Assalamualaikum and hye readers.
Staycation 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa | Entri kali ni Ai nak cerita pasal staycation pertama bersama Coco selepas dibebaskan daripada PKP. Staycation ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5. Hehehe! Asyik tengok kawan-kawan je pergi bercuti sakan, nak juga walaupun percutian kami hanya satu hari sahaja.
Staycation kali ni memang kami berdua nak cari tempat yang tenang-tenang. Kalau boleh nak habiskan masa kat dalam hotel je. Masih tak rasa selamat lagi nak ke tempat-tempat viral dan bersesak dengan orang ramai. Hotel pun kami cari yang dekat-dekat sebab satu malam je kan, buat penat badan je kalau pergi jauh-jauh.
Banyak juga hotel yang kami pilih dan ada juga yang banyak ulasan yang tidak baik di Google. Ada yang kami suka, ulasan di Google juga ok. Tapi dah penuh untuk tarikh yang kami nak. Itu namanya tak ada rezeki kan. Akhirnya kami berjumpa dengan Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya.
Untuk Cyberview Resort & Spa ni Ai yang nak sangat pergi sebab banyak pokok! Hahaha! Kalau korang follow Ai di Instagram, korang mesti tahu Ai suka sangat pergi tempat-tempat yang banyak pokok. Harga yang kami dapat pun jauh lebih murah daripada harga biasa. Kalau nak pergi tanpa promosi, memang tidak lah kot.
Kolam renang di Cyberview Resort & Spa juga menarik. Macam tasik. Tapi Coco tak suka sangat. Dia kata macam kolam ikan! Hahaha! Sebab warna kolam renang tu coklat bukannya biru atau hijau macam kebiasaan warna hotel-hotel lain gunakan. Tapi dia ok je sebab hotel yang dia nak tak ada kekosongan untuk tarikh yang kami pilih.
Jalan-jalan di Cyberjaya
Walaupun Cyberjaya dengan rumah kami tak jauh, tapi pagi-pagi kami dah keluar. Destinasi pertama kami adalah Taman Tasik Cyberjaya. Nampak tak, pergi berjalan pun tetap nak pergi taman tasik. Kalau boleh semua taman tasik yang ada kat Malaysia ni Ai nak pergi. In syaa Allah. Taman Tasik Cyberjaya ni cantik. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Nanti Ai buat entri khas untuk Taman Tasik Cyberjaya ni. Korang baca tau. Mesti korang jatuh cinta juga.
Dah penat berjalan di taman tasik, Ai dan Coco menuju ke Dpulze Shopping Mall untuk sejukkan badan. Singgah untuk beli kudap-kudap je. Lepas tu kami cari tempat makan pula. Sebennarnya banyak tempat makan di dalam Dpulze Shopping Mall, tapi kami nak makan di luar. Kami memilih untuk makan di Salam Noodle, Cyberjaya. Sumpah sedap! Tapi... haa ada tapi tau. Kalau korang terlalu lapar, carilah tempat lain untuk makan. Atau bawa kudapan siap-siap.
Masa kami pergi, tak ramai pun orang di Salam Noodle. Tapi lepas order makanan selepas lebih setengah jam baru dapat makanan kami. Nasib baik rasa makanan dia A+, sejuk hati Ai. Terus terlupa makanan tu sampai lambat. Portion pun banyak. Untuk Ai, siap boleh tapau bawa ke hotel. Ai sarankan korang amik Dim Sum Daging. Sedap weyh! Ai yang tak minat makan dim sum pun boleh makan separuh pinggan. Selepas makan, kami terus menuju ke Cyberview Resort & Spa.
Staycation 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa
Di Cyberview Resort & Spa, masa untuk check in adalah pada pukul 3 petang dan check out pada pukul 12 tengahari. Tapi ramai je yang Ai tengok dah check in awal. Masa Ai nak check in tu, diorang hanya datang ambil kunci sebab masa check in bilik belum siap. Memang lah belum siap, diorang check in pukul 11.
Lepas selesai check in, kami pergi ke bilik yang diberi. Siap dapat peta ya, sebab kawsan tu besar sangat. Takut sesat! Korang boleh bawa kereta dan letak kereta di sebelah bilik. Tak perlu susah-susah nak angkat barang jalan kaki. Melecet kaki korang nak naik turun bukit.
Bilik di Cyberview Resort & Spa sangat memuaskan hati Ai. Bilik besar dan ada tub mandi. Setiap bilik ada balkoni. Tapi balkoni yang Ai dapat menghadap belakang bar. Spoil sikit! Kalau tak, luas pemandangan Ai kat situ.
Nasib baik dapat bilik di tingkat 2, kalau tingkat 1 lagi tak nampak apa-apa. Dan nasib baik juga bilik Ai tepi sekali. Boleh tengok pemandangan di sebelah kanan. Nampak lah kehijauan. Untuk yang muslim, dalam bilik ada disediakan sejadah dan arah kiblat. Telekung bawa sendiri ya.
Petang tu Ai dan Coco keluar untuk mandi kolam ikan. Hahah! Tapi sebelum mandi, kami jalan-jalan melawat kawasan dulu. Habis satu resort kami tawaf. Bila lagi kan nak tengok-tengok keadaan kat dalam tu. Ini lah masa dia. Cantik! Tapi macam Ai cakap tadi, ada bahagian yang ditutup. Dan ada kawasan yang tak terjaga sangat. Ai faham, baru lepas PKP kan. Baru nak hidupkan semula resort tu. Sebab tu harga pun murah. Huhuhu!
Dah puas berjalan, tiba lah masanya kami nak masuk ke dalam kolam ikan. Hahaha! Di Cyberview Resort & Spa ada 3 buah kolam. 2 kolam kanak-kanak dan 1 kolam dewasa. Tapi kolam kanak-kanak yang bersebelahan dengan kolam renang dewasa ditutup untuk dibaik pulih. Jadi, ramailah di dalam kolam renang dewasa. Kolam renang kanak-kanak lagi satu ada di bahagian atas.
Sebelum masuk dalam kolam renang, Ai rasa macam tak best tengok air tu. Bila dah masuk dalam tu, rasa macam betul-betul mandi dalam kolam ikan. Air kolam rasa berminyak. Ai tak berani nak rendam kepala dalam air. Lantai pun tak best. Batu-batu kecil tu terasa tajam-tajam. Sakit kaki nak berjalan.
Berenang memang tak lah, tak selesa. Jangan bagi anak korang melompat-lompat dalam tu ye. Takut luka pula kaki. Sekejap je kami dah naik balik ke bilik. Dah macam ikan dah dalam tu. Mungkin sebab pengubahsuaian yang belum selesai itu.
Makan malam korang ada pilihan untuk makan di restoran yang ada di dalam resort atau tempah untuk dihantar ke dalam bilik. Kalau macam kami, kami pilih untuk makan di luar dari resort. Banyak je pilihan kedai makan di kawasan yang berhampiran. Tak susah nak makan. Yang penting jauh lebih murah.
Kami bercadang nak makan burger sahaja di myBurgerLab. Tapi, kami tak jumpa myBurgeLab. Sama ada dah tak ada, tutup atau hijab kami yang dah tertutup untuk nampak kedai tu. Hahaha! Akhirnya kami pergi ke Burger & Taco di Tamarind Square. Kedai Burger & Taco kecil je tapi ramai orang. Kami tapau dan makan di Putrajaya. Ai tak tahu tempat kami pergi, tapi di bawah jambatan. Cantik pemandangan dari situ. Tapi tak ramai orang. Tempat letak kereta pun gelap.
Esoknya, kami sarapan pagi di dalam resort sahaja. Bufet sarapan pagi untuk 2 orang dah termasuk di dalam pakej bilik. Lepas sarapan, kami pergi semula ke kolam renang untuk tangkap gambar. Lepas tu terus balik ke bilik dan sambung tidur. Kalau kolam mandi seronok, mesti kami habiskan masa berendam pagi-pagi. Tak pe lah, tidur pun best juga.
Tepat pada pukul 12, kami check out. Proses check out senang je, serahkan kad sahaja. Tak perlu lama-lama di kaunter seperti check in. Selesai check out kami menuju ke Tamarind Square. Ai habiskan masa hampir 3 jam di Bookexcess sahaja. Bengang Coco. Hahaha!
Seronok tau. Macam-macam buku ada. Tapi panas sebab tak ada aircond. Dua-dua tempat ini sangat recommended dari Ai. Tapi nanti lah Ai ceritakan tentang Tamarind Square dan Bookexcess di dalam entri yang berlainan. Panjang nak cerita di dalam satu entri.
Sebelum balik, Ai dan Coco makan dahulu di Tiger and Prawn, Tamarind Square. Pada Ai sedap tapi agak mahal untuk makan selalu. Sebagai rakyat marhaen, nak makan sesekali itu boleh lah. Selesai makan-makan, kami pulang ke pangkal jalan dan sambung tidur lagi.
aisyaismail
besarnya bilik diaaa. cntik!!!
ReplyDeletePernah stay kat sini dulu tapi masa bulan puasa. Tak larat nak explore kawasan. Tapi yang best part boleh parking depan bilik tu hehehe
ReplyDeleteTak pernah jejak kaki ke sini lagi.
ReplyDeleteBoleh plan ke sini.
DeleteCantik biliknya, permandangan malam di Putrajaya pun menarik, suka juga kawasan berpokok dan tasik, nyaman.
ReplyDeleteYup cantik. Tak rugi pergi.
DeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat
ReplyDeleteEppi Annibersari
Thank you wak.
DeleteMenarik!
ReplyDeleteBesar betul bilik ye. Ada juga survey sini, berkenan sebab ramai bagi good review.
Singgah sini ye❤
Masuk dalam list tempat wajib pergi cepat.
DeleteAla kalau kolam tak best spoil sikit sebab saya suka berendam. Nanti update ye Tasik cyberjaya tu. Lama sangat tak pergi
ReplyDeleteLupa nak update pasal tasik tu. Huhuhu
Deletebestnya. mmg puas ati dapat stay 2 malam kan, mama pun suka pokok2 dan pantai. tapi kekadang suka gak city view
ReplyDelete2 malam mungkin boring kot.
Deletekolam ikan...hahahaha
ReplyDeletehahahaha
DeleteHai aisya, untuk tingkat dua resort tangga sahaja atau ada ramp naik atas eh?
ReplyDeleteTangga sahaja.
Delete