7 Rutin Pagi Untuk Kekal Produktif Sepanjang Hari

Friday, 23 September 2022

7 Rutin Pagi Untuk Kekal Produktif Sepanjang Hari


 Assalamualaikum and hye readers.




7 rutin pagi untuk kekal produktif sepanjang hari. Pasti menjadi impian setiap orang untuk memiliki hari yang produktif. Bayangkan walaupun dah melakukan aktiviti seharian, masih lagi kekal bertenaga. Siapa yang tak nak? Fokus untuk mulakan hari anda dengan betul kerana hari yang produktif bermula dengan rutin pagi yang betul. Aktiviti anda di waktu pagi yang menentukan perjalanan seharian anda.


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html


7 rutin pagi untuk kekal produktif sepanjang hari

Bangun awal pagi

Terlalu banyak perkara yang anda boleh lakukan jika bangun awal pagi. Untuk yang beragama Islam, sudah tentu anda wajib menunaikan solat Subuh. Ada banyak masa yang terluang di waktu pagi, korang tak perlu terburu-buru untuk melakukan rutin pagi seperti mandi, buat sarapan, gosok baju pada yang tidak gosok di malam hari dan banyak lagi.



Bersyukur

Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di pagi hari yang baru. Jangan sesekali terlupa untuk bersyukur ya! Banyak lagi perkara yang anda boleh syukuri. Malah, anda perlu sentiasa bersyukur dan bukan hanya di pagi hari sahaja!



Sarapan pagi yang sihat

Sarapan adalah sumber tenaga pertama anda setiap hari. Potensi anda akan makan berlebihan pada waktu tengahari adalah sangat tinggi jika anda cuba-cuba untk skip sarapan pagi. Masalahnya, ramai yang tak nak amik pusing tentang kebaikan dan keburukan sarapan pagi ini. Tak susah pun! Makan roti Gardenia dua keping setiap pagi pun dah cukup. Haihhh ni comfirm kena perli dengan Coco kalau dia baca. Hahaha!



Senaman keluarkan peluh


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html

Senaman akan memberi kekuatan dan ketahanan pada tubuh badan sepanjang hari. Ia akan meningkatkan metabolisme dan kecergasan fizikal dan mental anda sekali gus mood anda akan bertambah baik sepanjang hari. 15 minit sudah memadai. Tak perlu senaman berat pun. Jika di kawasan rumah anda ada kemudahan gym, gunakan kemudahan tersebut.



Senaraikan 'things to do'

Senaraikan apa tugasan anda sepanjang hari. Apa yang anda nak buat, semua anda senaraikan dan cuba jangan lari dari jadual yang telah anda tetapkan. Mulakan dengan tugasan yang penting dahulu. Jika ada halangan di dalam menyelesaikan tugasan, cuba cari jalan penyelesaian sebelum give up. Jika setiap kali ada masalah anda berhenti terus dari melakukan tugasan, sampai bila tugasan tu nak habis?



Sebut perkara yang baik-baik untuk diri sendiri

Perkara yang negatif sememangnya akan mengganggu mood sepanjang hari. Terutama sekali golongan wanita. Bila dah tak ada mood, orang sekeliling pun akan terbabit sama. Setuju? Tak salah kalau memuji-muji diri sendiri juga. Kalau bukan kita, siapa yang nak puji kan. Hehehe! Dan jangan lupa untuk buat baik kepada orang lain juga.



Sentiasa memberikan senyuman


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html

Senyuman itu kan sedekah. Jika anda keseorangan di rumah, sedekahkan senyuman anda kepada diri sendiri. Latih diri anda untuk sentiasa tersenyum. Senyuman yang manis, orang nak marah pun boleh hilang rasa marah tu.



Cakap memang mudah, tapi bagaimana nak pastikan untuk anda sentiasa bangun pagi dengan aura yang positif? Caranya mudah, tapi mungkin sukar untuk kebanyakan orang. Tidur malam secukupnya! Latih diri anda untuk tidur awal supaya anda boleh bangun awal di pagi hari. Dengan tidur awal, akan dapat mencipta hari yang produktif. Ia akan menjadi lebih mudah daripada yang anda fikirkan.


Baca juga: Ubat sakit gigi

4 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D