Assalamualaikum and hye reader.
Ini yang anda perlu tahu jika nak beli rumah. Setiap orang yang sudah bekerja pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah hasil titik peluh sendiri. Namun bukan mudah untuk memiliki sebuah rumah. Memiliki sebuah adalah satu komitmen yang besar kerana tak ada rumah yang murah zaman sekarang ni.
Jika ada sekalipun, di pinggir bandar sedangkan anda mencari rezeki di tengah bandar. Takkan nak ulang-alik berjam-jam lamanya di atas jalan raya. Kalau jalan raya sesak, lagi parah. Jika duduk di luar bandar ppula, walaupun murah belum tentu dengan gaji yang diperoleh mampu membeli sebuah rumah. Jika anda memiliki pendapatan yang bagus dan tak ada masalah untuk membeli rumah, Alhamdulillah! Rezeki anda.
Ini yang anda perlu tahu jika nak beli rumah
Kenal pasti jenis hartanah
Untuk membeli rumah, anda kena tahu betapa pentingnya membuat kajian tentang jenis hartanah yang ingin dibeli. Kenal pasti jenis rumah yang anda nak beli, pinjaman bank serta kadar faedah yang ditawarkan. Jika anda nak membeli rumah jenis apartmen atau kondominium, anda juga kena tahu tentang kos insurans rumah dan kos selenggara banggunan serta kemudahan yang ada.
Untuk mengelakkan projek rumah anda terbengkalai, anda juga perlu selidik rekod pemaju hartanah. Nampak rumit, tapi inilah hakikat yang perlu anda pastikan supaya anda tak tersilap membuat pelaburan kewangan.
Belian rumah pertama
Beli rumah pertama adalah impian setiap orang. Tak kisah rumah tu kecil atau besar, ia menjadi target yang mesti dipenuhi. Lambat atau cepat, bergantung kepada usaha anda sendiri. Harga rumah semakin lama semakin melambung tinggi. Jika anda kurang berkemampuan, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli rumah melalui skim rumah pertama yang disediakan oleh kerajaan seperti rumah Selangorku, Prima dan sebagainya.
Kemampuan membeli rumah
Ramai orang nak beli rumah, buat kira-kira kelulusan pinjaman hanya berdasarkan komitmen perbankan sahaja. Jika anda mempunyai hutang yang tinggi dengan pihak bank, memang sukar untuk anda mendapat kelulusan pinjaman. Jika lepas, Alhamdulillah.
Masalah ramai pembeli adalah, dia terlupa untuk mengambil kira kos-kos bulanan lain yang ditanggung seperti makan minum, minyak kereta, simpanan, belanja orang tua, anak isteri dan sebagainya. Bayaran bulanan rumah akan menjadi bebanan buat anda di kemudian hari. Jika pendapatan anda mencukupi buat semua komitmen yang anda anda, anda layak untuk membeli rumah.
Peluang untuk anda mudah mendapat pinjaman rumah sangat tinggi jika komitmen anda tidak terlalu tinggi. Anda boleh semak kelayakan gaji dan bajet rumah yang anda mampu belu melalui laman web https://www.mortgagecalculator.uk/
Uniknya laman web ini adalah dengan adanya graf pembayaran balik pinjaman dengan jadual pelunasan pinjaman secara bulanan dan juga tahunan. Laman web ini juga menyediakan kalkulator tambahan yang mempunyai ciri seperti berikut.
https://www.mortgagecalculator.uk/affordability/
https://www.mortgagecalculator.uk/amortisation/
https://www.mortgagecalculator.uk/overpayment/
https://www.mortgagecalculator.uk/remortgage/
Kalkulator di web ini pada asalnya hanya memenuhi pasaran UK. Akan tetapi, pengiraan di sebalik pembayaran bulanan berfungsi sama hampir di mana-mana kecuali unit mata wang dan harga rumah.
Jangan ambil mudah kos pemilikan rumah
Sekiranya anda merancang untuk membeli rumah yang dijual semula, anda perlu mengambil kira kemampuan anda untuk membuat bayaran pendahuluan. Selalunya bayaran pendahuluan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah pilihan anda.
Bukan itu sahaja! Anda juga perlu mengambil kira kos-kos lain seperti yuran guaman, duti setem dan sebagainya. Belum lagi ambil kira kos baik pulih serta ubah suai rumah. Sebab itu anda perlukan ilmu dan maklumat tentang rumah yang anda nak beli. Jika anda membeli tanpa membuat kajian terlebih dahulu, anda mungkin akan merugikan kewangan anda!
Fahami Dokumen SPA
Sebagai pembeli, anda kena fahami syarat dan perjanjian perumahan yang terkandung di dalam dokumen perumahan. Sekiranya anda tak faham dan bimbang jika berlaku sebarang kesilapan, rujuklah kepada peguam yang telah dilantik untuk menguruskan pembelian tersebut. Jangan ikut pandai sendiri ya bagi mengelakan sebarang masalah di kemudian hari.
Semak skor kredit
Haaa... dah semak skor kredit? Apa skor kredit ni? Skor kredit sangat penting dan perlu diberi perhatian sebelum membuat sebaran pinjaman perumah. Pastikan status kredit berada dalam keadaan yang baik!
Kawasan kejiranan yang baik
Ramai orang sibuk mencari rumah yang terbaik untuk dijadikan tempat tinggal sehingga hari tua, tapi dia lupa untuk melihat faktor-faktor lain seperti lokasi kawasan perumahan yang ingin dibeli. Kawasan perumahan yang baik dan mudah adalah kawasan yang berhampiran dengan kemudahan asas seperti sekolah, LRT, masjid dan sebagainya. Paling penting, siapa jiran anda.
Dah tahu dan faham apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah? Bolehlah anda memulakan pencarian rumah idaman. Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda semua!
aisyaismail
rasanya mau beli rumah secara tunai walaupun ia bukan tindakan wajar sebab tak dapat bantu pihak bank buat duit daripada interest
ReplyDelete