Assalamualaikum and hye readers.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-16 umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Tahu-tahu je dah hari yang ke-16. Bulan Ramadan ini adalah bulan di mana umat Islam berlumba-lumba nak membuat kebaikan dan antara kebaikan itu adalah dengan bersedekah.
Zakat Fitrah juga adalah salah-satu sedekah dan diwajibkan pada bulan Ramadan. Korang dah bayar Zakat Fitrah ke belum? Kalau takut terlupa nanti, eloklah disegerakan. Kepada yang masih belum tahu, Zakat Fitrah boleh dibayar secara atas talian.
Apa itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang beragama Islam dan berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kadar Zakat Fitrah
"Satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.70kg beras atau sama nilai dengannya."
Syarat-syarat wajib Zakat Fitrah
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta.
- Anak yang lahir sebelum terbenamnya matahari dan hidup selepas terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan.
- Memeluk Islam sebelum terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan dan kekal beragama Islam.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan.
Waktu menunaikan Zakat Fitrah
1. Waktu Wajib
Apabila terbenamnya matahari akhir Ramadan sehingga terbitnya matahari 1 Syawal.2. Waktu Afdal
3. Waktu Sunat
4. Waktu Makruh
5. Waktu Haram
Lebih mudah tunaikan Zakat Fitrah melalui online perbankan Ambank
Jom Zakat Cashless sepanjang bulan Ramadan
3 langkah mudah
- Tunaikan zakat anda melalui platform online banking, online eZakatpay, online channel, online @banch, mobile banking, ATM machine ataupun e-Wallet.
- Imbas kod QR untuk mengisi borang atau klik sahaja link http://bit.ly/zakatcashless2021.
- Daftar e-Zakat Online di ezo.zakatselangor.com.my.
terbaik
ReplyDeletebayar online je eh? sha pun taktahu sbb abah yang bayarkan hehe
ReplyDeletejamni nk bayar zakat kene buat promosi cabutan bertuah erk., untungla., huhuhu
ReplyDeletejom cashless. tq ingatkan bayar zakat
ReplyDeleteSenang guna zakat cashless ni, tak payah beratur panjang
ReplyDeleteBanyak perbankan yang kita boleh guna skrg nie utk bayar zakat.. semakin mudah dan cepat..
ReplyDeleteAlhamdullilah dah bayar zakat kat masjid sg buloh
ReplyDeletesekarang semua bank ada servis ni. nak ngan tak nak jer kan .
ReplyDeletedah bayaq awai...takut lupa..tak pe..next time cashless..
ReplyDeletesegalanya dah mudah sekarang ni... kalau x byr jg x tau laa...
ReplyDeleteSenang nakbayar zakat sekarang..cashless
ReplyDeleteBanyak cara sekrg utk bayr zakat..senang dan cashless
ReplyDeletewajib tunaikan zakat. jom cashless zakat!
ReplyDelete