TAK ADALAH TERUK SANGAT SUARA NABILA RAZALI MALAM TADI

Monday, 15 March 2021

TAK ADALAH TERUK SANGAT SUARA NABILA RAZALI MALAM TADI


 Assalamualaikum and hye readers.




Ai baru sahaja berkesempatan tengok Anugerah Juara Lagu yang ke-35 sebentar tadi. Lebih kepada dengar je sebenarnya. Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua memang layak untuk menang. 



Anugerah Juara Lagu yang ke-35 ni tak macam musim-musim sebelum ini kerana segala-galanya sangat simple. Tak ada penari-penari yang ramai memeriahkan pentas seperti selalu. Kalau ada pun hanya menerusi skrin LED. 


Norma baru kan, kena lah jaga segala SOP. Berapa banyak pula nak kena bayar saman kalau semua orang tak jaga SOP. 


https://www.aisyaismail.com/2021/03/ak-adalah-teruk-sangat-suara-nabila-razali.html
Gambar dari instagram Nabila Razali.

Lagu yang paling Ai tertunggu-tunggu sudah tentu lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Bukan apa, kat Twitter dari malam tadi dah viral bahagian Nabila Razali terkucil. Memang berdebar lah nak tunggu dia habiskan persembahan tu. 



Masa dengar klip yang viral tu, memang dengar teruk sangat. Tapi bila Ai dengar lagu penuh, ok je. Lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Nampak lah dia bekerja keras untuk persembahan malam tadi. Bahagian yang terkucil tu, maafkan lah dia. Bukan rezeki dia. Apa-apa pun baju Nabila Razali malam tadi cantik. 



Walaupun Ai selalu baca kecaman-kecaman netizen terhadap nyanyian Nabila Razali, Ai jarang nampak Nabila Razali dikecam dari segi lakonan. Tak dinafikan Nabila Razali lebih menyerlah dalam lakonannya. Tak kaku! Apa-apa pun semoga Nabila Razali terus maju jaya di masa yang akan datang.





aisyaismail

17 comments:

  1. perasan jugak dia terkucil beberapa kali, tapi dengar dr jauh tak dan nk tengok malam td sebab dah beradu awal... penat membuat roti hehehhe

    tapi biasa lah dia pun baru baik dr masalah tekak kan

    ReplyDelete
  2. Tapi rabia suka dengar lagu dia dkt youtube. Lagu cemburu best .

    ReplyDelete
  3. Saya pun rasa macam tu. Nampak dah ada improvement. And elok je part awal2 tu.

    ReplyDelete
  4. orang tak boleh terima sebab competition level tinggi. Tu je. Kalau pertandingan karaoke terkucil takde sape kisah kot. Haha. Anyway esok lusa orang move on jugak bila ada isu lagi menarik

    ReplyDelete
  5. skrg wak dh x tgk AJL., huhuhu

    ReplyDelete
  6. Saya pon tengok ulangan je. Memang la kelemahan dia terkucil tu kan tapi terasa sadis betul bila bayangkan kita di tempat dia. Kena bash teruk tu

    ReplyDelete
  7. kesian juga kat dia, banyak betul kritikan yang ada antaranya tak membina langsung

    ReplyDelete
  8. for me personally, elok la dia focus lakonan dan jadi yg terbaik mcm nabila huda ke, dari dia focus dlm segi nyanyian....

    ReplyDelete
  9. saya rasa baik dia fokus kpd lakonan sbb dia lebih menyerlah di situ..

    ReplyDelete
  10. akak tengok tapi adatlah tiada sesiapa pun akan perfect tapi kesian netizen yg kecam tu mcm diaorg tu hebat..cukup2 la nak kutuk dia

    ReplyDelete
  11. dia nervous mungkin... kalau kite kt tmpt dia pun akan alami perkara mcm tu jg kan...

    ReplyDelete
  12. apa masalah org yg suka kondem2 ni.. adoii. kesian nabila kena kecam

    ReplyDelete
  13. Walaupun ada yg kecam.. dlm radio masih ada lagu dia

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D