TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM, CANTIK TAPI...

Thursday, 16 July 2020

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM, CANTIK TAPI...


Assalamualaikum and hye readers.



Taman Botani Negara Shah Alam ke Bukit Cerakah? Atau Bukit Cahaya? Yang mana satu nama yang betul? Atau ketiga-tiganya adalah tempat yang berlainan?




Haaa.. Kalau korang nak tahu, pada awal penubuhan Taman Botani Negara Shah Alam, taman ini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian ia dikenali pula sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam dan kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam.


Taman Botani Negara Shah Alam


Selain sebagai tempat riadah, Taman Botani Negara Shah Alam juga ditubuhkan adalah bertujuan sebagai tempat pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan. Ai suka sangat dengan Taman Botani Negara Shah Alam ni. Pada ai, ianya unik dengan berkonsepkan alam semulajadi yang betul-betul semulajadi. Macam masuk hutan, tapi hutan yang terjaga dan rasa selamat bila masuk untuk aktiviti riadah.




Pertama kali ai jejakkan kaki ke Taman Botani Negara Shah Alam ni masa zaman belajar di UiTM. Lama dah. Bukan joging atau senaman tau, tapi pergi dating. Hahaha! Orang lain pergi shopping mall tengok wayang, ai dengan Encik Husband pergi Taman Botani keluarkan peluh. Lepas tu terus ai jatuh cinta dengan Taman Botani Negara Shah Alam ni.


Dulu ada Skytrex, tapi sekarang dah ditutup kerana telah musnah akibat dilanda ribut. Ai tak pasti ia akan dibaik pulih atau tidak. Ye lah, banyak pokok yang tumbang akibat ribut. Ingat senang ke nak baiki kerosakan alam. Tapi kalau korang nak pergi juga, korang boleh pergi ke Skytrex di Sungai Congkak.


Aktiviti di Taman Botani Negara Shah Alam


Ahad yang lepas, ai dan Encik Husband sempat pergi beriadah di Taman Botani Negara Shah Alam setelah bertahun tak jejakkan kaki ke sana. Kami pergi pada sebelah pagi. Hujan pula. Nasib baik dalam kereta ada dua buah payung. Boleh lah kami redah hujan sambil nyanyi lagu hindustan. Hahaha!




Dulu ai dan Encik Husband memang rajin ke sana. Banyak tarikan yang menarik. Boleh berbasikal, berenang, memancing, tengok haiwan, joging, hiking dan sebagainya. Selain itu ada terdapat juga rumah empat musim, menara tinjau, empangan yang mempunyai pelbagai jenis spesis ikan dan Chalet Kampung Idaman.


Sekarang dah ada tarikan baru tau di Taman Botani Negara Shah Alam. Korang boleh main flying fox dan berkayak. Harga untuk setiap satu adalah RM10. Kalau nak merasa main flying fox boleh lah ke sana.






Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi...


Taman Botani Negara Shah Alam masih cantik, tapi banyak kawasan yang sudah ditutup. Seperti rumah empat musim, menara tinjau dan Kampung Idaman. Dan taman-taman yang cantik pun dah tak terjaga dengan rumput dan semak samun. Mungkin disebabkan PKP yang lalu dan tiada orang yang bekerja untuk menjaga kawasan sekitar.


Nak rapikan balik Taman Botani tu memakan masa. Kawasannya sangat luas. Mungkin hujung tahun ni dah cantik balik kot. Ai harap tempat tu tak dibiarkan begitu sahaja. Sayang kalau orang ramai tak dapat menikmati keindahan alam di sana.


Oh ya, kalau korang baru pertama kali ke sana, korang jangan risau sesat kat dalam tu tau. Banyak peta laluan yang disediakan di sana. Line telefon pun tak ada masalah kat dalam tu. Kalau penat, banyak pondok-pondok rehat yang disediakan. Tandas dan surau pun ada.




Tapi jangan cuba-cuba masuk ke tempat di luar daripada trek perjalanan. Kalau jadi apa-apa nanti, dah menyusahkan orang lain.




P/s : Nanti nak berkelah kat tepi tasik bila dah dibenarkan berkelah di Taman Botani Negara, Shah Alam.




aisyaismail

29 comments:

  1. luas betul ya, tak pernah sampai sana.... ke shah alam pun boleh kira je beberapa kali setahun sekali pun payah heheheh

    ReplyDelete
  2. Cantik. Myra dah lama teringin nak kesana. Tapi tak pernah-pernah sampai lagi. Sebelum tahun 2021 kena pegi jugak nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang kena pergi. Best tak jemu sebab luas.

      Delete
  3. heyy..baru perasan tak follow lagi blog Ai..how come eh..rasa da follow lama dah..skytrex dari tahun lepas tutup...nasib la dah pernah try kat situ sblom die tutup..ehh rumah 4 musim pon tutup?lahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dah close pun. Unknown pula, macam mana nak follow back ni.

      Delete
  4. alamak..tadi terguna acc company..patot la rasa x follow lagi haha

    ReplyDelete
  5. Lamanya x g sana. Ingat lagi berbasikal dekat bukit sapu tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyoo sis power cerbasikal kat bukit sapu tangan. Jenuh panjat bukit tu.

      Delete
  6. Ok teringinnya nak try flying fox!

    ReplyDelete
  7. Nama yg sama rupanya. Kita nie kalau area Shah Alam mmg kurang pengetahuan sikit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pun baru nak mengenal shah alam ni. hehehe

      Delete
  8. tak lah ai, bukan sebab PKP tapi memang dah lama attractions banyak tutup. Tiap tahun pergi, makin banyak yang tutup. Sayang lah sebab tempat ni cantik & sesuai sangat untuk yang suka nature tapi tak dapat pergi jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tu lah. Yang menara tinjau tu kalau tak silap sebab kayu dah mula reput.

      Delete
  9. Taman yang semakin usang. Dulu masa study UiTM SA sekali dua je pergi. sekarang dah banyak aktiviti xtream ada kan. barulah hidup sikit taman tu.

    ReplyDelete
  10. x pernah sampai ke sini lagi. Masa abe kie study di UM rasanya ia baru mula dibuka..

    ReplyDelete
  11. dulu zaman di uni adalah jenguk sini few times.. zaman rumah 4 musim tu..
    famous la time tu eheh skrng ni mmg x pegi sana da..

    ReplyDelete
  12. Saya pernah pergi waktu awal iaitu semasa nama Bukit Cerakah.
    Kira lama sudah.

    ReplyDelete
  13. Lama tal oergi.. Waktu utk flying fox tu pukul brp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 9 pagi sampai 6 petang kalau tak silap.

      Delete
  14. Rasanya macam pernah sampai tapi tak jelajah habis.. cantik juga, banyak yang boleh dilakukan disini..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D