Assalamualaikum and hye readers.
Perniagaan kecil-kecilan Coca Design by Aisya Ismail | Dah nak bersara ke tu? Hehehe! Tak tak tak. Ai belum bersedia lagi nak bersara dari pekerjaan sekarang. Sayang tau dengan industri rekaan walaupun tak hebat pun. Hehehe! Perniagaan ni Ai buat secara kecil-kecilan je. Harap-harap jadi besar lah dan boleh cepat kaya.
Perniagaan kecil-kecilan Coca Design by Aisya Ismail
Coca Design ni banyak barangan buatan tangan yang Ai buat sendiri. Tapi bukan semua lah, hampir semua. Antara barangan seperti mask extender, mask chain, barang-barang perhiasan lain termasuklah dekorasi rumah. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan fesyen dan kesenian.
Sebenarnya Ai memang minat dengan benda-benda kreatif ni. Duduk mengadap benda tu berjam-jam pun tak apa. Macam hobi juga. Dah alang-alang Ai suka, apa salahnya jual pula kan.
Lagipun, musim sekarang ni Ai tak ada jaminan dengan pekerjaan yang Ai ada sekarang. Dah sebulan PKP tapi masih tak ada perubahan dan tak tahu sampai bila lagi PKP ni. Shopping mall tak boleh beroperasi. Jualan tak ada. Ai harap PKP ni cepat berakhir agar tak terputus rezeki pekerjaan Ai serta yang lain-lain. Aamiin!
Bermulanya Coca Design
Mulanya tercetus nak buat perniagaan ini bila mana hari tu, Ai kehilangan mask extender yang Ai beli semasa PKP 1. Satu-satunya mask extender yang Ai guna tak tukar-tukar. Hilang secara tiba-tiba sahaja. Dah cari pun tak jumpa. Stress oii masa tu.
Ai ni seorang yang kalau barang yang Ai guna tu bertahan lama, secara automatik barang tu menjadi barangan kesayangan. Kehilangannya adalah suatu kesedihan. Hahaha! Over! Tapi ni benda betul. Samalah macam keronsang atau getah rambut. Beli banyak-banyak, akhirnya mesti tinggal satu je yang berulang-ulang guna. Kalau yang satu ni pun hilang, terus rasa nak marah. Korang pun sama kan?
Nak beli yang baru, hari pun dah malam. Mana ada kedai buka. Tambah-tambah PKP sekarang. Yang Ai lagi pelik, mask extender lain pun semua hilang jejak. Akhirnya Ai buat keputusan untuk buat sendiri sahaja. Alaa, potong getah lepas tu jahit butang kiri dan kanan. Siap! Boleh lah pakai sementara nak cari yang baru.
Masa tengah cari butang yang comel-comel untuk mask extender tu, Ai terjumpa pula bahan lain yang lebih menarik. Mula lah nak bereksperimen. Hasilnya, Ai suka! Hahaha! Lagi selesa mask extender yang Ai buat sendiri ni. Disebabkan Ai rasa cantik, terus Ai rasa nak jual. Dan Alhamdulillah, Ai tak sangka ada permintaan untuk mask extender Ai.
Kalau korang juga rasa cantik dan berminat untuk beli, korang boleh terus DM Ai ok. Korang follow lah instagram @coca.design. Bukan mask extender sahaja, macam-macam barangan yang bakal menyusul nanti. Jangan lupa FOLLOW instagram @coca.design tau.
Instagram : @coca.design
Shopee : cocadesign
Apa khabar dengan mask extender Ai yang hilang tu? Ai dah jumpa dan sekarang dia jadi mask extender kecemasan.
aisyaismail
Kreatif! Semoga perniagaan Ai semakin maju. :)
ReplyDeleteAamiin
DeleteCantikkk
ReplyDeleteKejapp rabiaa follow shopee
Thank you Rabia.
Deletegood luck dear, semoga terus jadi bussinesswoman berjaya :)
ReplyDeleteAamiin! Thank you.
Deletecantik :) nampak bergaya sikit
ReplyDeleteMeh lah beli. Hehehe!
DeleteHikmah itu atas kehilangan. Haha. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTu laa.. Syukur Alhamdulillah.
Deletesemoga biz kecil2an ni akan terus maju. In Shaa Allah...
ReplyDeleteAamiin! Thank you..
Deletemenarik, kreatif orang nya ni
ReplyDeleteThank you sis. Meh lah shopping. Hehehe
Deletecantik laa Ai. Good luck dlm bisnes!
ReplyDeleteThank you. Hehehe
Deletecantiknya hasil kerja..insyallah boleh pergi jauh
ReplyDeleteAamiin thank you Nad
DeleteBoleh buat jadi gift...cantik sgt..
ReplyDeleteBetul. Sesuai sangat jadikan gift.
Deletewah bagus ai, tgn mmg ada seni.. boleh la mama try usha ig
ReplyDeleteHehehe thank you Mama!
DeleteWow free gift heheh semoga berjaya dlm bisnes
ReplyDeleteAamiin.. Thank you hehehe
Deletewahhh hebatlah aisya all the best tau👍👍
ReplyDeleteThank you datin anis. Hehehe
Deletesimple dan cantik. Semoga bisnes Ai terus maju. Aaminnn...
ReplyDeleteAamiin.. Thank you!
Delete