Assalamualaikum and hye readers.
Sudio T2 earphone yang direka untuk menghidupkan hari anda | Dari bulan September hari tu Ai menunggu dengan sabar untuk dapatkan earphone dari Sweden ini. Earphone tanpa wayar dengan warna-warna yang seksi. Akhirnya dapat juga satu untuk diri sendiri.
Lama juga Ai pilih warna yang Ai nak. Seharian fikir takut-takut dah dapat nanti Ai tak berkenan. Maklumlah, dah rambang mata. Kalau boleh, semua warna Ai nak. Tapi dah dapatkan satu ni pun Ai dah gembira sangat. Bila sampai Sudio T2 depan mata, ayat pertama dalam kepala ni adalah tak menyesal Ai pilih warna tu.
Sudio T2 earphone yang direka untuk menghidupkan hari anda
Sudio T2 ini didatangkan satu set bersama kabel pengecas dan juga beberapa saiz eartips daripada saiz XS sehingga L. Boleh tukar-tukar mengikut keselesaan telinga korang. Macam Ai, Ai rasa lubang telinga Ai kecil. Jadi Ai lebih selesa dengan eartip yang kecil. Senang nak masuk. Bila selesa di telinga, nak dengar lagu seharian pun Ai ok je.
Ai bawa dan gunakan Sudio T2 ni di pejabat. Bunyi yang terhasil memang padu. Hilang rasa mengantuk petang-petang di pejabat. Selalunya Ai bertahan menggunakan earphone dalam setengah jam je, lepas tu dah sakit telinga. Tapi tidak dengan Sudio T2. Pengalaman penggunaan yang sangat memuaskan.
Nak bawa bersukan sambil mendengar lagu pun sangat sesuai. Saiznya yang kecil tak susah untuk dibawa kemana-mana. Bergaya sangat jogging atau berjalan-jalan dengan Sudio T2 tersumbat di telinga. Warna dia je dah menambahkan gaya. Ditambahkan dengan reka bentuknya yang comel, memang bergaya.
Kelebihan Sudio T2
Bateri tahan lama
Bateri Sudio T2 tahan sehingga 35jam di dalam kes pengecasan. Tanpa kes pengecasan bateri boleh bertahan selama 7.5jam. Lama tu! Untuk rekod setakat ini, Ai gunakan selama 2 jam tanpa henti. Bateri masih bertahan. Kalau terlupa nak cas pun tak perlu risau. Cas sekejap dalam 10 minit dan bateri Sudio T2 boleh digunakan sehingga 2 jam lamanya.
Membentuk suara yang jelas dan menghilangkan bunyi bising
Siapa yang suka bila dengar lagu ada gangguan bunyi asing. kadang-kadang bunyi yang kita dengar seakan-akan berlaga. Sudio T2 akan menghalang bunyi tersebut dari sampai ke telinga korang tak kisah di mana sahaja korang berada. Setiap Sudio T2 mempunyai 2 mikrofon. Satu dihalakan ke luar untuk menangkap bunyi luar dan satu lagi dihalakan ke mulut untuk menangkap suara korang. Isyarat digital Sudio T2 akan menganalisis gelombang bunyi dan mengurangkan bunyi asing dan menjadikan suara korang sentiasa kuat dan jelas.
Bunyi yang berkualiti dan keselesaan sepanjang hari
Kebanyakan earphone memerlukan perubahan semasa pemasangan dan akan menjejaskan frekuensi semuala jadi earphone tersebut. Tetapi Sudio T2 direka mengikut pemacu dinamiknya yang tersendiri yang sesuai dan sempurna tanpa kompromi. Dengan itu, Sudio T2 dapat mengekalkan kualiti bunyi yang segar, bersih dan mantap. Pasti memberi pengalaman mendengar yang lebih baik pada korang dan selesa mendengar sepanjang hari.
Terdapat 4 warna pilihan yang menarik
Sudio T2 didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu jade, putih, hitam dan sand. Jade warna mint dan sand warna beige. Semua warna cantik-cantik. Macam Ai cakap tadi, seksi! Setiap warna sangat cantik di mata Ai.
Waranti antarabangsa selama 3 tahun dengan Sudio SPHERE
Perkara penting apabila membeli sesuatu barang adalah waranti. Terutamanya barangan elektronik. Waranti sangat penting jika berlaku kerosakan yang bukan berpunca daripada kita sendiri.
15% kod diskaun
Dapatkan Sudio T2 sekarang. Korang boleh beli secara online di website Sudio https://www.sudio.com/my/. Pembayaran secara Grabpay sudah tersedia untuk pembelian melalui website. Jangan lupa untuk dapatkan diskaun sebanyak 15% dengan masukkan kod diskaun AISYAT2. Beli sekarang sebab promosi adalah terhad tau. Membelilah dengan bijak. Hehehe!
aisyaismail
sound die terbaik!!
ReplyDeletenampaknya makin ramai dah daptkan sudio earphone ni. bilalah turn saya ni...hihihi.. dengan colour menarik, lebih2 lagi sound system earphone ni pun ramai puji terbaik...
ReplyDeleteRawlins pun puas hati bila pakai untuk cycle, memang best. Untuk mesyuarat online pun selesa je.
ReplyDeleteYeah, Sudio T2 Earphones memang best sis pun ada satu warna hitam.
ReplyDeleteCantik color dia laa, lain dari yang lain, design dia pun cute, mudah masuk poket, yang penting, bateri dia tu, tahan lamanyaaaa
ReplyDeleteBest kan Sudio! Nell ada few version but yang terbaru ni teringin sgt nak cuba try test bah! 👍boleh consider juga ni!
ReplyDeleteSudio memang best! Kak Nina dah ada koleksi dan puashati! NIO warna green, T2 warna black
ReplyDeletecomelnyaa color dia.. soft jer
ReplyDeleteSuka tengok design earphone Sudio tu. pilihan warna pun menarik.
ReplyDeleteKan. Ai nya dah bertukar tuan. Huhuhu
Delete