Assalamualaikum and hye readers.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman | Pada 24 November 2021 yang lalu, Alphacomp Solution Sdn Bhd (ASSB) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara ASSB dan bebeberapa Persatuan Penjaja dan Peniaga di kawasan Lembah Klang. Dalam masa yang sama, pihak ASSB juga turut memperkenalkan satu sistem yang dicipta khas, MySejiran.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
Antara persatuan yang terlibat
1- Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman
2- Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sungai Besi Kuala Lumpur
3- Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur
4- Persatuan Penduduk Seri Alam Fasa 2
5- Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan - Kawasa Cochrane
6- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan
Sistem MySejiran mendapat suntikan dana sebanyak 5 juta Ringgit Malaysia daripada pihak Eutopos Equity Sdn Bhd untuk memperluaskan sistem ini dan dikenali di seluruh Malaysia. Dianggarkan seramai lebih 2.5 juta para usahawan B40 seluruh Malaysia yang akan berdaftar dan menggunakan sistem MySejiran ini.
Pihak ASSB sangat prihatin dan mengambil berat soal keselamatan peniaga dan pembeli di zaman Covid-19 ini.Sistem inovasi yang berteknologi tinggi seperti ini adalah salah satu usaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Siapa Alphacomp Solution Sdn Bhd?
Alphacomp Solution Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan sistem perisian dan perkakasan. Alphacomp Solution Sdn Bhd setanding dengan syarikat-syarikat IT yang lain. Malah mungkin lebih lagi kerana idea mereka yang lebih kepada membantu para peniaga dengan sistem yang berinovasi tinggi.
Apa itu MySejiran?
MySejiran adalah sebuah sistem yang dicipta khas untuk menggabungkan para usahawan dan peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka kepada radius yang lebih besar. Sistem yang berinovasi tinggi ini menggunakan menu secara digital iaitu QR code dan Que system.
Sistem MySejiran ini menyasarkan kepada semua golongan usahawan dan peniaga. Tidak kira sama ada perniagaan mereka secara besar-besaran ataupun secara kecil-kecilan. Sistem ini terbuka kepada semua jenis perniagaan yang ada di Malaysia.
Yuran sebanyak RM600 selama setahun akan dikenakan untuk tujuan promosi, caj penyelengaraan dan lain-lain. Setiap perniagaan yang ingin menyeertai sistem MySejiran perlu berdaftar dengan SSM atau Majlis Perbandaran terlebih dahulu.
Sistem MySejiran ini tidak tertumpu kepada perniagaan makanan dan minuman sahaja. Apa sahaja perniagaan boleh dipromosikan dengan menggunakan sistem ini. Antara perniagaan lain adalah seperti penerbangan, butik pakaian dan kecantikan, perhotelan dan bermacam-macam lagi jenis perniagaan yang ada di Malaysia.
Kelebihan sistem MySejiran kepada peniaga
Mematuhi S.O.P
Dengan adanya Que System (sistem menunggu / sistem giliran), pelanggan tidak perlu berasak-asak atau menunggu lama di premis perniagaan.
Menjimatkan masa dan tenaga kerja
Dengan memperkenalkan QR code, pelanggan hanya perlu mengimbas QR code untuk membuat pesanan secara atas talian.
Geran kerajaan
Pihak pengurusan akan membantu para peniaga untuk mendapatkan geran daripada badan-badan kerajaan dengan menggunakan database perniagaan peniaga bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka.
Pilihan makan di kedai
Dengan menggunakan sistem ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk makan di kedai, bawa pulang mahupun menggunakan perkhidmatan penghantaran. Pilihan di tangan korang.
E-voucher
Nak menarik lagi? Pengguna akan mendapat E-voucher setiap kali menggunakan perkhidmatan MySejiran. Voucher akan diberikan secara berterusan melalui kaedah belian atas belian.
Tiada sebarang caj tambahan
Jangan risau kerana tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan kepada peniaga. Kesemua caj yang dikenakan oleh peniaga akan masuk terus ke akaun peniaga.
Sistem MySejiran belum siap sepenuhnya. Sistem penuh akan dirasmikan pada hari pelancaran yang akan diumumkan kelak. Tapi korang boleh layari www.mysejiran.com untuk melihat contoh sistem MySejiran.
aisyaismail
WOW!
ReplyDeleteWow!!!!!!!! This program sounds good. You're very lucky that you got the chance to participate in it. Thank you for sharing.
ReplyDeletebagusla kalau buat macam ni. nak memudahkan peniaga2 sepanjang pandemik sekarang ni...
ReplyDeleteBagus perkhidmatan MySejiran ni. Semoga semakin mudahlah usahawan nak mencari rezeki meneruskan kelangsungan hidup.
ReplyDeleteProgram yang sangat memberi manfaat kepada peniaga-peniaga..Banyak juga kelebihan sistem yang diperkenalkan tu.
ReplyDeleteSuch great information thanks for sharing it with us I’m such it will benefit entrepreneurs
ReplyDeleteWaaa bagus sangat program macam ni di zaman era digital ni. Usahawan kena rebut peluang untuk tahu program sebegini. Menarik perkhidmatan MySejiran ni nampak sangat membantu usahawan dalam meluaskan carian rezeki mereka.
ReplyDeleteBaguslah inisiatif MySejiran untuk bantu usahawan. Bolehlah bantu peniaga survive dan bangkit semula lepas isu Covid ni kan.
ReplyDeletebagus ni. semoga dapat dimanfaatkan dgn sebaik2nya.
ReplyDeleteThis is really good news for traders and businesses especially during this pandemic where everyone needs that little bit of help here and there.
ReplyDeleteBagus programnya dengan servis mempromosi lagi..moga berjaya dengan matlamatnya.. Aisya ke yang buat peace tu, cantik.
ReplyDeletealhamdulillah semoga bertambah maju bisnes org kita
ReplyDeletecongrats to the successful Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman there. good for the cooperate
ReplyDeleteBagus jugak eh sistem MySejiran ni. Siap bantu dapatkan geran kerajaan jugak. Mana peniaga baru boleh try jgk ni.
ReplyDeleteBagusnya bila sistem MySejiran mendapat suntikan dana sebanyak 5 juta Ringgit Malaysia daripada pihak Eutopos Equity Sdn Bhd untuk memperluaskan jaringan perniagaan sesama usahawan dan peniaga..
ReplyDeleteSistem yang bagus untuk kedua-dua pihak peniaga dan pembeli. Memang manjadi pilihan seiring peredaran masa.
ReplyDeletebagus inisiatif kerajaan, ramai orang akan dapat manfaat sistem baru ni. menarik konsepnya. dapat free voucher tu syok...hehe
ReplyDeletemacam2 aplikasi muncul sejak dua tahun ni kan. Salah satu platform terbaik utk para peniaga utk luaskan pasaran mereka. Cuma sebagai pengguna, harap apps ni akan stabil dan mesra pengguna bila dah siap nanri.
ReplyDeletemySejiran?.. wah menarik..applikasi yg banyak membantu dan memudahkan masyarakat tempatan
ReplyDeleteBagusnya da apps mcm nie..
ReplyDeleteMakin luas dah penggunaan QR Code lepas ni kan! Good la ada system macam ni yang memudahkan semua lepas ni, baik peniaga ataupun pengguna!
ReplyDeleteBagus la ada initiative macam app MySejiran ni. Memudahkan both peniaga and penggunakan! Boleh kurangkan direct interaksi juga at the same time! Good move
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletesemoga sukses selalu
mou yang bagus dan membina bagiusahawan2 kite
ReplyDeleteBetul tu
DeleteThanks for sharing about MySejiran, its useful for all
ReplyDeleteWelcome kelly.
Delete