Sunday, 29 November 2020
Sunday, 15 November 2020
Nasi ayam salah satu menu yang ai suka. Tapi dari dulu ai tahu beli je, buat nya tak reti. Malas nak belajar sebab macam leceh je. Nak masak nasi, masak ayam, sup, cili, kicap. Eh banyak betul nak kena buat. Tapi sekali dah buat, lah... senang je rupanya. Rugi tak belajar awal-awal.
Lepas sekali dah buat dan berjaya, siap orang puji-puji kesedapan nasi ayam ai, terus nak buat lagi. Hahaha! Bukan ai yang cakap tau, orang yang makan yang cakap sedap. Kalau korang baru nak belajar masak menu mudah nasi ayam roasted , korang ikut je step-step kat bawah ni. Mesti jadi. Kalau tak jadi tu mungkin korang ada tersilap kat mana-mana. Resepi ini untuk 5 ke 6 orang makan.
Bahan-bahan Ayam Roasted
Cara-cara masak Ayam Roasted
Bahan-bahan nasi ayam
Cara-cara masak nasi ayam
Bahan-bahan sup nasi ayam
Cara-cara masak sup nasi ayam
Bahan-bahan sos cili
Cara-cara masak sos cili
Bahan-bahan sos kicap
Wednesday, 11 November 2020
Assalamualaikum and hye readers.
Entri ini bukan nak promote mana-mana penjual tapi Ai nak promote produk yang ai sendiri jual. Eh, Ai dan Coco yang jual. Hehehe!
Apa benda Koko Jar Shake ni? Sedap sangat ke? Koko Jar Shake ini adalah campuran bubble rice dan mini coco crunch dan disiram dengan limpahan chocolate yang sedap. Kemudian di shake-shake dan terhasil lah Koko Jar Shake! Kalau korang peminat chocolate, korang mesti suka. Yang tak minat pun boleh jadi minat.
Dari membeli kepada menjual
Sebelum ai jual Koko Jar Shake ni, Ai adalah pembeli juga. Coco lah yang asyik nak beli je. Masa pertama kali Coco cakap nak beli Koko Jar, ai ok je walaupun harga agak mahal. Boleh tumpang sekaki makan manis-manis ni. Bila dah sampai, mak oii besarnya botol. Padan sangat dengan harga.
Dari satu botol ke satu botol. Dari perisa chocolate ke mocha dan yang terbaru durian musang king. Coco terus cakap dengan ai dia nak jadi agent. Ai panik sekejap. Nak jadi agent bukan boleh beli sebotol, tapi berbotol-botol dan bermodalkan ratusan ringgit. Kalau tak laku macam mana? Haihhh macam-macam pula Coco ni.
Sedap hingga menjilat sudu
Alhamdulillah dengan niat Coco nak meniaga, bila kami ada rezeki lebih terus kami jadi agent sah Koko Jar Shake. Coco pun nampak rajin nak menjual dan mempromosikan Koko Jar Shake ni. Sambil jual, beli sendiri untuk makan di rumah. Hehehe!
Korang tak nak cuba ke Koko Jar Shake ni? Meh lah cuba beli dengan ai. RM15 sahaja!! Botol Koko Jar Shake setinggi botol air 1 Liter. Confirm sedap and tak menyesal beli. Sedap hingga menjilat sudu! Buat masa ni hanya perisa chocolate sahaja ada. Yang dekat boleh COD, yang jauh boleh post. Yang penting, korang kena beli tau. Kalau berminat, klik link whatsapp di bawah. Atau boleh DM instagram @aisyaismail_ai.
http://www.wassap.my/60148469239/Saya%20nak%20Kokojarshake
aisyaismail
Friday, 6 November 2020
Assalamualaikum and hye readers.
Ingat tak entri Ai pasal Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi banyak tempat yang tak terjaga dah? Kalau tak ingat atau belum baca, korang boleh baca di sini. Sebelum PKPB haritu Ai pergi lagi sekali. Kalau sebelum-sebelum ni ai selalu explore laluan sebelah kanan, kali ni Ai explore yang di sebelah kiri pula.
Mana satu pilihan hati?
Ai pernah je ikut laluan sebelah kiri ni. Tapi jarang sangat. Dan ini adalah kali pertama Ai masuk sampai ke penghujung jalan. Kalau nak dibandingkan kedua-dua laluan ni, Ai rasa laluan di sebelah kiri ni lebih penat dan lebih jauh. Yeke? Rasanya lah. Hahaha!
Masa nak buat keputusan laluan tu payah sangat. Rasa macam nak naik flying fox, tapi kalau dah ikut sebelah kiri, agak jauh nak ke tempat flying fox tu. Memang tak mungkin lah Ai nak tawaf satu Taman Botani Negara Shah Alam tu. Mahu sampai ke petang Ai berkampung kat dalam tu nanti. Kalau berbasikal masih boleh dipertimbangkan lagi. Tapi Ai jalan kaki je. Nanti lah ada rezeki lebih Ai dan Coco beli lah basikal sorang satu.
Taman buah-buahan tapi tak ada buah
Dah suku perjalanan, baru kami tengok peta yang disediakan. Banyak peta di sepanjang perjalanan tu. Kami nak tahu apa yang menarik di sepanjang laluan tersebut. Jadi kami tahu lah sampai mana kami nak berjalan. Ada taman buah-buahan! Ai tak pernah tahu pun adanya taman buah-buahan di situ. Terus rasa teruja.
Tapi bila sampai kat taman tu, Ai rasa kecewa sikit. Dalam perjalanan tu banyak taman-taman yang sepatutnya cantik dah jadi menakutkan. Ada taman paku-pakis kalau tak silap. Penuh dengan rumput-rumput tinggi. Jambatan pun dah rosak. Ai percaya, taman tu mesti cantik kalau dijaga dengan baik.
Tapak Skytrex yang dilanda ribut pun dah menjadi usang. Tapi ai faham, tempat besar macam tu makan masa untuk dinaiktaraf semula. Taman buah-buahan pun hanya ada pokok-pokok tanpa buah. Itu yang paling kecewa! Hahaha! Kalau ada buah pun, ciku yang belum masak dan kelapa yang tinggi. Taman buah-buahan tu ai rasa untuk buat kajian je. Sebab tak besar pun kawasan tu. Ingatkan adalah orang jual buah sekali kat situ. Hahaha!
Taman kaktus gersang di Taman Botani Negara Shah Alam
Paling best adalah taman kaktus. Tolong jangan berharap terlalu tinggi ya semua. Taman Kaktus tu pun dah menjadi gersang. Tak ada pun pokok kaktus. Ada lah sebatang dua je. Jadi lah dripada tak ada langsung kan. Tapi Ai tak pernah sampai kat situ. Jadi, taman kaktus tu jadi taman yang paling menarik yang ada. Batu-batu yang merah dia mendamaikan mata ni. Pada Ai, cantik lah walaupun gersang.
Sepatutnya seminggu dua selepas Ai pergi ke Taman Kaktus tu, Ai dan Coco dah rancang nak panjat Bukit Sapu Tangan sekali lagi. Nak pergi beriadah sekeluarga. Tapi apa kan daya, tiba-tiba Selangor kena PKPB. Hiking kat rumah je lah.
aisyaismail
Sunday, 1 November 2020
Assalamualaikum and hye readers.
Ai ni jarang sangat nak terpengaruh kalau rakan-rakan blogger kongsikan apa yang mereka beli di Shopee. Ai lebih memikirkan kepentingan barangan itu untuk Ai dan juga kondisi duit dalam poket ni. Hehehe! Kalau benda tak penting tak payah lah nak bazirkan duit musim-musim jaminan kerjaya tak tahu sampai bila ni.
Baru-baru ni blogger Qaseh ada beli stand holder untuk nak ambil gambar menggunakan kamera telefon. Yang menariknya, stand tersebut hanya perlu klip pada meja. Korang susun lah produk yang korang nak ambil gambar atas meja dan snap. Tak payah susah-susah nak pegang telefon tu. Masalah gegaran pun kurang.
Stand ni memang sangat berguna untuk Ai bila dapat produk untuk review. Sebelum ni ada juga Ai cari, tapi tak jumpa pun dalam bajet yang Ai nak. Masa Qaseh kongsikan di story instagram, siap ada link sekali. Terus Ai klik dan teruja. Mana tidaknya, hanya RM20 lebih je. Lebih tu Ai lupa berapa.
Terfikir-fikir juga nak beli ke tak. Memandangkan barang pun tak banyak, Ai beli je lah. Dalam masa 2 hari dah sampai rumah. Kali ni Ai tak nak bagi link sebab masa Ai tengok tadi tinggal 1 item je lagi. Tapi korang cuba lah cari di Shopee. Cuba cari 'Mobile Phone Tablet Holder Stand Lazy Bed Desk Support' di ruangan 'search'. Nanti akan keluar banyak pilihan lain.
Tak sabar nak guna dan review produk dengan menggunakan stand holder baru ni. Harap-harap sangat berguna nak berbaloi Ai membelinya.
aisyaismail