Assalamualaikum and hye readers.
Diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta? Bukan perkara yang baru apabila Malaysia mencatatkan jumlah penyakit diabetes yang tertinggi di Asia. Melihatkan cara pemakanan rakyat Malaysia yang gemarkan kepelbagaian makanan sahaja membuatkan kita yakin dengan fakta tersebut.
Ai tahu diabetes boleh menyebabkan gangguan mata. Mak Ai sendiri mengalami masalah mata akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Tapi, betul ke diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta? Adakah bahaya kencing manis sehingga ke tahap itu?
Diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta?
Diabetes atau kencing manis adalah sejenis penyakit di mana tahap glukosa dalam darah adalah tinggi. Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan seluruh struktur mata dan dan menyebabkan ulser mata, katarak, glaukoma dan juga retinopati.
Diabetes juga boleh menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah dalam badan menjadi sangat perlahan. Kerosakan pada salur darah ini yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan mengalami masalah kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen pada mata, akan berlaku kerosakan pada retina yang dikenali sebagai retinopati.
Apa itu Diabetik Retinopati
Entri kali ni, Ai nak fokuskan pada Diabetik Retinopati. Diabetik Retinopati ini adalah koplikasi diabetes yang menjejaskan bahagian mata. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah tisu sensitif cahaya yang terletak di bahagian belakang mata, iaitu retina.
5 tanda-tanda Diabetik Retinopati
Jika korang menghidap diabetes dan mempunyai tanda-tanda ini, tolonglah jangan pandang ringan. Ini sangat bahaya! Jika korang tak ada diabetes, lagi lah korang kena berhati-hati dengan tanda-tanda ini. Dikhuatiri, korang tak perasan yang korang sebenarnya adalah penghidap diabetes. Terutama sekali pada mereka yang sukakan makanan dan minuman yang manis.
1- Penglihatan kabur atau beralun
2- Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari
3- Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan.
4- Lemah dalam menentukan warna.
5- Terdapat bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters)
Mereka yang berisiko untuk menghidapi Diabetik Retinopati
1- Penghidap diabetis yang sudah lama
2- Paras gula dalam darah yang tidak terkawal
3- Obesiti
4- Merokok
5- Penyakit darah tinggi dan kolestrol yang tidak terkawal
6- Pesakit diabetis yang sedang hamil
Bolehkah Diabetik Retinopati dirawat?
Rawatan adalah bergantung kepada tahap Diabetik Retinopati. Di peringkat awal mungkin korang hanya perlu membuat pemantauan yang kerap dengan menjaga paras gula dan juga mengubah kepada gaya hidup yang sihat. Ini akan memperlahankan kemerosotan pada mata.
Rawatan lain untuk Diabetik Retinopati adalah dengan memberi suntikan ke dalam mata atau mengeluarkan darah atau tisu dari mata melalui pembedahan. Pembedahan yang biasa dilakukan adalah pembedahan laser.
Optometris boleh mendiagnosis Diabetik Retinopati?
Golongan yang berumur 60 tahun atau lebih sangat digalakkan untuk membuat pemeriksaan! Tapi, untuk mengesan Diabetik Retinopati memerlukan pakar mata yang membuat pemeriksaan dengan teknik tertentu. Pemeriksaan mata yang standard tidak akan dapat mengesan Diabetik Retinopati ini.
Anda sudah dapatkan pemeriksaan di Optom Eyecare Optometris, Bangi?
Di mana nak mencari optometris yang boleh membuat pemeriksaan terhadap mata dengan lebih terperinci? Nak jumpa pakar mata di hospital, kena menunggu lama. Buat je appoitment di Optom Eyecare Optometris, Bangi!
Optom Eyecare Optometris merupakan klinik khas untuk pemeriksaan dan terapi penglihatan yang dikendalikan 100% oleh optometris yang berpengalaman dan mempunyai alat khas untuk pemeriksaan mata secara mendalam.
Ramai yang dah syorkan Optom Eyecare Optometris, Bangi untuk membuat pemeriksaan mata. Ai pun nak pergi juga untuk buat pemeriksaan mata. Jangan lupa bawa mak dan ayah korang sekali ke Optom Eyecare Optometris, Bangi tau. Jaga kesihatan mata sama-sama. Dan bagitahu semua kenalan anda juga!
Set temujanji anda sekarang dengan optometris dengan menghubungi talian 011 1147 9093. Sementara slot masih ada!
Optom Eyecare Optometris, Bangi
Alamat : No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. (Berdekatan MarryBrown)
Waktu Operasi : 9:00am - 8:00pm (Setiap hari)
Instagram : Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare
aisyaismail
Heyy, menakutkan betul artikel ni tau.
ReplyDeleteBaguslah kedai ni, memang betul-betul expert bab mata ni. Memang pakar
ReplyDeletebetul.. mak pun kedua-dua belah katarak. walaupun dh buang selaput tp penglihatan masih kabur
ReplyDeletebetul tu memang kencing manis boleh sebab kan masalah penglihatan
ReplyDelete