Assalamualaikum and hye readers.
Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit | Bila sebut pasal suplemen, Ai memang sangat cerewet. Cerewet yang tahap tak payah ambil suplemen pun tak apa. Ai memang sejenis yang takut nak mencuba kecuali apabila Ai betul-betul nak.
Macam-macam yang Ai dengar pasal suplemen ni. Tak semua suplemen baik untuk badan kita. Ditambah pula bila terlalu banyak produk tiruan dan 'overclaimed' yang dijual di pasaran. Kalau terbeli produk tersebut, bukan menyihatkan badan tapi makin menyakitkan adalah. Itu yang sebolehnya Ai nak elakkan.
Ecolite Boostick Concentrated baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit
Sekarang ni umur Ai dah makin bertambah. Jadi, Ai dah kena mula ambil suplemen untuk kesihatan diri secara konsisten. Zaman sekarang dah moden, dah banyak suplemen yang sedap dan senang diterima oleh tekak yang cerewet ni. Tak perlu dah nak rebus-rebus atau rendam semalaman baru boleh makan atau minum. Lepas tu rasa dia, fuhhh jadi punca Ai tak nak ambil suplemen dalam tempoh masa yang lama.
Ai nak suplemen yang Ai boleh makan tanpa rasa ragu-ragu. Ecolite Boostick Concentrated jadi pilihan Ai. Kenapa? Sebab Ecolite Boostick ni baik untuk kesihatan badan, mata dan kulit kita. Ecolite Boostick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Setiap langkah proses pembuatannya sentiasa diperiksa dengan teliti untuk memastikan kebersihan dan kualitinya terjamin. Dan yang paling penting untuk Ai, rasanya yang sedap.
Ecolite Boostick ini bukan hanya untuk wanita sahaja tau. Lelaki dan semua generasi pun boleh makan. Apa yang lebih lebih meyakinkan Ai ialah, Ecolite Boostick ini ada dijual di Guardian dan farmasi-farmasi yang terpilih. Jadi, tak susah nak dapatkan Ecolite Boostick ni.
Lagipun, Ai suka sesuatu yang mudah untuk Ai. Tak perlu nak bancuh dan boleh dimakan di mana-mana sahaja. Kan senang. Kalau dah lambat nak ke mana-mana, ambil je satu sachet dan masuk ke dalam beg. Dalam kereta atau setelah sampai di destinasi yang dituju, boleh terus makan. Rasa pun sedap.
3 perisa dan fungsi Ecolite Boostick
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum
Perisa ini sesuai sangat untuk korang yang suka mengadap skrin selama berjam-jam tu. Tak kisah lah skrin telefon, laptop atau tv sekalipun. Bila dah tengok skrin terlalu lama, mata memang mudah untuk berasa letih dan mengalami kekaburan serta ketegangan mata.
Selain itu, perisa ini juga dapat membantu melindungi mata, memperbaiki penglihatan serta melegakan mata yang kering. Ia juga mencegah katarak, rabun dan presbiopia serta mencegah kerosakan cahaya biru dan anti pengoksidaan. Rasanya manis-manis.
Wolfberry, white chrysanthemum dan delima kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk mata dan dapat membantu melegakan keletihan mata. Selain 3 bahan tersebut, Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum juga mengandungi buah prune, madu Linden dan juga sirap Galacto-oligosaccharide (GOS).
Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm
Dengar kata perisa ini boleh merah-merahkan pipi. Boleh lah cuba perisa ini untuk dapatkan pipi yang kemerahan dan melancarkan peredaran darah. Buah kurma memang terlalu banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan. Campuran kurma merah serta kurma kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin yang mampu menyihatkan kulit, rambut dan dapat melegakan sembelit.
Selain kurma dan kurma merah terdapat juga gula perang, madu Linden serta sirap Galacto-oligosakarida (GOS). Perisa ini juga kaya dengan vitamin A, C, zat besi, selulosa, dan riboflavin. Perisa ini juga dapat mencegah anemia, kesejukan tangan dan kaki yang disebabkan oleh kekurangan darah dan dapat mencegah pengumpulan toksin yang disebabkan oleh sembelit.
Korang yang selalu mengalami kesejukan kaki dan tangan serta peredaran darah yang lemah sesuai untuk makan perisa ini. Sesuai juga untuk melancarkan haid. Rasanya masam-masam manis.
saya dah cuba..serius sedap
ReplyDeleteSedap kan.
DeleteMenarik! Senang consume... Sedap ehh? Tertarik nak cuba
ReplyDeleteSedap kak nina. Betul.
DeleteWahhh makin cantikk kak
ReplyDeleteHahaha!
DeleteOoo.. senang. Packaging dia macam energy gel, yang runners makan waktu event lari.
ReplyDeleteHaaa ye betul.
DeleteComel betul namanya boostick - gabungan boost + stick. And manfaat dia pun banyak tu - memudahkan pengambilan terutama time busy kan. Boleh try gak nie kelak
ReplyDeletemacam best je ecolite ni, ingredients semunya berkhasiat, boleh la cuba nanti
ReplyDeleteDah cuba.. Sedap.. Banyak khasiat
ReplyDeleteSUka ecolite Boostick ni. senang nak makan & rasa pun sedap. paling suka yang Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum tu sbb kite selalu mengadap laptop ^_^
ReplyDeleteSenangkan packing dia camtu, nak bawa travel ke masuk dalam bag ajaa, terus boleh minum, kebaikan dia pun ramai kata bagus.. nanti boleh cuba..
ReplyDeletePernah consume produk ni.. mmg best.. rasanya Manis2 buahan tu yg sgt best sebenarnya
ReplyDeleteKak min pun pernah consume ni..memang bagus lepas tu sedap lak..plak2 letak dlm peti sejuk hehe
ReplyDeleteSaya paling suka supplement yang jenis koyak dan makan terus macam ni sebab mudah dan tak merenyahkan. Kadang kita malas haha
ReplyDeletemenarik juga boostick ni..sis klau mknn kesihatan mmg suke lg bila tengok kndungn di dlm produk ni.nnt bole cube la..
ReplyDeleteThis Ecolite Boostick is very good for health, i like the Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm.
ReplyDeleteyg ni x pernah cuba..biasa minum birdnest ecolite je
ReplyDeletewah bagus nya ecolite ni
ReplyDeletesedap eh? bolehlah nnt try cr kt Guardian��
ReplyDeletewow siap ada 3 perisa bolehlah pilih ikut citarasa ni
ReplyDeleteKamu sedang berada di NTB? dan kebetulan sedang nyari alkes untuk kebutuhan kesehatan di rumah? kamu bisa mendapatkan berbagai keperluan alat kesehatan di Distributor Alat Kesehatan Mataram dengan harga yang terjangkau dan produk yang berkualitas lho
ReplyDelete