Assalamualaikum and hye readers.
Setelah setahun lebih tak menonton drama-drama Korea, Ai mulakan 2021 dengan drama bersiri Tale of the Nine Taled lakonan Lee Dong Wook dan Jo Bo Ah. Drama bersiri ini telah disiarkan pada Disember 2020 sebanyak 16 episod.
Drama Korea : Tale of the Nine Taled - Lee Dong Wook, Jo Bo Ah
Sinopsis
Tale of the Nine Tailed mengisahkan tentang Lee Yeon (Lee Dong-wook), seorang gumiho yang menjadi penjaga gunung dan jatuh cinta dengan seorang puteri, Ah-eum (Jo Bo-ah). Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Ah-eum mati kerana ingin membunuh Imoogi. Ah-eum berjanji untuk lahir semula dan Lee Yeon memberikan Fox Marble kepada roh Ah-eum agar Lee Yeon dapat mengenali A-eum apabila mereka bertemu semula. Lee Yeon kemudiannya meninggalkan gunung dan menjadi penghapus makhluk-makhluk ghaib yang mengancam dunia. Sementara itu, adik tirinya Lee Rang (Kim Bum) ditinggalkan bersendirian di atas gunung bersama anjing peliharaan yang diberi olehnya.
Sejak ketiadaan Lee Yeon di atas gunung, manusia telah membakar hutan gunung tersebut dan menyebabkan Lee Rang cedera dan anjing peliharaannya mati. Lee Rang berjaya melarikan diri dan menjadi seorang yang pendendam dan membunuh manusia. Manusia yang tidak bersalah juga menjadi mangsa dendamnya. Akhirnya Lee Yeon bertemu semula dengan Lee Rang kerana Lee Yeon diarahkan untuk menghapuskan Lee Rang yang telah membunuh ramai manusia yang tidak bersalah. Nasib Lee Rang baik kerana dia telah diselamatkan oleh Kwon Hae-ryong (Um Hyo-sup). Semenjak itu, Lee rang mula berdendam dengan abangnya.
Selepas beratus tahun lamanya menunggu kelahiran Ah-eum, akhirnya Lee Yeon bertemu dengan Nam Ji-ah (Jo Bo-ah), seorang penerbit di stesen TVC. Ji-ah telah kehilangan ibu bapanya secara misteri sejak kecil. Sejak itu Lee Yeon sering kali membantu menyelamatkan Ji-ah sewaktu di dalam kesusahan. Nalurinya mengatakan itu adalah Ah-eum, namun Fox Marble tiada pada Ji-ah. Setelah bertemu dengan Ji-ah bukanlah pengakhiran yang baik untuk Lee Yeon kerana Imoogi (Lee Tae-ri) juga telah dilahirkan semula yang dibantu oleh Lee Rang.
Ulasan
Drama-drama dongeng fantasi ni jarang tak menarik pada Ai. Setiap hari dah tengok dan baca berita yang memenatkan kepala untuk berfikir, jadi Ai lebih berminat untuk menonton drama yang sebegini. Tapi tak bermaksud Ai tak tengok drama yang bukan fantasi. Hahaha! Kalau korang jenis macam Ai, boleh lah tonton drama Tale of the Nine Tailed ni. Bonus cerita ni, Lee Yeon kacak dan Lee Rang comel. Hehehe!
aisyaismail
mula-mula akak tengok sebab hero nya tu hehhe, pastu jalan cerita pun layan...
ReplyDeleteSama la kita sis.
DeleteMenarik ke tidak cerita ini?
ReplyDeleteMenarik!
Deletesuka jugak jalan citer camni. cuma kadang2 endingnya macam tak boleh diterima hehehe
ReplyDeleteBetul. tapi layan kan aje. Asyik tengok kisah logik je kan.
Deletepernah tengok beberapa drama lakonan lee dong wook ni. drama ni tak pernah tgok pulak :)
ReplyDeletetak tengok lagi yang ni.. nanti nak tengok la :)
ReplyDeleteHa ah, handsome Lee Dong-wook. Akak tengok dia dalam cerita Goblin, jadi grim reaper. Hehe.
ReplyDeletesy pun x sempat nk tgk lagi... sesekali layan cerita fantasi kan... ;-)
ReplyDeleteLama nak move on dari drama ni huhu :)
ReplyDeleteTahun ni belum sampai mood nak layan cerita korea lagi. Tapi cerita ni dah memang ada beratur dalam list dah 😊
ReplyDeletei fall in love with him in Goblin :)
ReplyDeletemama rasa mama boleh layan citer ni. sebab mama pun suka genre meraban mcm ni hihi
ReplyDeleteCerita ni trending. Tapi itulah belum lagi terjebaknya. Tunggu mood sampai baru kita terjebak :)
ReplyDeletenampak drama ni tp belum tgk lg.
ReplyDeleteRamai dah tengok, kita je belum tengok..hehee
ReplyDeletelama x tgk drama korea
ReplyDeleteDah tgk jugak.. mmg best.. ada dong wook mst la kne tgk
ReplyDelete