Assalamualaikum and hye readers.
Dah pergi ke belum ke ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam yang telah dirasmikan pada 22 Mac yang lepas? Meriah betul pada hari pembukaan, sampai kena beratur panjang. Mana tidaknya, dengar kata ayam dijual dengan harga 80sen sahaja seekor. WOW! Tapi Ai bukan lah salah seorang yang beratur tu ya.
ST Rosyam Mart sudah ada cawangan di Shah Alam
Malam tadi Ai dan Coco sempat ke ST Rosyam Mart buat kali pertama. Tak ramai orang pun. Tapi bila kami pusing-pusing dalam tu, makin ramai pula orang. Entah bila masa lah mereka yang ramai-ramai tu masuk. Tau-tau je dah ramai.
Sebelum sampai di situ, Ai ingatkan ST Rosyam Mart ni macam Elews Mart cuma berkeluasan besar sedikit. Tapi ternyata Ai silap! ST Rosyam Mart ni dah di dalam kategori pasaraya dan bukannya pasar mini. Siap ada dua tingkat.
Di tingkat pertama adalah untuk mencari barang keperluan memasak sama ada yang kering mahupun yang basah. Barangan nak buat kek, kuih dan biskut pun ada juga. Di tingkat kedua pula barangan seperti barang mandian, cucian, kelengkapan dapur, kudap-kudapan dan juga peralatan menulis.
Paling Ai suka adalah bahagian keju. Bermacam-macam jenis keju ada di situ. Lepas ni kalau nak buat kuih atau kek, boleh lah Ai cari di situ sahaja. Tak payah beratur panjang di kedai kek.
Murah ke di ST Rosyam Mart?
Pada Ai ST Rosyam Mart ni tak adalah murah seperti yang digembar-gemburkan. Ada barangan yang murah dan ada juga yang mahal. Contoh macam cendawan inoki, biasa Ai beli paling mahal pun RM1.30 je. Tapi di situ berharga RM2 lebih. Terus tak jadi nak ambil. Tapi bawang dan daging kambing memang murah.
Di ST Rosyam Mart ni ada barang-barang tertentu yang akan ada harga promosi. Promosi tu bukan sikit-sikit tau. Waktu itu memang betul-betul murah. Ada yang sehingga lebih 50% diskaun. Waktu itulah seronok nak membeli-belah macam di kedai Eco. Korang hanya perlu jadi member dengan harga rm10 untuk dapatkan harga tersebut.
Bapak Style Eatzy By Rosyam Nor
Dalam ST Rosyam Mart ni ada kafe. Tapi mini kafe je. Tempat duduk pun tak banyak. Bapak Style Eatzy by Rosyam Nor namanya. Boleh lepak di situ jika mahu. Kalau ramai orang jangan lah lepak lama-lama. Bagi lah peluang orang lain nak merasa lepak di situ juga. Ramai yang nak merasa melepak dengan ada style. Hihihi!
Kafe ni macam kafe hipster. Hiasan dalaman dia memang style. Sesuai sangat dengan namanya, Bapak Style! Disebabkan kafe tu style, jadi Ai pun ambillah gambar untuk dikongsikan di dalam blog kesayangan ni. Lepas tu Ai terus ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Tak payah beratur pun sebab orang yang ramai-ramai tadi masih lagi meneroka apa yang ada di ST Rosyam Mart tu.
Bila dah ada di luar, Coco cakap dia ada nampak Datuk Rosyam Nor di kafe Bapak Style tadi. Tapi dia tak pasti. Terus Ai periksa semula gambar yang Ai ambil tadi. Aah lah, ada Datuk Rosyam Nor! Aduh duh duh! Mesti dia ingat Ai nak amik gambar dia. Padahal Ai tak perasan pun. Harap-harap dia pun tak perasan. Ai malu! Hahaha! Nasib baik pakai pelitup muka. Dah macam mamarazi pula Ai ni.
ST Rosyam Mart ni mungkin masih terlalu baru lagi di Shah Alam. Masih banyak jenama dan barang yang masih belum ada. Bulan depan Ai akan cuba pergi sekali lagi. Mana tau semua barang yang Ai nak tapi tak ada malam tadi dah ada bulan depan. Harap-harap tak ramai lah sebab masing-masing nak membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan kan.
aisyaismail
Dekat rumah saya ada ST Mart tapi sentiasa ramai orang. Rupanya macam gitu ye harga dia. Thanks for sharing
ReplyDeleteKat kl kan?
DeleteHaah. Kat keramat
Deletebesar giler., ;p
ReplyDeletetesco dgn giant pon dh lama nk tutup..
Tesco rebranding je.
DeleteSemoga suatu hari nanti dia buka di Melaka pulak..
ReplyDeleteAamiin
DeleteOkey! Nanti nak pergi! :)
ReplyDeleteknp tak amik selfie dgn datuk?ape la..
ReplyDeleteI is malu.
Deletewahhh besar lah cawangan nya kan.
ReplyDeletepuas hati ada tpt shopping gini.. harap bukak kt sg buloh pula.. hehe
ReplyDeletedh agak mesti ada harga yg murah dan mahal. heheh
ReplyDeletekalau peniaga sah2 borong kt situ
tak pernah pergi lagi walaupun dah beberapa kali lalu kat setiawangsa tu hehehehe
ReplyDeleteof courselah belum pergi sebab nun jauh di sana. kiranya sama je macam supermarket yang lain ada barang murah ada barang mahal. taklah semurah yang digembur gemburkan itu.
ReplyDeleteEntah bila dpt shopping sini.. menarik harga yg ditawarkan
ReplyDeleteAkak dok Perak, lama lagi kot nak merasa shopping situ.
ReplyDeleteMacam dalam Mydin pun ada, susunan dia tu.