Assalamualaikum and hye readers.
Tengok matahari terbit di Kuantan, Pahang. Alhamdulillah sampai juga di Kuantan. Plan nak ke Kuantan ni bukan cerita 2022, tapi sejak beberapa tahun yang lepas. Dari sebelum pandemik sampai dah endemik. Asal ada masa nak cuti-cuti Malaysia je, tiba-tiba plan bertukar ke tempat lain. Bila tak plan ni, terus tempah hotel dan tahu-tahu dah sampai.
Ya, kami tak rancang pun nak ke Kuantan tahun ni. Masing-masing sibuk dengan kerja. Bulan lepas baru Ai dan Coco buat keputusn nak ambil cuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke enam. Dalam dua ke tiga minggu sebelum. Ambil cuti je, pergi ke mana kami tak buat keputusan lagi.
Tempat percutian pilihan
Antara tempat-tempat yang menjadi pilihan, sudah semestinya Port Dickson. Senang dan dekat. Tapi bosan juga kalau asyik nak ke Port Dickson kan. Nak ke Melaka, baik Ai balik rumah Mak Baba je. Hehehe! Akhirnya kami plan untuk naik kapal terbang ke Langkawi. Tapi, tiba-tiba ada kes ribut dan kami batalkan niat tu.
Seminggu sebelum percutian, kami buat keputusan untuk ke Kuantan pula. Terus tempah bilik dan Alhamdulillah percutian kami berjalan dengan lancar. Selalunya benda-benda yang main redah ni memang terbaik. Setuju?
Kenapa Kuantan?
Ada 3 sebab utama kenapa kami memilih Kuantan. Yang pertama, nak kenang kembali zaman bercinta Ai dan Coco sewaktu kami sama-sama belajar di Kolej Shahputra, Kuantan. Chewah! Kolej Shahputra tu pun dah tak wujud. Sekarang Kolej tu telah dijenamakan semula sebagai Kolej Universiti Widad.
Yang kedua, Ai nak tengok matahari terbit atau terbenam. Dan yang ketiga, Ai nak makam Mango Cheesecake di Kula Cakes. Nyum nyum. Nampak tak, satu je alasan sepakat bersama, lagi dua Ai yang beriya. Huhuhu! Kalau ikutkan Coco, musim-musim hujan ni dia nak pergi water rafting je.
Kenangan belajar di Kuantan, Pahang
Zaman belajar pastinya zaman yang paling banyak kenangan. Betul tak? Itulah zaman di mana kebanyakan remaja mula belajar berdikari. Belajar berjimat, belajar simpan duit, belajar keluar dengan kawan-kawan, belajar nak bercantik-cantik dan macam-macam lagi.
Remaja zaman sekarang mungkin dah mulakan semua ni sewaktu di sekolah menengah, atau mungkin ada yang dah mulakan di sekolah rendah lagi. Tapi zaman Ai dulu, sambung belajar tu memang waktu yang Ai belajar buat macam-macam. Kalau tersilap pilih kawan dan iman tak kuat, boleh hanyut! Cara cakap pakai zaman-zaman ni, rasa veteran pula. Hahaha!
Tengok matahari terbit di Kuantan, Pahang
Nak tengok matahari terbit, di Kuala Lumpur atau Selangor pun boleh tengok. Tak payah susah-susah nak pergi ke Kuantan. Tapi dah alang-alang dah sampai Kuantan tu, kami cari lah hotel yang boleh nampak matahari terbit daripada bilik. Swiss-Belhotel, Kuantan memang perfect. Cuma satu je tak menarik, laut dia warna teh susu cair.
Hotel ni betul-betul depan laut. Pagi atau petang, anda boleh turun jalan-jalan di persisiran pantai. Tapi hati-hati, ada amaran obor-obor kat pantai tu. Nak mandi atas risiko sendiri. Tapi Ai tak mandi pun. Laut depan Swiss-Belhotel, Kuantan ni laluan bot-bot nelayan. Ai rasa macam berminyak sikit. Jalan-jalan di persisiran pantai pun Ai elak kena air laut. Tapi demi sekeping gambar dan beberapa saat video, sesekali masuk juga dalam air tu.
Itu Ai lah, orang lain ok je main-main kat tepi pantai tu. Diorang mungkin tak cerewet macam Ai. Masa tengahari, air laut surut. Ada beberapa orang berjalan sampai ke tengah untuk kutip sesuatu. Ai tak pasti apa yang dikutip sebab Ai nampak dari dalam bilik tingkat 20. Pemandangan dari tingkat 20 tu memang terbaik, tapi gayat. Hahaha! Kalau air laut biru, sempurna pemandangan Ai.
Makan Mango Cheesecake di Kula Cakes
Siapa tahu Mango Cheesecake yang popular di Kuantan tu? Kat KL pun ada, tapi dapat makan di Kula Cakes tu rasa sedap dia lain macam. Bawa balik dah kurang rasa sedap tu. Mindset je kot. Seorang Aisya Ismail ni pelik kadang-kadang.
Tapi... nak dijadikan cerita, hari yang Ai sampai Kuantan tu, kami tak sempat nak ke Kula Cakes. Banyak tempat nak singgah. Hari kedua pun tak sempat sebab kami ke Terengganu melawat kakak ipar dan anak-anak buah Ai di sana. Hari ketiga, sebelum balik kami singgah dulu. Tapi tutup. Sedih tu tak payah cakap lah.
Kalau anda teringin nak makan dessert di Kula Cakes, ingat ya tutup hari Isnin. Hari lain buka seperti biasa dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang. Alahai, sekejap je.
Apa yang menarik di Kuantan, Pahang?
Apa lagi yang menarik di Kuantan? Sebenarnya ada macam-macam tempat yang menarik. Tak semua tempat Ai sempat pergi. Tempat wajib, sudah pasti Teluk Cempedak dan Kolej Shahputra yang sekarang sudah menjadi Kolej Universiti Widad. Ai akan senaraikan apa yang menarik di Kuantan dalam entri yang berasingan.
Kesimpulannya, menarik ke bercuti di Kuantan? Pada Ai sangat menarik. Tapi tak boleh lah nak pergi selalu. Jauh dan bosan nanti. Mungkin 5 tahun lagi kita pergi lagi ke Kuantan. Hehehe! So, ke mana kita lepas ni?
aisyaismail