Assalamualaikum and hye readers.
Entri sebelum ni Ai ada cerita yang Ai takut sangat nak cabut gigi kan. Alhamdulillah, berjaya juga cabut gigi tu walaupun Tuhan je tahu betapa nak tercabutnya jantung Ai sebab cuak sangat. Apatah lagi bila Ai nampak peralatan yang akan digunakan terhidang di depan mata. Kalau korang tak faham hujung pangkal entri kali ni, korang boleh klik sini untuk baca cerita sebelumnya.
Temu janji di KP Dental Place
Selepas 5 hari berjuang menghabiskan antibiotik, Ai pun serahkan diri di KP Dental Place. Macam biasa, Coco setia menemani isteri dia ni. Temu janji dengan doktor gigi pada pukul 9 malam, tapi kami sampai awal 15 minit. Nak panaskan badan sebelum berjuang. Ok lah 15 minit awal. Kalau awal sangat takut Ai ubah fikiran sementara nak tunggu pukul 9 tu.
Jantung Ai memang berdegup laju masa tunggu tu. Kalau amik tekanan darah, silap hari bulan boleh naik sampai 200. Ai hanya mampu istighfar banyak-banyak sampai Coco cakap 'takut sangat awak ni'. Ya, memang lah takut. Kalau tak takut, setiap 6 bulan sekali mesti Ai akan buat pemeriksaan gigi.
Kurang lebih pukul 9 nama Ai dipanggil. Ai masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Kali ni bukan Doktor Fauzan, tapi Doktor Farhana. Kecewa sikit sebab Ai dah tanamkan dalam hati yang Doktor Fauzan boleh cabut dengan baik. Tiba-tiba tukar doktor, tak sempat nak korek dan tanam balik semangat baru. Tapi tak apalah Ai tawakal. Selawat dan istighfar banyak-banyak.
Doktor Farhana ni ok rupanya. Lembut je bercakap. Dia buat Ai rasa tenang sikit. Bila Ai terlalu gementar, dia tanya nak Coco masuk tunggu kat dalam tak. Memang Ai tak nak lah. Setahun tak habis Coco membahan Ai nanti kalau tengok proses cabut gigi tu.
"Achievement unlock!" Berjaya cabut gigi setelah sakit bertahun-tahun
Sebelum cabut gigi, Doktor Farhana bius Ai 2 kali. Bila dah rasa kebas-kebas tu, doktor mulakan kerjanya. Tapi masih rasa sakit lagi. Sampai Ai tertepis tangan doktor. Maaf Doktor Farhana, saya tak sengaja. Nasib baik dapat doktor baik. Disebabkan masih sakit, doktor suntik bius sekali lagi. 3 kali Ai kena bius! 3 kali weyh... hampir pitam Ai kat dalam tu.
Setelah bius kali ketiga, Ai dah tak rasa sakit proses cabut gigi tu. Hanya rasa macam gigi ditolak-tolak sahaja. Tapi cuak tu tetap ada. Siap ada nurse gosok-gosok bahu Ai nak bagi Ai bertenang. Hahaha! Tak smpai 5 minit gigi Ai dah siap dicabut.
Pantang larang selepas cabut gigi
Darah banyak keluar. Tapi tu perkara yang normal. Kalau tak berdarah, itu yang tak nomal. Keturunan apa tak ada darah? Doktor Farhana letak ubat dan suruh Ai gigit kapas yang perlu ditukar setiap 30 minit. Sebelum keluar, Doktor Farhana bagitahu pantang-larang selepas cabut gigi selama 24 jam.
- Tak boleh makan/minum yang panas-panas
- Tak boleh berkumur
- Tak boleh meludah
Alhamdulillah dapat doktor baik.
ReplyDeleteBolehlah buang fobia pergi klinik gigi.
Harap pergi selepas ini tidak takut sangat.
Alhamdulillah dah selesai. Harap tak sakit lagi lepas ni. :)
ReplyDeletex bole ludah n kumur.. seriusla huhu
ReplyDeletesy pun ada plan mau cabut gigi ni
Akhirnya cabut jugak eh 😉
ReplyDeleteMoga lepas ni dah tak sakit gigi lagi.
ReplyDeletehuhu..akak pun ada masalah sama..masih takut ni nak g dental..
ReplyDeletememang seram nk jumpa doc gigi dr umur 6 thn. ya ampun sampai skrg mcm tu.
ReplyDeleteAlhamdullilah Masih ada Gigi.
ReplyDeleteAlhamdulillah, yeay. Kuat dan berani juga akhirnya. uishh lama tu peram sakit bertahun tahun. Bius pun sampai 3 kali. Saya pun pengalaman cabut gigi tu sampai kena jahit tak boleh dilupakan. seram!
ReplyDeleteFinally, lepas cabut mmg sakit, tapi lepas luka cabu tu dah baik.. sure rasa cabut gigi tu plg worth it kan
ReplyDeleteYe cabut gigila paling takut.. Hahaha.. Nak berishkan gigi pun kadg cuak. Tapi kene pergi juga
ReplyDeleteMemang ngeri kalau cabut gigi makanya banyak orang yang sakit gigi takut giginya dicabut
ReplyDeleteuii dapat merasai kesakitn gg itu..huhu
ReplyDeletebersabarla ye
eh klinik dkt sek.7 s.alam je ye..ohh dekatla dgn uma yaya sini..bole tinjauuu ni..hih
Alhamdulillah. Murah tu, Ai. Akak dulu kena sampai RM900, cabut gigi geraham bongsu. Huuu...
ReplyDeletetak tahu n tak nak saya cabut gigi haha
ReplyDeletewoo really scary, i can't imagine
wah congrates berjaya gak cabut. gigi yg sakit tu kalau lepas cabut mmg lega sgt2 oo
ReplyDeletebab cabut gigi mmg ramai yg takut tp kalau sakit tkleh biar lama..sbb nanti tk bole wat kj..tkbole nk mkn..tk bole tido....alhamdulillah dh berjaya cabut tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selesai urusan sakit gigi. Tahniah, Ai! Berjaya atasi rasa takut, seram, cuak semua tu.
ReplyDeleteSeram la pulak nak cabut gigi.. Kita pun derita sakit gigi jugak skrg tp still on off
ReplyDeletetahniah buat diri kak sebab berani heheh saya blum sedia lagi. nak cabut. 2 gigi bongsu tpksa cabut . xsanggup lagi hahah selagi boleh tahan. btw salam kenal . da follow #403
ReplyDeletesama laaa kite pun takut cabut gigi hehe
ReplyDeleteakhirnya...tahniah ai.. :-)
ReplyDeleteSisyat dulu takut gak dengan dentist, tapi lepas pakai braces, nak x nak mmg kena ngadap jugak la tiap2 bulan..hehe
dulu sy suka tampal gg dr cabut, pastu suka cabut dr tampal 😂😂😂
ReplyDeleteskrg dah ok kan? alhamdulillah... ada je doc kerajaan yg ok. tp kena buat appointment laa...bkn walk in....
ReplyDeleteBukan senang nak kuatkan semangat jumpa doktor gigi.. Faham sangat perasaan tu tapi bila dah berjaya cabut, dia punya lega tu lain macam kan Ai..
ReplyDeleteharap gigi AI dh sembuh dan cantik skrg. hehe
ReplyDelete