Assalamualaikum and hye readers
Dapatkan rawatan anti-aging di Klinik Dr Bazilah! Zaman sekarang ni ramai betul yang takut dengan penuaan. Sama lah dengan Ai! Takut tu, bukanlah takut yang sampai tak boleh nak keluar rumah bila muka dah nampak berusia atau nak sedap sikit, nampak matang. Tapi takut tak confident dengan muka yang dah tak cantik macam dulu. Eh! Dulu cantik ke? Hehehe!
Jangan terkejut jika ramai yang nak medapatkan rawatan anti-aging. Rawatan untuk anti-aging ni ada pelbagai cara. Nak makan ubat, nak laser, nak suntik, nak pakai produk dan macam-macam lagi lah. Suntikan botox juga adalah salah-satu daripada kaedah rawatan anti-aging. Cepat atau lambat, berkesan atau tidak dan sakit atau ngilu-ngilu sahaja yang membezakan hasilnya.
Setiap rawatan atau usaha adalah berbeza-beza. Terpulang cara yang korang nak buat. Walaupun ada pelbagai jenis rawatan anti-aging yang menggunakan pelbagai teknik, tujuannya adalah sama. Untuk membuatkan kulit muka lebih muda, cantik dan sedap mata memandang.
Rejuran Healer Injection
Salah-satu rawatan anti-aging adalah dengan kaedah Rejuran Healer Injection yang juga dikenali sebagai 'Baby Skin Booster'. Kaedah rawatan ini untuk meremajakan semula kulit. Mungkin kedengaran baru, tapi rawatan ini sudah popular di Asia.
Rejuran Healer diperbuat daripada serpihan-serpihan DNA kecil yang dipanggil polynucleotides. Apabila disuntik ke dalam kulit, polynucleotides ini akan menyembuh dan memperbaiki tanda-tanda penuaan pada kulit dan mengurangkan keradangan pada kulit. Kulit akan menjadi lebih muda dan berseri, licin dan lebih tegang, mengurangkan garis halus dan kedutan.
Bagaimana Rejuran Healer berfungsi?
Polynucleotides dalam Rejuran Healer bertindak melalui 3 mekanisme.
1. Polynucleotides meningkatkan bekalan darah ke kulit untuk menghantar oksigen dan nutrien tambahan kepada sel kulit untuk keremajaan kulit.
2. Rejuran Healer dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Keradangan berlaku apabila ada kecederaan pada kulit dan terdedah kepada sinar UV. Masalah keradangan ini akan menyebabkan kerosakan pada sel protein, DNA dan banyak lagi struktur lain.
3. Rejuran Healer juga mencergaskan kulit dengan meningkatkan pembentukan kolagen baru dalam kulit.
Proses Rejuran Healer dilakukan
Rejuran Healer disuntik ke dalam kulit menggunakan injector gun atau suntikan manual menggunakan jarum yang sangat halus. Sebelum proses suntikan Rejuran Healer, krim kebas akan digunakan untuk mengurangkan kesakitan atau rasa tidak selesa.
Siapa yang sesuai untuk mendapatkan suntikan Rejuran Healer?
Rawatan Rejuran Healer sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai tanda-tanda penuaan pada kulit mereka seperti garis-garis halus. Selain itu, rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang ada masalah parut jerawat dan tekstur kulit yang kusam dan lemah. Rejuran Healer juga sesuai untuk golongan yang masih muda tetapi nak mengelakan tanda-tanda penuaan dan untuk mengekalkan kulit yang sihat.
Masa untuk nampak hasil Rejuran Healer
Proses ini akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minggu untuk menampakkan hasil pada kulit dengan hanya 1 sesi sahaja. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk mengambil suntikan selama 3 bulan untuk hasil yang lebih baik. Selepas tempoh itu, suntikan setiap 6 hingga 12 bulan sudah memadai.
Selepas suntikan, mungkin akan terdapat kesan suntikan dan benjolan kecil pada kulit di tempat Rejuran Healer disuntik. Kesan ini bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 ke 2 hari. Jangan bimbang kerana anda masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas mendapatkan suntikan Rejuran Healer.
Dapatkan Rawatan Anti-Aging Di Klinik Dr Bazilah!
Cerita panjang-panjang tentang suntikan Rejuran Healer ni, tak kan lah nak kena pergi ke Korea pula untu dapatkan rawatan kan. Kos suntikan 1 hal, kos perjalanan nak ke sana dah 1 hal lagi. Tu belum lagi kos-kos yang lain.
Korang boleh dapatkan rawatan anti-aging dengan suntikan Rejuran Healer di Klinik Dr Bazilah. Klinik Dr Bazilah adalah klinik kulit yang dipercayai. Ada lesen di bawah KKM tau! Cawangan Klinik Dr Bazilah ada di Shah Alam dan Bangi. Dengar kata, mereka nak buka cawangan baru di Kuala Lumpur pula.
Untuk sebarang pertanyaan, nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan, korang boleh hubungi Klinik Dr Bazilah terus.
WhatsApp : wasap.my/60196571563
Temujanji : http://temujanjidrbazilah.wasap.my
Telefon : 03-89229681 (Bandar Baru Bangi) / 03-50357359 (Shah Alam) / 019-6571563 (Kuala Lumpur)
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : www.facebook.com/klinikdrbazilah
Instagram : www.instagram.com/klinikdrbazilah
aisyaismail
Umur berapa boleh mula rawatan nie yer Ai
ReplyDelete