Assalamualaikum and hye readers.
Rindu nak baca entri baru Ai tak? Ai harap adalah yang rindu ya. Itu tandanya Ai tak adalah syok sendiri menulis dalam blog kesayangan ni. Bukannya Ai tak nak menulis, tapi kekangan masa buat Ai tak berkesempatan nak menulis. Kalau ada apa-apa idea, Ai hanya catatkan di dalam buku nota kecil yang Ai bawa ke mana-mana sahaja.
Walaupun ini bukan entri pertama yang Ai terbitkan pada tahun 2021, tapi ini adalah entri pertama yang Ai tulis pada tahun ini. Ya selepas 29 hari di tahun baru, barulah Ai jenguk blog Ai ni. Dah nak masuk bulan Februari pun. Boleh tak Ai nak ucapkan selamat tahun baru? Hahaha, tak payah lah. Dah lambat!
Tahun 2021 ni, Ai masih macam tahun lepas. Tak ada apa perbezaan sangat. Masih berharap COVID-19 segera berakhir agar kita dapat hidup yang normal kembali. Masih bekerja di tempat yang sama di mana Ai bersyukur sangat-sangat Ai masih mempunyai pekerjaan. Tapi kalau COVID-19 masih berterusan, Ai tak pasti di mana kedudukan Ai kelak. Semoga dijauhkan dengan perkara-perkara yang tak diingini.
Oh ya, tahun ni Ai cuba untuk mulakan hidup yang sihat. Nak bersenam dan makan makanan yang sihat supaya Ai sentiasa sihat. Buat masa ni Ai dah mulakan dengan kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur. Malam Ai cuba makan sebelum pukul 7. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam lah. Senaman Ai cuba mulakan perlahan-lahan. Naik turun tangga dulu lah. Tapi satu je masalah Ai, Ai tak boleh nak tinggalkan snek. Hurmmm.
Seperti tahun-tahun yang lepas, Ai harap tahun ni Ai semakin rajin untuk menulis dalam blog ni supaya korang boleh baca entri Ai banyak-banyak. Ada lagi satu harapan Ai pada tahun ni. Tapi Ai tak nak kongsikan dengan korang. Kalau Ai dah berjaya dapat apa yang Ai harapkan, baru Ai akan cerita. Korang tolong doakan Ai berjaya memperoleh segala apa yang Ai hajati ok.
aisyaismail
Ok, harap tercapai hasrat. Amin.
ReplyDeleteAamiin!
Deletesama la kita. smoga ada smngat untuk terus update blog. rajin. hehe
ReplyDeleteChaiyokk!
DeleteSemua tercapai segala impian Ai untuk tahun ni. Aaaminnn
ReplyDeleteAamiin!
DeleteWkmsalam
ReplyDeleteMudah2an segala impian akan tercapai di tahun 2021 ini
Aamiin!
DeleteSemoga apa yang Ai harapkan tu, akan tercapai. Amin. Selamat menjalani hidup yang lebih sihat. Berusaha! :)
ReplyDeleteAamiin!
DeleteSelamat tahun baru Ai..
ReplyDeleteSemoga semuanya baik-baik sahaja tahun ini.. Aamiin..
Ini link Shopee yang Ai minta tu..
https://shopee.com.my/product/12609016/3738563035
Selamat tahun baru sha!. Thank you!!!!
DeleteSemoga dipermudahkan kita semua untuk tahun 2021. Salam kenal dari saya Adib.
ReplyDeleteAamiin! Salam kenal adib.
DeleteAmin Ai..mudah-mudahan terlaksana ye..take care!
ReplyDeleteAamiin.
Deleteamin2 mudah mudahakn kita semua bebas daripada covid 19. amin
ReplyDeleteAamiin.
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan dan amin.. semoga covid cepat berlalu
ReplyDeleteAamiin.
Deletegood luck!!! musim covid ni ramai yg active bersenam.. dan sihat... hopefully u can do it too
ReplyDeleteAamiin.
Deletesemoga urusan tahun 2021 ni dipermudahkan..
ReplyDeleteAamiin.
Deleteinsya allah aminnn👍👍
ReplyDeleteAamiin.
Delete����������
DeleteSemoga covid cepat berakhir. Semoga dipermudahkan sgala urusan kita tahun ini Aamiin..
ReplyDeleteDone follow sini,. Jemput singgah n join segmen bloglist www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html
MCO ni nak blogwalking je la. Ada byk mase..
Aamiin. In syaa Allah.
ReplyDeleteAmeeen. Harap2 azam sy pun tcapai
ReplyDeleteamin semoga semua impian ai menjadi kenyataan
ReplyDeleteya semoga yg baik2 saja tahun ini.. inshaa Allah
ReplyDelete