Assalamualaikum and hye readers.
Gabungan klasik dan moden dari koleksi tudung Tana Hassan. Kalau korang perasan, sejak tahun lepas dah muncul semula fesyen tudung sulam ala-ala zaman mak kita dulu-dulu. Tahun ini semakin menjadi-jadi pula kegilaan pada tudung sulam ni. Punya lah susah nak cari tudung sulam masa Syawal yang lepas. Yang Ai berkenan harga tak masuk akal. Bila harga dah masuk akal, stok pula tak ada.
Gabungan klasik dan moden dari koleksi tudung Tana Hassan
Nak dapat pakai untuk hari raya tak dapat, pakai masa lepas hari raya pun boleh lah. Ai tak minat sangat ikut trend terkini, tapi trend tudung sulam ni lain macam! Rasa tak lengkap pula kalau tak ada koleksi ni di rumah. Dan... akhirnya Ai dapat juga tudung sulam dari koleksi tudung jenama Tana Hassan.
Haa siapa pula Tana Hassan ni? Tana Hassan adalah jenama HijabulousHassanah yang pernah popular satu ketika dahulu. Dijenamakan semula sebagai Tana Hassan. Nama Tana Hassan ini diambil dari nama foundernya sendiri! Wow, lebih catchy kan? Rekaan tudung dari koleksi tudung Tana Hassan bukan sahaja ada tudung sulam, ada juga bawal printed dengan corak yang direka sendiri oleh Tana Hassan.
'NINGRAT' Koleksi pertama Tana Hassan
Koleksi pertama dari Tana Hassan iaitu Ningrat membawa maksud 'noble and classy' eksklusif buat semua yang dihormati. Berhijab bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi adalah untuk dihormati selain menutup aurat.
Ningrat Sulam Melati
Shawl sulam dari Tana Hassan ni memang menggoda betul. Warna merah pilihan Ai ni bukan merah mak ngah tau, tapi merah hati yang mencairkan hati si pemakainya. Hehehe! Sulamnya pun kemas. Tak sakit mata tengok sulam yang asal boleh.
Yang penting... shawl bersaiz 180cm x 75cn ini kainya lembut, mudah digosok dan senang terbentuk. Senang sangat tau! Dan korang boleh pilih awning nak bahagian bersulam atau bahagian baby seam. Pilihan di tangan korang untuk menggayakannya.
Ningrat Sulam Melati ni ada banyak warna pilihan warna. Ai rasa, hampir semua warna ada. Jangan terkejut kalau Ai ada semua warna Ningrat Sulam Melati ni nanti. Hehehe!
Ningrat Bawal Printed
Ai jatuh cinta habis dengan corak-corak bawal printed dari Tana Hassan ni. Macam Ai cakap tadi, corak-corak ini adalah hasil rekaan oleh Tana Hassan sendiri. Corak yang cantik dengan material satin silk, si pemakai terus jatuh cinta kali kedua selepas shawl sulam tadi. Mudah digosok dan mudah dibentuk. Terletak je di muka.
Di mana nak dapatkan koleksi Tana Hassan?
Tak lama lagi Tana Hassan nak keluarkan koleksi yang terbaru tau. Sebelum koleksi baru tu dilancarkan, korang boleh dapatkan dahulu koleksi Ningrat ni. Habis jangan menyesa! Kalau tak tahu nak pilih yang mana satu, pilih je semua. Hehehe! Korang boleh follow rapat-rapat sosial media Tana Hassan atau beli je di shopee.
Instagram : @tanahassan_
Facebook : TanaHassan
TikTok : @tanahassan_
Shopee : Tana Hassan
aisyaismail