Assalamualaikum and hye reader.
Tisu Carina Tisu Pilihan Ramai Untuk Seisi Keluarga. Jika pergi ke pasaraya, pasti anda biasa nampak produk tisu jenama Carina. Ai jenis yang tak tetap dengan satu jenama tisu sahaja. Yang mana sedap dipakai, itu yang lama Ai akan ulang gunakan. Jenama Carina ni salah satu jenama yang bila Ai guna, Ai akan guna dalam satu jangka masa yang panjang.
Tisu Carina Tisu Pilihan Ramai Untuk Seisi Keluarga
Jenama Carina ni bukan jenama yang baru di pasaran. Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama di Malaysia. Dalam erti kata lain, jenama tisu tertua di Malaysia mengalahkan jenama-jenama popular yang lain.
Penghasilan tisu Carina menggunakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang memberikan keselesaan disamping mengekalkan kualiti produk. Ia adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula yang menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak. Tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi anda dan juga alam sekitar.
Tisu Carina didatangkan di dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga besar sesuai dengan jenis penggunaan. Carina Handkerchief sesuai untuk kegunaan harian manakala Carina Wallet Tissue sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.
4 siri utama tisu Carina
Carina turut didatangkan dalam 4 siri utama iaitu beauty care, toiletries care, kitchenware dan health care. Setiap satu siri mempunyai fungsi yang tertentu. Rangkaian produk Carina yang luas ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.
Kempen "We Care We Love"
Carina sekarang sedang menjalankan kempen "We Care We Love" bagi menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran. Mereka percaya, dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan kebersihan serta mengeratkan kasih sayang yang lebih erat bersama keluarga.
Bersempena kempen "We Care We Love" ini, Carina ada keluarkan Carina Gift Box dengan kotak yang menarik dan sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah. Tak payah nak balut-balut dah tau. Jimat duit kertas pembalut hadiah!
Dalam gift box ini, anda akan dapat 11 produk yang pasti akan menggembirakan hari anda.
1. Carina Facial Cotton 160's
2. Carina Box Tissue 90's
3. Carina Handkerchiefs Tissue
4. Carina Cotton Buds 400 tips
5. Carina Wallet Tissue
6. Carina Antibacterial Wipes 70's
7. Carina Cotton Bud 480's
8. Carina Wet Wipes 30's
9. Voucher Shopee Carina Official Store RM5
10. Review & Win kempen flyer
11. Carina Surprise Ang-pao sehingga rm88 melalui TnG
Anda boleh dapatkan Carina Gift Box di cawangan terpilih Aeon Big, Mix Store, Hot Market Berjaya Times Square dan juga Tong Hup Trading Melaka.
CARINA Review & Win
Dah alang-alang membeli, jangan lupa masuk pertandingan CARINA Review & Win tau! Seramai 100 orang pemenang akan dipilih setiap bulan untuk memenangi bekalan rumah yang bernilai RM150 untuk setiap pemenang. Cara nak sertai senang je.
- Muat naik foto / video dengan menceritakan pengalaman anda menggunakan mana-mana produk siri CARINA di Facebook, Instagram atau Tiktok.
- Jangan lupa tag @CARINA rasmi di Facebook, Instagram atau Tiktok.
- Sertakan hashtags #MYCarina #WeCareWeLove
- Pastikan post anda disetkan kepada umum.
Pertandingan CARINA Review & Win berlangsung dari sekarang sehingga 30 April 2023. 300 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi 3 bulan bekalan rumah Carina yang bernilai RM150. Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook Carina bermula dari Februari 2023! Hadiah tidak boleh ditukar atau dipindah milik apatah lagi nak tebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak mengubah suai terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Pastikan anda simpan resit pembelian kerana jika anda terpilih sebagai salah seorang pemenang, anda wajib menunjukkan resit untuk menuntut hadiah. Anda boleh tag berapa banyak pun penyertaan tetapi setiap pemenang boleh tuntut hadiah sekali sahaja. Nama dan resit pembelian yang sama tidak dibenarkan. Resit pembelian hanya sah dari tarikh 1 Januari 2023 - 31 April 2023 sahaja.
Di mana boleh dapatkan produk Carina?
Kebanyakan produk Carina boleh didapatkan di kebanyakan pasaraya ataupun belian secara online.
Shopee : https://shopee.com.my/carina.os
Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/wangzheng-care/
TopzMall : https://topzmall.com/store/789
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Carina melalui email wangzhengcarina@gmail.com atau follow media sosial Carina.
Facebook : https://www.facebook.com/carina.loveandcare
Instagram : https://www.instagram.com/carina.malaysia/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@carinamalaysia
aisyaismail
Tisu dapurlah mesti ada kat rumah
ReplyDeleteWaaa...mcm2 tisu ada..
ReplyDeleteComel bungkusnya pepel2 gitu
ReplyDelete