Hari ni ai pilih makanan yang sihat untuk sarapan pagi. Nak mulakan hari yang baik kena mulakan dengan benda-benda yang baik kan. Sebab tu ai nak makan makanan yang sihat. Makanan yang sihat pun adalah salah satu benda yang baik.
Ai perasan, ai ni susah sangat nak pilih makanan-makanan yang berkhasiat. Terutamanya makanan yang melibatkan bawang putih, halia dan rempah ratus. Bukan tak makan, tapi bila berlebih-lebih tu, bau pun boleh buat tekak ai loya. Tak mengada tau!
Makan Chia Pudding untuk sarapan pagi
Yang bertanggungjawab memperkenalkan ai dengan Chia Pudding ini adalah kawan kepada adik ipar ai. Terliur sangat tengok gambar yang dia bagi. Lagi terliur bila meriah buah-buahan dalam tu. Siap ada oat, chocolate dan almond sekali. Selalunya tengok orang makan oat, ai memang tak teringin pun. Tapi yang ini lebih kepada chia sead. Tapi macam biasa lah, ai tengok dan terliur je. Nak buat memang malas!
Bila adik ipar ai cakap kawan dia ada buka order Chia Pudding, ai terus beli 3 sekali gus. Padahal tak rasa lagi tu. Dah lah cerewet. Tak makan nanti dah membazir. Tapi bukan apa, kawan dia duduk jauh takkan nak hantar satu je kan. Macam tak berbaloi pula. Hahaha!
So pagi ini ai bersarapan dengan Chia Pudding di pejabat. Dengan yakinnya ai tak bawa apa-apa sarapan lain. Kalau tak sedap macam mana? Takpelah, Foodpanda kan ada. Tapi nasib baik sedap. Hehehe! Ada rasa masam manis buah dan pahit chocolate. Memang citarasa ai. Nasib baik tak beli sarapan lain tadi. Kalau tak mesti dah membazir.
Korang cerewet macam ai tak bila nak makan sarapan yang sihat-sihat? Cubalah buat Chia Pudding ni. Alah senang je. Leceh masa nak kembangkan chia sead je. Yang lain-lain, korang letak sekalikan je dalam bekas tu. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Kalau korang malas juga macam ai, korang order je dari @izzatyhaniff. Harga murah-murah je. Berbaloi dan pasti sedap!
Izzaty ni ada juga jual makanan-makanan sihat yang lain. Cuma tengok pada kerajinan dia nak buat menu apa. Tapi menu-menu sihat dia semuanya menyelerakan. Tips yang dia bagi pada ai, main dengan warna. Lagi meriah lagi menyelerakan. Jom follow instagram @izzatyhaniff.
aisyaismail
tengok dia punya plating dan warna warni memang menggoda...
ReplyDeleteRasa lagi menggoda.
Deletewow mmg menu sihat ni. mama dulu makan chia seed sekejap aje.. malas sebab asyik haus aje
ReplyDeleteAi tak haus pula. Cuma malas nak tunggu kembang.
Deleteuiiii sedapnyaaaa
ReplyDeleteMemang sedap.
Deletewahh., sarapan ala meksalleh western nih., ;p
ReplyDeleteHahahaha
Deletewow..pantas..
ReplyDeleteWell.. saya kan.
DeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeleteThank you WP.
Deletebenda lain boleh telan tapi bukan oat hahhahaha
ReplyDeletehahaha takyah letak oat.
Deletewow..so tempting!
ReplyDeleteYup!
DeleteTengok gaya sedap..shida sendiri pun tak pernah rasa lagi nih ^_^
ReplyDeleteCuba lah.
DeleteWah, satu lagi resepi baru utk makanan sihat iaitu Chia puding. nice info kak. :D
ReplyDeleteHehehe.. Cuba tau.
Deletemenu eat clean ni, kalau kena gayanya sedap jugak :)
ReplyDeleteSape suka selasih mesti suka ni.
Deletetak pernah lagi rasa chia pudding ni. Selalunya tabur chia seed dalam green tea je
ReplyDeletePun boleh juga. tapi puding ni lagi best sebab kenyang terus.
DeleteHuishh sedapnya tengok
ReplyDeleteRasa lah nad.
Deletenampak sedap ni :)
ReplyDeleteMemang sedap.
Deletewah! da ade orang jual healty food...nice laa
ReplyDeleteNice sangat!
DeleteOMG IT LOOKS SO YUMMY !! I'M HUNGRY
ReplyDeleteSo yummy.
DeleteMenu sihat dan sedap ni. Tapi itulah nak menyediakan tu susah nak konsisten. Senanglah ada yang menjual. senang kerja gitu nak breakfast.
ReplyDeleteBetul! nak consisten untuk siapkan hari-hari tu.. perlu diisiplin.
DeleteCuba lah. senang sangat.
ReplyDeleteselalu nmpk org jual kt IG tp belum dpt hidayah utk membeli or merasanya ;-)
ReplyDelete