PENGALAMAN MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC

Sunday, 6 June 2021

PENGALAMAN MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC


 Assalamualaikum and hye readers.




Pada hari Isnin yang lepas, Ai dah selamat menerima suntikan vaksin Sinovac dos yang kedua. Alhamdulillah, tak ada kesan sampingan yang berat. Ringan-ringan je seringan badan Ai yang tak berapa nak ringan ni.


pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac



Pengalaman mendapat suntikan vaksin Sinovac


Untuk pengetahuan korang, pada mulanya Ai adalah salah seorang yang tak nak langsung menerima suntikan vaksin untuk COVID-19 ni. Tak kisah lah Sinovac, AstraZeneca mahupun Pfizer yang orang ramai nak tu, semua Ai tak nak. Ai bukan antivaksin tapi Ai lebih kepada takut je.



Untuk seorang yang takut jarum suntikan macam Ai, Ai terlalu banyak berfikir untuk menerima suntikan vaksin yang masih baru ini. Sesuai ke dengan Ai? Apa kesan sampingan dia? Sakit tak? Siapa yang akan cucuk? Pasti ke selamat? Dan akhirnya Ai buat keputusan untuk biarkan orang lain yang disuntik dahulu. Ala-ala testimoni gitu.



Lepas Coco dapat suntikan vaksin pada bulan puasa yang lepas, dia pujuk Ai untuk terima suntikan tersebut. Orang lain tak sabar-sabar nak dapat vaksin tapi tak dapat-dapat. Yang Ai pula dah dapat tapi tak nak. 



Akhirnya Ai terpedaya juga dengan kata-kata Coco 'mana tahu lepas dah dapat vaksin boleh rentas negeri'. Ai tahu lambat lagi nak boleh rentas negeri tu. Tapi perkataan rentas negeri tu macam kata-kata semangat untuk Ai menerima suntikan vaksin COVID-19. Siap dah dapat dua dos vaksin dah pun. Hahaha!



Kesan sampingan suntikan vaksin Sinovac


Lain orang lain kesan sampingan dia. Ada yang teruk, ada yang ringan dan ada yang tak ada kesan sampingan langsung. Alhamdulillah untuk Ai hanya kesan sampingan yang ringan sahaja. Ringan itu pun dah macam teruk untuk Ai. Syukur sangat-sangat Ai tak tergolong dalam golongan yang terpaksa menghadapi kesan sampingan yang teruk.


pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac



Dos yang pertama, Ai dah makan panadol siap-siap sebelum dicucuk. Masa tu bulan puasa, takkan Ai nak makan selepas dicucuk pula kan. Batal puasa Ai. Tak sampai 10 saat dah selesai. Tak sakit pun. Baru nak tarik nafas, eh dah sudah dah? 



Dalam 10 minit lepas tu, barulah Ai mula pening-pening dan rasa mual. Tapi sekejap je. Lepas dah balik rumah baru lah mula rasa sakit-sakit otot tangan yang kena cucuk tu. Mengantuk dua hari berturut-turut. Rasa lapar tak payah nak cakap lah. 



Masuk hari kedua, Ai dah mula rasa nak demam. Rasa je, belum demam lagi. Sakit tangan, sakit kepala dan rasa lapar tu masih ada. Hari ketiga pun sama dan hari ke empat rasa sakit pada tangan yang dicucuk sahaja. Tapi tinggal sakit-sakit manja sahaja.



21 hari kemudian iaitu hari Isnin yang lepas, Ai terima dos yang kedua pula. Kali ni dah tak takut nak kena cucuk, tapi takut kesan sampingan selepas dicucuk. Dos yang pertama tak sakit kan, mesti yang kedua pun sama. Tapi, suntikan kedua ni terus sakit otot-otot tangan! Sakit-sakit pun, lepas terima suntikan, sempat lah ambil gambar. Hahaha!



Period terganggu kerana vaksin?


Hari pertama tu Ai cuma rasa mengantuk dan lapar sahaja. Hari kedua Ai dah mula sakit kepala. Bak kata seorang kawan Ai, macam nampak bintang-bintang. Kebetulan, semasa menerima suntikan dos kedua ini Ai tengah period. Dan period Ai jadi banyak daripada biasa. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac.html



Menurut mereka yang lebih awal menerima suntikan ini, period memang akan terganggu selepas menerima vaksin. Tapi tak semua alami kesan sampingan yang sama. Ai cuak sebab period tiba-tiba jadi banyak. Coco dah siap sedia, kalau apa-apa yang tak diingini berlaku dia nak bawa Ai ke hospital terus. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.



Hari ketiga tangan Ai dah mula ok. Lagi cepat daripada semasa dos yang pertama. Kepala masih sakit manja-manja. Hanya period Ai masih banyak walaupun tidak sebanyak hari kedua. Hari keempat, dah kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah.



Antara dos pertama dan dos kedua, pada Ai dos kedua lebih sakit dari segi suntikan dan kesan sampingan. Tetapi Ai lagi cepat pulih dari kesan sampingan dos kedua berbanding dos pertama. Kalau dah mula rasa sakit-sakit dan nak demam tu cepat-cepatlah makan panadol. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak makan. Kalau kesan sampingan yang korang alami agak teruk, terus pergi berjumpa dengan doktor.



Dengar kata orang-orang tua tak ada kesan sampingan. Ai tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab orang-orang tua di sekeliling Ai belum menerima suntikan vaksin COVID-19 ni lagi. Harap-harap semuanya ok. Kita doa yang baik-baik sahaja.



Jangan takut dengan suntikan vaksin COVID-19


Untuk korang yang takut untuk disuntik dengan vaksin, tak payah takut lah. Korang patut lebih takut jika korang tak ambil vaksin langsung. Vaksin ni bukan pasti korang tak akan terkena jangkitan COVID-19, tapi risiko itu lebih rendah. Kalau korang kena sekali pun, In syaa Allah kesan sampingannya tidak seteruk jika korang tidak mengambil vaksin.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/pengalaman-mendapat-suntikan-vaksin-sinovac.html



Dan jika korang seorang yang antivaksin atau tidak anti tapi memang tak nak ambil, tolong jangan pengaruhi orang lain untuk tidak ambil juga. Korang tak nak, duduk diam-diam. Jangan nak mengata lebih-lebih ok! Kita jaga kita. 





aisyaismail

20 comments:

  1. Alhamdulillah cukup dua dos suntikan ambil.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur, semoag beri kesan terbaik

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah dan terbaik..tetap sabar menunggu giliran saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar tu penting. In syaa Allah dah dekat tu.

      Delete
  4. Alhamdulillah Tahniah Ai ��
    Moga baik baik saja ya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Ai dah selamat.
    Harap giliran akak dan family tak lama lagi. :)

    ReplyDelete
  6. ruginya antivaks. sis tengah tunggu turn ptfizer, fasa 3. lambat lagi ler. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat lagi tu sis. Takpe sabar mana tau tetibe nama naik awal.

      Delete
  7. tahniah ai dah berjaya divaksin.. setiap org lain effectnya kan

    ReplyDelete
  8. Parents pun dpt vaksin sinovac jugak cuma kekadang rasa pening terus mkn panadol dan hilang. Masih menunggu utk minggu depan dose ke 2

    ReplyDelete
  9. Takut jgk sbb suami kena teruk dos kedua. Kwn sekeja pon ramai tumbang. Maybe sbb die Pfizer

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah lain badan lain simptom nya.

      Delete
  10. tahniah dah complete pengambilan vaksin.

    ReplyDelete
  11. berkemungkinan juga tu dia kacau period sebab badan kita kan ada perubahan

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D