Sedapnya kalau dapat makan buah limau sambil-sambil menonton televisyen. Kalau dapat minum air limau kisar pun sedap juga. Bertambah sedap jika buah limau tersebut manis rasanya. Tapi ada juga yang gemarkan rasa limau yang masam. Tak kira manis atau masam, bau limau sentiasa menyegarkan. Selalunya bila makan limau, apa yang korang buat dengan kulitnya? Jangan dibuang kerana kulit limau ada juga kegunaan walaupun tidak boleh dimakan.
6 Kegunaan kulit limau yang mungkin kita tidak tahu
Hilangkan bau busuk pada kasut
Bau kasut yang busuk sangat membimbangkan. Tak nak pakai, itu sahaja kasut yang ada. Bila pakai pula bimbang orang sebelah boleh bau. Macam mana nak hilangkan bau kasut tanpa keluarkan duit yang mahal? Haaa.. korang letak beberapa keping kulit limau selama 24 jam dalam kasut. Bau kasut korang akan diserap oleh kulit limau dan meninggalkan bau limau. Wangi dan jimat duit.
Sebagai pewangi rumah
Pewangi rumah yang berjenama agak mahal. Lebih-lebih lagi yang wangi dan tahan lama. Kalau jenama yang popular, lagi lah mahal. Cuba korang buat sendiri je. Korang rebus kulit limau yang sudah dipotong selama beberapa minit. Campurkan sedikit dengan kulit kayu manis atau daun pudina. Kemudian letakkan di dalam bekas yang terbuka dan letakkan di tempat-tempat seperti di dapur, bilik air dan bilik tidur.
Mengelakkan kucing buang najis merata
Banyak ai tengok kawan-kawan yang merungut di sosial media di mana kucing jiran-jiran suka membuang najis di dalam kawasan rumah mereka. Dah macam tandas pula. Cuba korang ambil kulit limau dan hiriskan kulit limau tersebut. Kemudian korang letakkan di tempat yang menjadi kesukaan kucing tersebut. Bau limau yang kuat tu akan mengelakkan kucing datang ke tempat tersebut. Selesai masalah! Hahaha! Tapi ai belum pernah cuba. Korang cuba lah, lepas tu bagi feed back ya!
Dapat melegakan sakit kepala
Bila sakit kepala dah datang, semua kerja tak menjadi. Kalau korang jenis yang tak suka telan panadol, cuba petua kulit limau ini. Gosokkan beberapa keping kulit limau pada dahi dan hidu bau kulit limau tersebut. Bau segar kulit limau itu dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Kalau ai, tak kira bau apa sahaja buah yang masam dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Awas! Lebih baik korang berjumpa doktor. Takut ada penyakit lain pula bila dah melibatkan kepala.
Bersihkan sinki sehingga berkilat
Asingkan isi dan kulit limau. Isi limau tu korang makan lah sebagai pencuci mulut. Kulit limau tersebut korang sental sinki menggantikan berus. Pasti berkilat dan wangi sinki korang. Jimat berus kat dapur. Hehehe! Sental betul-betul tau. Kulit limau ni hanya menjadi pengganti berus dan kulit limau tidak boleh buat magik!
Korang boleh lah cuba buat di rumah ataupun di tempat kerja. Kalau berhasil boleh lah korang kongsikan pengalaman korang mencubapetua-petua di atas. Semoga bermanfaat untuk orang ramai dan tidak dibazirkan kulit limau yang ada.
aisyaismail
selalu dengar petua ni tapi tak pernah try buat lagi..hehe
ReplyDeleteTry lah tiara.
Deletesaya tahu kulit limau orang buat asam hehe..
ReplyDeletesedappp jugak =D
Sebelum ni tahu tu je juga. hehe
Deleteterbaik. good info :)
ReplyDeleteThank you.
Deletetau yg jd pewangi tu je yg lain baru tahu hehehe
ReplyDeleteSedap kan bau limau.
Delete#391
ReplyDeleteakak suka bau kulit limau tu memang menyegarkan, kalau dulu nak balik U atau balik kg kene duduk dlm bas lebih 5 jam memang suka bau limau,, bawak bekal limau purut pastu suka bau kulitnya..rasa segar
ReplyDeleteAi lak bawa asam kulit limau. wajib.
Deletememang kulit limau abe kie selalu cium bila selesema..dpt kurangkan pening kepala sikit...
ReplyDeleteSedap kan bau dia.
DeletePetua UTK sini tu xpernah try lg..bole cuba nt
ReplyDeleteCuba lah.
DeleteBagus info
ReplyDeleteKongsi bersama.
DeleteBau oren ni segar kan ;)
ReplyDeleteHaaa segar.
DeletePetua bagus ni. Selalu sakit kepala.
ReplyDeletehaa try lah.
Deletewahh bagus tips ni n i love how it smell^^
ReplyDeleteSama!
DeleteMenarik tu boleh hilangkan bau kasut. suka bau kulit limau. buat cuci sinki tu berkesan sekali
ReplyDeleteTapi kaki pun kena jaga juga. Bukan kasut je.
DeleteBanyak rupanya kegunaan kulit limau ni erk
ReplyDeleteKan. Tau makan asam kulit limau je.
Deleteyang kita suka asam kulit limau.. ala.. sedapnya..
ReplyDeleteSama!
Deletemmg rare info ini. tak sangka kulit ada banyak fungsi lain. terbaik kak. :D
ReplyDeleteHehehe
Deletewahh bagus tu..lepas ni jgn buang lah kulit limau..simpan kan :)
ReplyDeleteJangan simpan xbuat apa dah lah. huhuhu
Deleteyang bau kulit limau utk hilangkan sakit kepala dah pernah cuba..menjadi tau..satu lagi untuk hilangkan bau di blender..AD suka blend kulit limau then cuci macam biasa.
ReplyDeleteAi pun selalu bau limau. Atau yang masam2 kalau pening.
DeleteSama lah. Buang je. Sebab pk selalu guna. nanti ada kulit lagi.
ReplyDeletenak cuba la.. rumah mama ni selalu tempat kucing melepak pastu dia tinggal harta karun plak huhuu
ReplyDeleteselalu letak lemon dalam microwave sbb tanak ada bau makanan campur2 lol
ReplyDelete