Assalamualaikum and hye reader.
Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online. Hidup di zaman moden kini lebih banyak dugaan jika nak dibandingkan hidup di zaman mak ayah kita dahulu. Kesibukan harian membuatkan orang zaman sekarang lebih mudah mendapat tekanan.
Ditambah pula dengan ada yang memiliki sikap ingin berlumba-lumba siapa yang lebih hebat di media sosial, ramai yang nak nampak mewah walau tidak mampu untuk merealisasikan kehendak hati.
Untuk meredakan tekanan, ramai yang mengambil sedikit masa yang terluang untuk bermain game secara online.
Tahun demi tahun, semakin ramai orang bermain game secara online setiap hari tidak kira tua atau muda. Tapi benarkah dengan bermain game secara online dapat meredakan tekanan?
Jom kita lihat antara kelebihan bermain game secara online.
Melepaskan tekanan
Setiap hari asyik fikirkan tentang kerja sahaja, sesekali berfikir lah tentang menghiburkan hati sendiri.
Tak perlu main game yang berat, game yang ringan sudah memadai untuk lari daripada aktiviti harian yang sama.
Apabila bermain game online, cukup untuk menghiburkan hati dan melegakan tekanan anda sahaja.
Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh game. Bimbang anda akan menjadi ketagih dan lebih stres dengan game online yang anda main.
Membina harga diri
Game online boleh bina harga diri? Biar betul! Ya, betul untuk sesetengah orang.
Selain daripada dapat mengurangkan tekanan, game online boleh meningkatkan harga diri anda kerana ia membuatkan anda berasa lebih baik apabila anda berjaya kuasai permainan dan menang dengan berjaya.
Anda mampu meningkatkan keyakinan serta harga diri apabila anda berjaya menang dengan strategi yang anda cipta sendiri.
Bukankah ini membuatkan anda berpuas hati dan berbangga? Lebih-lebih lagi apabila anda tahu siapa lawan anda.
Kenal lebih ramai orang
Kebanyakan platform game online sekarang ada kelebihan ruang sosial yang membolehkan anda bersosial di ruang sembang sekaligus membuatkan permainan menjadi lebih menyeronokkan.
Hubungan sosial ini dapat membuatkan anda berasa kurang tekanan dan dapat lari daripada aktiviti yang sama setiap hari.
Main game online
Di mana nak bermain game online yang menyeronokkan dan tidak bosan? Sebenarnya bergantung kepada minat dan personaliti masing-masing.
Ada yang suka main permainan seperti jigsaw, teka silang kata, solitaire dan macam-macam lagi.
Ai suka semua permainan tu tapi kalau anda nak tahu, Ai dah jumpa satu website yang membolehkan Ai main permainan online di mana-mana sahaja.
Nak main melaui telefon pintar atau PC, terpulang kepada anda. Kebanyakan permainannya juga adalah percuma. Jadi Ai boleh main dengan sepuas hati.
Bila hati gembira, sudah tentu dapat mengurangkan tekanan. Anda juga boleh bermain permainan online di plays.org.
Pilihan game online yang Ai tengah tak boleh 'move on' sekarang adalah Pac Chef by Pac Man. Permainan legend ni! Seronok bermain bila permainan lancar dan tidak tersekat-sekat. Anda pun kena cuba tau.
Selain daripada permainan video, terdapat ratusan game percuma yang boleh anda perolehi di plays.org. Ai tak sabar nak explore permainan lain pula.
Dah cuba? Permainan yang mana satu pilihan anda?
aisyaismail
MA pun suka main game....sesekali. layan jer
ReplyDeleteSesekali takpe.
Deleteboleh la buat hilang ngantok
ReplyDeleteHahaha
Deletebetul, game online boleh kasi mind refreshment. tak perlu game berat, yang santai2 tu lah yang best.
ReplyDeleteSetuju!
DeleteBetul game ni boleh ringankan tekanan. Tapi lalau main game berat nanti boleh tambah tekanan pulak.
ReplyDeleteJemput Singgah :Cara Solat Sunat Witir
Hehehe main yang ringan je.
Delete