak kami susah hati.




Baba ceria, ai gembira. Ai tak nak tunjuk kerisauan, tak nak baba bertambah runsing. Punca baba dikejarkan ke hospital haritu adalah disebabkan tekanan darah rendah. Baba dah dehydrated dan sakit perut yang berpanjangan. Sebelum tu pun baba dah asyik pengsan. Tapi biasalah orang tua, selagi boleh tak nak jumpa doktor. Tapi akhirnya baba kecundang juga.


Dari awal baba masuk hospital iaitu pada 21 Mei 2020, doktor nak masukkan kamera ke dalam badan baba untuk melihat masalah di dalam perut. Namun, baba ada masalah darah tak stabil. Kalau tak silap ai, sehingga semalam ada lah dalam 4 beg darah dimasukkan dalam badan baba. Banyak betul!


Akhirnya semalam baba dah berjaya dimasukkan kamera di dalam badan untuk mencari punca penyakit. Terdapat luka sebesar 4cm di usus baba. Ya Allah, besarnya. Seram ai nak bayangkan. Doktor dah ambil sampel luka dan tukarkan baba daripada wad biasa ke wad surgical agar baba dapat dipantau dengan lebih teliti.


Sampel luka yang di ambil adalah  untuk memastikan ianya adalah luka biasa atau sebaliknya. Ai dan ahli keluarga memang berharap luka tu hanyalah luka biasa. Tapi sepanjang baba di hospital, baba tak ada pula mengadu sakit perut.


Terima kasih pada doktor dan nurse yang merawat dan menjaga baba sepanjang kami anak-anak tak dapat nak menjaga di hospital. Baba tak pernah mengeluh benda-benda yang tak baik di dalam jagaan mereka. Syukur alhamdulillah. Itu pun sesuatu yang menyenangkan hati kami juga.


Ai harap, keputusan sampel akan keluar dalam masa yang terdekat dan baba boleh balik ke rumah dan terus berada dalam keadaan yang sihat. Dan ai berharap, korang semua tolonglah juga doakan mak dan baba ai sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat. Aamiin.



aisyaismail

38 comments:

  1. Harap luka biasa je.
    Doa banyak-banyak.

    ReplyDelete
  2. semoga di beri kesembuhan buat baba Ai, dan di permudahkan semuanya

    ReplyDelete
  3. semoga baba Aisya cepat sihat dan boleh pulang rumah cepat2.. staysafe

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik2 saja dan semoga baba ai cepat sembuh. Memang susah waktu pkp ni. Pelawat tak boleh lawat kan.

    ReplyDelete
  5. Harap luka tu luka biasa je. Semoga Baba Ai cepat sembuh..cepat2 keluar wad.

    ReplyDelete
  6. semoga baba ai celas sembuh doakan baba dari jauh k... stay safe..doa anak soleh pasti sampai dan dapat tenangkan baba disana

    ReplyDelete
  7. Semoga baba ai cepat sembuh, kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  8. Moga baba ai cepat sembuh dan discharge...Aamin

    ReplyDelete
  9. Semoga dlm keadaan baik2 shaja

    ReplyDelete
  10. Allahu, semoga cepat sembuh dan kedua ibubapa Ai dikurniakan kesihatan yang baik, aaamin

    ReplyDelete
  11. May Allah ease everything for you and your family. In shaa Allah. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

    ReplyDelete
  12. Semoga Baba Ai diberikan kesembuhan seperti sediakala

    ReplyDelete
  13. Semoga dberikan kesembuhan Aamiin

    ReplyDelete
  14. insyaAllah,All is well..semoga baik2 je keadaan baba

    ReplyDelete
  15. Semoga lukanya adalah luka biasa sahaja ya... semoga baba Ai kuat, segera beroleh kesembuhan dan dapat discharge secepatnya... insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah dia kuat. Aamiin. Terima kasih.

      Delete
  16. semoga semuanya baik2 sahaja. banyakkan berdoa ye

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D