Assalamualaikum and hye readers.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin Ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com. Walaupun tahun ini masih lagi seperti tahun yang lepas iaitu raya PKP, tapi raya tetap raya walaupun tiada kemeriahannya. Ehh, korang masih ada mood nak baca entri tentang raya tak? Ke dah bosan? Hehehe!
Hari Raya PKP
Hari raya tahun ni tak banyak cerita yang nak Ai kongsikan sebab aktiviti sangatlah terhad. Aktiviti wajib di pagi raya, bersalam dan bermaafan, makan dan bergambar. Selepas dah selesai semua tu, kami tengok filem 18 Puasa tapi Ai dan Coco tertidur dengan lena. Bangun-bangun dah masuk waktu Zohor. Kami makan sekali lagi sebelum tukar baju biasa.
Tahun ni Ai berharap sangat dapat beraya dengan mak dan baba. Dah dua tahun tak dapat raya pertama bersama. Rindunya nak anyam ketupat, gilir-gilir kacau rendang dalam kuali, tengok adik lelaki Ai rebus ketupat dan macam-macam lagi lah.
Selepas diumumkan tidak boleh rentas negeri pada bulan Januari yang lepas, Ai ingatkan akan ada kelonggaran pada hari raya tahun ini. Tapi rupanya lebih teruk lagi! Jangan kan negeri, daerah sekalipun tak boleh nak rentas. Hahaha! Aduh.. rindu betul kat mak baba. Nak dekat setengah tahun tak berjumpa.
Tapi nak buat macam mana, kes COVID-19 semakin hari semakin meningkat tinggi. Kalau kita dibenarkan bebas di hari raya tidak mustahil kes boleh mencecah ke angka yang jauh lebih tinggi. Ai tak minta, tapi benda boleh terjadi kalau kita tidak berjaga-jaga. Kalau difikirkan balik, apalah sangat setengah tahun jika nak dibandingkan dengan yang lebih lama tak dapat berjumpa dengan keluarga.
Jahit atau beli baju raya?
Macam Ai cakap tadi, Ai memang sangat berharap tahun ini Ai dapat beraya dengan keluarga sebelah Ai. Jadi, semangat nak menjahit baju raya tu tiba-tiba muncul. Padahal tahun lepas Ai dah berazam malas nak jahit baju raya dah. Nak beli je, senang.
Jadi seorang Aisya Ismail ni sebenarnya beli baju lagi susah daripada jahit baju. Mana tak nya, beli secara online bila sampai depan mata tu macam-macam Ai nak ubah. Ada je lah benda yang tak kena. Nak beli saiz kecil terlalu kecil. Bila pilih satu saiz lebih besar, terlalu besar pula. Akhirnya kena ubahsuai baju .
Jangan terkejut lah kalau Ai beli baju bentuk lain, tapi bila pakai dah jadi bentuk lain pula. Tetas itu tetas ini, buka, potong, cantum dan akhirnya sama sahaja macam Ai jahit baju baru. Baik jahit sendiri, senang. Murah pun murah. Hanya keluarkan kos beli kain sahaja. Tapi kalau datang malas Ai nanti, lain pula Ai cakap. Huhuhu!
Pertama kali dalam sejarah sambutan Aidilfitri
Dari tadi bercerita, tak cerita juga kan apa yang pertama kali tu. Hahaha! Pertama kali dalam sejarah Ai jahit baju melayu sendiri. Bangga juga lah bila Coco balik dari solat pagi raya ada kawan dia yang kata baju tu cantik dan dia nampak kurus. Hahaha!
Sejak dari zaman belajar lagi Ai memang lebih kepada buat kajian untuk baju-baju wanita. Baju lelaki memang tolak tepi. Tapi boleh lah jahit, cuma Ai taknak sebab Ai tak pandai nak ukur badan lelaki. Taknak praktik sebab malu. Hahaha!
Sesekali je Ai buat kurta untuk Coco. Tapi ukuran memang tak pernah tepat. Asyik terkecil je. Tapi kali ni jadi pula baju melayu. Cuma bahagian pinggang seluar je tak berapa kemas sebab Ai tak ada dan malas nak beli getah pinggang yang sesuai. Tak apa lah, tak nampak pun kat bahagian dalam.
Itulah kisah hari raya Ai pada tahun 2021 ini. Ai harap tahun depan lebih meriah dan bermakna dari tahun ini dan sebelumnya. Aamiin.
aisyaismail
waaaa...jahit baju raye~~
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AI...
Maaf Zahir Batin...
Nk duit raya:)
Selamat sambut raya PKP
ReplyDeleteBagus jahit baju sendiri. Ikut selera dan saiz baju pun sesuai. Saya memang baju raya emak buat.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri. Kita sambut secara kecil2an gara2 PKP.
ReplyDeleteP.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html
Selamat hari raya maaf zahir batin Ai. ceria tema raya warna kuning. cantik baju dan berseri seri di pagi raya. Bagusnya pandai jahit baju. Kena praktik ni, kot nanti boleh bukak bisnes tempahan jahit baju pulak :)
ReplyDeletesedondon baju. selamat hari raya maaf zahir dan batin.
ReplyDeletewahhh untungnya pandai jahit :)
ReplyDeleteRajin jahit. Hehe.. kuning lembut ni nmpk soft. Klau beli baju on9 mmg kena oter la. Selamat hari raya Ai sekeluarga
ReplyDeleteTq tau like gambar di ig 🌸🌸
ReplyDeletewahh hebat jahit baju melayu, tema pun lawa pastel yellow :D
ReplyDeletesalam raya PKP ., semoga tahun depan kita dpt beraya di kampong sanak sedara., aminn
ReplyDeletelawa nya baju .. macam beli . kemas jee
ReplyDeleteseriuslaa AI jahit baju kot..Kalau shida ade kepakaran tu..mmg nk jahit je sbb shida pun xbpe suke beli online atau cari baju kat mall..terbaik AI! Salam Raya PKP :)
ReplyDeletebukan calang2 org boleh jahit baju melayu. cayalah ai syabas
ReplyDeletewah meletup baju nya..best nya pandai jahit baju..AI belajar kat mana yea?teringin juga belajar ni
ReplyDeletePandai jahit cantik 🥰 selamat hari raya
ReplyDeleteWah, Ai ni pandai menjahit rupanya. Satu skill yang sangat berguna. :)
ReplyDelete