Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul - Banjir 2021

Friday, 31 December 2021

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul - Banjir 2021


 Assalamualaikum and hye readers.




Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul | Sudah lebih seminggu kejadian banjir yang melanda negeri Selangor, namun masih hangat diperkatakan. Ai sangat bersimpati kepada semua mangsa-mangsa banjir. Untuk yang kehilangan ahli keluarga di dalam bencana alam ini, takziah Ai ucapkan. Semoga korang semua terus tabah untuk menghadapi dugaan. Aaamiin.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Semasa kejadian Ai tiada di rumah. Ai dan Coco menghadiri majlis pernikahan adik lelaki Ai di Negeri Sembilan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat sebelum majlis. 



Selepas majlis hujan dah mula turun semula. Kami singgah di rumah saudara di Kuala Pilah terlebih dahulu. Dah lama tak ke sana. Sampai di Kuala Pilah, Ai tak cakap banyak terus tidur sebab kepala Ai dah pusing dengan jalan yang bengkang-bengkok. Ai tersedar bila Ai terdengar kecoh-kecoh. Rupanya kakak Ai nak balik dulu kerana rumahnya di Selangor dah dinaiki air. 



Bila buka group di Whatsaap, rumah mak mertua di Selangor juga hujan lebat tak henti-henti. Air longkang besar berhampiran rumah dah mulai naik. Ai dan Coco ok lagi. Biasalah hujan lebat dan air longkang tu naik. Tapi selama Ai duduk situ tak pernah lagi melimpah.



Petang tu, sepanjang perjalanan nak pulang ke Melaka hujan tak berhenti. Sekejap lebat sekejap renyai. Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa masalah. Tapi bila tengok group Whatsapp, keluarga mertua dan jiran-jiran dah mula kongsikan gambar-gambar air dah mula naik di kawasan sekitar. Allah..


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Risau.. memang risau. Lebih-lebih lagi elektrik dah mula ditutup di kawasan taman perumahan. Kalau kami balik masa itu juga, tak tahulah bila kami akan sampai dari Melaka ke Selangor. Jadi kami sabar. Lagipun hari Selasa nanti dah janji nak bawa baba pergi temujanji di hospital. Nasib baik ada adik ipar kat rumah mertua. 



Keesokkan harinya, air makin naik. Tapi Alhamdulillah setakat betul-betul depan pintu rumah sahaja. 2 rumah jiran di sebelah air dah masuk melalui dapur. Rumah kami yang ketiga. Air tak sempat nak naik masuk ke dalam rumah, banjir dah surut. Alhamdulillah. Nasib baik juga air banjir di kawasan kami tidak berlumpur. Alhamdulillah.



Bekalan elektrik terputus selama 2 malam. Orang yang paling risau mestilah Coco sebab dia jauh daripada rumah. Ai boleh nampak dia tak happy. Bila banjir dah surut dan elektrik dah mula ada kembali, barulah dia boleh menarik nafas lega.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Tapi, banjir di rumah kakak Ai air naik sehingga hampir paras pinggang. Sedih sangat sebab anak kecil-kecil kan. Bila air banjir dah surut, rumah dah macam tongkang pecah. Frizer yang baru dibeli beberapa bulan lepas pun terbalik. 



Memang ramai lagi mangsa banjir yang lebih teruk daripada itu. Yang air naik sampai ke bumbung pun ada. Ai sangat-sangat bersimpati. Tapi apa-apa hal, kita akan lebih terasa sedih pada ahli keluarga yang terkesan. 



Pada hari Rabu, kami pulang ke Selangor. Sebelum tu kami singgah di rumah kakak Ai terlebih dahulu. Sedih sangat tengok keadaan rumah mereka. Banyak perabot dan barangan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi di luar rumah. Dengan motor yang baru keluar bengkel lagi. Sedih. 


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Itu kisah Ai yang tiada di Selangor ketika banjir berlaku. Banyak kisah-kisah yang lebih menyayat hati yang Ai dengar. Baik daripada orang-orang yang Ai kenal mahupun melalui sosial media. Semuanya ada kisah masing-masing. Belum lagi yang kehilangan orang yang tersayang. Tabahnya korang. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.



Dari satu sudut yang positif, Ai kagum melihat rakyat Malaysia yang saling bantu-membantu. Sama-sama bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan, kutipan derma, sokongan moral dan yang bergadai nyawa untuk operasi menyelamatkan mangsa banjir. 



Dari satu sudut yang lainnya, Ai kecewa ada juga yang nak mengambil kesempatan di dalam keadaan banjir yang sedang melanda. Budaya perli-memerli dan memburuk-burukkan sesetengah pihak walaupun tidak berada di tempat kejadian masih tinggi ya. Seram Ai baca sosial media menghentam pihak itu dan ini macam tahu situasi dari A sampai Z. Biarlah mereka di tempat kejadian sahaja yang bersuara. Tak perlu lah kita nak menokok tambah.



Ai berharap, tiada lagi bencana alam yang meragut nyawa dan harta benda di Malaysia ini. Malah di dunia sekali pun. Aamiin! Jika bencana alam ini adalah balasan dosa-dosa kita di dunia, harap kita belajar sesuatu daripadanya. In syaa Allah.





aisyaismail

9 comments:

  1. Mudah2an tiada lagi banjir gelombang ke 2 atau ke 3

    ReplyDelete
  2. Sekarang bila hujan lebat atau tak berhenti je jadi risau. Semoga kita semua dijauhkan dari bencana .

    Dan semoga semua yang terjejas dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya. semoga allah kurniakan kesabaran yang tinggi atas ujian.

    ReplyDelete
  5. betul tu ai. makan tahun juga nak pulih balik mana2 yg terjejas teruk tu kan

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D