May 2022

Thursday, 12 May 2022

Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

May 12, 2022 14
Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

 Assalamualaikum and hye readers.




Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik. Salah satu tarikan di Melaka sebelum pandemik adalah, Encore Melaka! Siapa pernah pergi? Walaupun masih baru, tetapi Encore Melaka sangat terkenal dengan senibinanya yang menarik dan menjadi tumpuan instagrammer yang datang untuk  bergambar.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

Encore Melaka adalah teater pertama di Asia Tenggara dengan pentas yang boleh berpusing 360 darjah. Teater ini terletak di Impression City, Melaka.



Hampir 2 tahun Encore Melaka ditutup ekoran pandemik yang lepas. Mula-mula hanya pentas teater sahaja yang ditutup. Atas sebab-sebab yang tertentu, seluruh kawasan juga terpaksa ditutup. Kini, Encore Melaka dibuka semula dengan pelbagai teater yang menarik untuk ditonton. Berbaloi-baloi!


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Encore Melaka akan berkerjasama dengan artis-artis tempatan dan juga antarabangsa untuk mengahasilkan pelbagai teater yang lebih  menarik lagi untuk ditonton. Selepas ini, Encore Melaka akan terus berkolaborasi dengan banyak lagi rumah-rumah produksi untuk menghasilkan teater yang lebih menarik dan kreatif.



Teater bertaraf dunia dengan teknologi terkini

Encore Melaka adalah teater yang bertaraf dunia dengan reka bentuk yang menggunakan teknologi yang terkini. Persembahan yang dipersembahkan adalah di dalam gerne yang baru dan penghasilan seni yang lebih inovatif.



Ada beberapa teater yang telah dijadualkan sepanjang tahun ini. Teater ini adalah persembahan hiburan, seni dan budaya secara langsung. Antara teater yang telah dijadualkan adalah "Mending The Broken Sky", sebuah teater muzik berunsurkan gendang Cina yang diterbitkan oleh Orang Orang Drum Theatre, "Mentega Terbang", sebuah teater Bahasa Melayu yang dibawakan oleh Anomalist Production, "Will You Marry Me?", sebuah ceramah muzik yang disampaikan oleh Toh Harnniann dan banyak lagi.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Untuk maklumat lanjut mengenai jadual teater dan harga tiket, korang boleh layari https://encore-melaka.com/show/.



Lokasi yang strategik dan aktiviti menarik

Datang ke Encore Melaka tak boleh singgah sekejap-sekejap ya. Dengan lokasi yang strategik, di Encore Melaka juga terdapat dewan serbaguna, taman, lounge VIP, asrama, pemandangan tepi laut, hostel dan banyak lagi tarikan yang menarik untuk memberi lebih pengalaman terbaik untuk penonton yang hadir. 



Selain menonton persembahan secara langsung, Encore Melaka Theatre juga boleh menampung pelbagai acara lain seperti pertandingan ratu cantik, tayangan perdana filem, penggambaran filem, majlis anugerah, seminar, pameran, acara korporat dan lain-lain. Keluasan kawasan sekitar Encore Melaka juga boleh menampung acara yang besar seperti larian amal, thriathlon, pertandingan dan juga sambutan festival.



Menjadi lokasi untuk pelbagai acara, Encore Melaka juga menyediakan kemudahan untuk keperluan pementasan, katering, marketing serta penjualan tiket. Untuk kemudahan lain seperti audio, reka bentuk pentas, proosi dan lain-lain juga korang tak perlu bimbang kerana korang boleh berunding terus dengan pihak Encore Melaka.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Pengalaman menonton teater di Encore Melaka

Ai pernah menonton teater di Encore Melaka sebanyak 2 kali. 2 waktu yang berbeza dan teater yang berlainan. Pertama kali Ai pergi, Ai sangat teruja dengan jalan cerita yang menarik dan pentas yang sangat luar biasa hebat. Siap pentas berpusing 360 darjah. Pengalaman yang sangat menarik.



Kali kedua Ai pergi baru-baru ini, Ai tonton teater Mending the Broken Sky. Persembahan yang sangat menarik dan bertenaga daripada Orang Orang Drum Theatre. Tapi... jalan ceritanya sangat simple. Ai tertunggu-tunggu pentas tu berpusing, tapi tak ada! Mungkin sebab baru hari pertama pembukaan semula, mereka pilih jalan cerita yang simple. Nak kena pergi lagi sekali ke ni?



Pelbagai lokasi bergambar

Kalau datang ke Encore Melaka ni, memang tak sah kalau tak bergambar. Orang yang rajin, dia akan tawaf seluruh pelusuk kawasan Encore Mall tu. Silap-silap 1 Impression City dia nak pusing. Tapi orang yang tak rajin, depan entrance tu pun dah cantik sangat-sangat. Kalau macam Ai, separuh rajin. Ai tak larat nak pusing ke semua tempat.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Sumpah tak tipu, memang cantik tempat ni. Kalau korang ada sebarang pertanyaan mengenai Encore Melaka, korang boleh hubungi mereka di talian 06-2776657 atau 06-2777718. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.encore-melaka.com.





aisyaismail

Wednesday, 11 May 2022

Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan

May 11, 2022 5
Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan

 Assalamualaikum and hye readers.




Raya terkejut raya penuh dengan kemeriahan. Alhamdulillah! Masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan hari raya yang mulia ini setelah 2 tahun tidak dapat beraya dengan bebas. Selamat hari raya Ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com yang menyambut hari raya!


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Tahun ini Ai dan Coco beraya di sebelah Ai, di Melaka. 2 tahun tak dapat balik beraya, tahun ni bagi lah peluang nak beraya sakan. Tapi sakan di rumah je lah dengan keluarga. Ai nampak mak dan baba gembira sangat apabila anak-anak dan cucu-cucu ada di pagi raya. 



Sejak berkahwin, Ai susah nak jumpa semua adik-beradik Ai di hari raya. Tapi tahun ini, Ai dapat jumpa semua! Seronok tu tak payah nak cakap lah. Bila ramai ni, macam-macam ragam. Benda kecil pun akan riuh satu taman.



Persiapan Hari Raya

Ai dah ada di Melaka pada hari Sabtu lagi. Esoknya, kami buat aktiviti kacau wajik. Coco yang kacau sebab wajik tu dia yang nak buat. Siap minta resipi dari mak. Yang lain-lain termasuk Ai, tunggu nak makan je. Hahaha! Nasib baik sedap. Sambil kacau tu, teringat daun ketupat belum beli lagi.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Pada mulanya mak memang tak nak buat ketupat tahun ni. Leceh katanya. Tapi disebabkan Ai yang nak anyam, mak ok je. Sambil-sambil anyam ketupat sambil mengumpat. Ehh! Cadangnya, Ai nak buat video TikTok dan juga Reels. Nak ikut trend!



Bila seorang je yang menganyam, memang lama lah nak habiskan. Nasib baik 50 biji je! Kalau 150 biji, mahu pengsan dibuatnya. Yang lain-lain bukan tak nak anyam, tapi skill dah tak ada. Lupa cara-cara nak anyam ketupat.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan

Dari siang bawa ke malam Ai anyam 50 biji ketupat. Santai-santai sebab masak-masak kakak Ai dah ambil tugas. Bila pengumuman raya, semua tunggu depan tv. Esok raya!! Terus semua jadi kelam kabut nak membuat persiapan raya. 



Dengan ayam tak siang lagi, cili tak mesin, bekas kuih raya belum tersedia. Nasib baik ketupat tinggal beberapa biji sahaja lagi nak dianyam. TikTok dan Reels pun entah ke mana. Dah tak ada masa nak buat perkara-perkara yang tak penting!


Baca juga: Resepi donut mudah dan gebu


Boleh dikatakan malam tu kelam kabut lah kami semua. Tapi, dalam kelam kabut tu, Ai terasa kemeriahannya. Semua orang bekerja sama untuk beraya keesokkan harinya. Walaupun penat, itu adalah pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Dan paling penting, buat julung-julung kalinya Ai yang masak rendang raya di Melaka! 


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Kita hanya mampu merancang

Paling kesian adalah adik ipar baru Ai. Dia dan adik Ai balik ke Melaka untuk tolong apa-apa yang patut sebelum balik ke kampung sebelah adik ipar Ai. Tiba-tiba, mereka pun terpaksa beraya di Melaka bersama-sama kami semua. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan sama ada rancangan itu berjaya atau tidak. 



Sama seperti 2 tahun berturut-turut yang lepas, kita merancang raya cara kita tapi PKP menghancurkan segala apa yang kita dah rancang. Kuasa Allah, tiada siapa yang mampu untuk melawan.



Apa-apa pun Ai sangat gembira sebab tahun ni hampir seminggu Ai beraya di Melaka. Alhamdulillah keluarga mertua memahami menantu-menantu mereka dah lama tak pulang beraya di kampung halaman masing-masing.



Baju raya klasik moden!

Oh ya, baju raya tahun ni sangat mencabar kesabaran Ai sebagai seorang perempuan. Hahaha! Awal-awal lagi dari tahun lepas Ai dah bagitahu pada Coco, tahun ni Ai pilih warna ungu. Dan Ai nak bertemakan klasik. Sebagai pencinta kebaya, Ai nak kebaya atau kebarung! Macam biasa Coco ok je.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Atas faktor kesibukkan di tempat kerja, Ai tak menjahit tahun ini. Beli je, senang. Dan pilihan Ai adalah kebaya labuh daripada Color Blast. Cantik, Ai suka walaupun ada isu tentang fabrik baju tu di twitter, Ai tak peduli! Asalkan mata Ai nampak cantik, Ai akan selesa pakai. 



Cabaran baju raya Ai adalah, Ai tengok di Twitter ungu lain tapi bila sampai, ungu dah lain. Ungu yang susah nak cari baju melayu pula tu. Nasib baik jumpa juga walaupun hampir putus asa. Alhamdulillah!



Tudung pula, ada ceritanya juga. Ai nak beli tudung sulam untuk melengkapkan tema klasik. Tapi selendang mahal ya. Sampai rm70 ke rm80 sehelai. Ai memang tak suka habiskan duit untuk tudung yang mahal. Lebih daripada rm50 pada Ai dah mahal untuk sehelai tudung.



Tak dapat selendang, Ai cari pula bawal sulam. Ada yang harga bawah rm50, warna pula tak ada. Akhirnya Ai jumpa di Shoppee. Kebetulan 3 warna yang tinggal, ada warna yang Ai nak. Alhamdulillah, rezeki. Harganya pun tak mahal. Seller pun baik orang nya. 



Itulah kisah raya terkejut Ai. Raya korang macam mana? Terkejut juga tak? Kongsi lah cerita raya korang. Kalau korang ada tulis di blog, tinggalkan link di ruangan komen ya. Ai nak baca semua cerita raya korang!





aisyaismail