Teknologi semaikin canggih, game online semakin menjadi pilihan sesetengah individu untuk mengisi masa lapang mahupun meredakan tekanan setelah seharian berpenat dengan aktiviti harian. Banyak game online popular yang menjadi pilihan masa kini seperti Mobile Legends, PUBG, Candy Crush dan macam-macam lagi.
Permainan ini sering kali dimainkan tidak kira dalam golongan kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa tak kira di mana mereka berada. Yang penting ada telefon pintar atau PC, semuanya jadi mudah. Jangan lupa, sambungan internet yang stabil juga sangat penting untuk membolehkan korang berkomunikasi dengan pemain lain secara langsung. Namun harus diingat, bermain game online ada kesan baik dan buruknya.
Baca juga: Kelebihan bermain game online
Keburukan bermain game online
Semua perkara ada baik dan buruknya, termasuklah bermain game online. Walaupun menyeronokkan, tak semesti ianya adalah suatu kebaikan untuk semua orang. Berikut adalah keburukan yang mungkin berlaku kepada pemain jika bermain tanpa batasan dan secara berlebihan.
Ketagihan bermain game
Bermain game online boleh menyebabkan ketagihan yang melampau jika tidak dipantau terutama sekali kepada kanak-kanak. Korang mungkin akan terlalu asyik bermain game sehingga mengabaikan tanggungjawab harian dalam kehidupan sebenar seperti bekerja atau sekolah.
Korang juga akan lebih gemar bersendiri dan menghabiskan masa dengan kenalan secara online. Ini tidak bagus ye! Jika ada anak dan isteri, siapa yang nak cari duit untuk beri mereka makan?
Gangguan kesihatan mental
Ketagihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan atau isolasi sosial. Ini kerana meluangkan masa di alam maya boleh mengurangan interaksi sosial dalam kehidupan sebenar serta mengganggu keseimbangan emosi dan kesihatan mental.
Gangguan fizikal
Kurang melakukan aktiviti fizikal dan duduk terlalu lama boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan. Ini tak ada kaitan dengan sentuhan secara fizikal yang melibatkan orang ketiga tau. Tak ada sesiapa yang mengganggu fizikal korang selain diri korang sendiri.
Bermain game terlalu lama boleh menyebabkann masalah kesihatan fizikal seperti masalah postur badan yang tidak betul, masalah penglihatan, gangguan tidur atau naik turun berat badan secara mendadak.
Perkara penting terabai
Game online boleh mengganggu produktiviti seseorang. Mereka yang terleka bermain game online tanpa kawalan mampu mengabaikan tanggungjawab harian seperti kerja, pembelajaran atau kerja rumah tanpa rasa bersalah. Tumpuan terhadap game menjadi keutamaan.
Pembaziran wang ringgit
Masalah besar juga ni. Ada jenis game online memberi pilihan kepada pemain untuk membeli barang dalam game menggunakan duit sebenar. Bukan duit dalam game tau. Jika tidak dikawal boleh menyebabkan pembelian yang berlebihan dan menjadi pembaziran. Ini akan menimbulkan masalah kewangan kepada pemain melainkan duit korang tak pernah habis dalam bank.
Kandungan yang tidak sesuai dengan khalayak umum
Game untuk seronok-seronok, kenapa pula tak sesuai untuk permainan umum? Ada sesetengah game online mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai seperti keganasan yang ekstrem, bahasa yang kasar, mengandngi unsur pornografi dan tingkah laku yang tak beretika. Ini boleh memberi kesan yang negatif terutama kepada kanak-kanak yang mudah terikut-ikut dengan budaya di dalam game online.
Menambah atau menghilangkan tekanan?
Ia boleh jadi bertambah atau menghilangkan tekanan mengikut tahap korang bermain. Game online boleh menambah tekanan apabila korang bermain tanpa had sehingga menyebabkan ketidakseimbangan di dalam hidup.
Game online juga sering melibatkan persaingan antara dua atau lebih orang di dalam satu-satu masa. Tekanan akan timbul jika korang nak menjadi yang terbaik tetapi ada halangan dan pemain lain mendahului korang. Kalau korang sejenis yang mudah tertekan, lebih parah jadinya.
Ada pemain yang merasakan game online dapat meredakan tekanan kerana memberi hiburan dan pengalihkan fikiran daripada bebanan tugasan harian yang dihadapinya.
Atasi masalah ketagihan bermain
Untuk mengatasi masalah ketagihan bermain game online memerlukan komitmen, disiplin, dan juga masa. Usaha ini perlu berlaku secara berterusan sehingga mengubah tabiat dan mencipta keseimbangan dalam kehidupan. Korang boleh cuba cara-cara ini untuk mengatasi masalah ketagihan tersebut.
Kesedaran diri
Korang kena sedar sendiri bahawa korang sedang mengalami masalah ketagihan bermain game online. Bila ada kesedaran barulah korang dengan rela hati nak berubah kerana sedar punyai masalah adalah langkah pertama dalam mengubah tabiat kita.
Tetapkan had masa
Buat jadual yang teratur bila korang atau anak-anak boleh bermain. Pastikan jadual korang tu seimbang antara alam nyata dan di alam maya. Dah ada jadual tu, perlulah tegas mematuhinya. Jangan asyik nak langgar je.
Peraturan untuk diri sendiri
Korang boleh kawal diri sendiri dengan menetapkan bahawa korang hanya akan bermain game online pada waktu-waktu yang tertentu sahaja seperti di masa lapang dan tidak akan mengabaikan aktiviti harian yang lain. Buat peraturan yang sesuai dengan keperluan korang dan jangan terlalu mendesak untuk laksanakannya sehingga menimbulkan tekanan lain.
Buat aktiviti yang sihat
Cari aktiviti lain yang boleh menggantikan masa yang korang habiskan bermain game, aktiviti yang baru dan memberi kepuasan. Kalau tak cuba buat tak tahu yang anda akan sukakannya. Tak ada duit, banyak lagi aktiviti lain yang percuma. Yang penting aktiviti tersebut mendatangkan manfaat sekurang-kurangnya dari segi emosi korang.
Dapatkan sokongan orang terdekat
Korang pasti ada kenalan rapat seperti keluarga atau sahabat dunia akhirat. Bincangkan masalah korang agar mereka boleh memberi pandangan serta sokongan dalam mengatasi masalah ketagihan bermain game yang korang alami.
Cari bantuan profesional
Jika ketagihan sangat serius dan sukar diatasi, tiada pula kenalan rapat yang boleh berkongsi masalah, pertimbangkanlah untuk mendapatkan bantuan profesional. Ada je pakar atau kaunselor yang terlatih dalam menangani masalah ketagihan ini, kita je yang tak tahu.
3 game onlian pilihan
Korang pernah dengar Mortgage Calculator Money Games? Kalau tak tahu, biar I bagitahu. Mortgage Calculator adalah sebuah website tentang kewangan dan Ai baru tahu ada banyak game dalam website tersebut. Tak semua game berkaitan dengan kewangan tau.
Dalam website tersebut, ada dua game kesukaan Ai. Kalau korang nak main juga, pergi je ke https://www.mortgagecalculator.org/money-games/. Ada banyak game yang menarik untuk dimain dan ada banyak dalam list untuk Ai nak explore. Kita cerita dulu tentang dua game yang Ai dah hebat. Chewahhh!
Merge Blocks
Di dalam game ini, pemain perlu menggabungkan banggunan yang kecil sehingga ianya menjadi banggunan yang lebih besar. Game ni sangat santai dan tak perlu nak berfikir terlalu lama untuk mencari strategi. Namun semakin besar banggunan semakin rumit pula jadinya.
Mahjong Solitaire
Jangan membayangkan mahjong yang untuk bermain judi tu pula. Asasnya sama, tapi permainannya hanya santai-santai dan tak bermain judi pun. Jadi jangan risau nak main game ni. Mudah je, korang pilih gambar yang sama. Cabaran dia bila tak boleh pilih gambar yang kena block. Permainan ini akan dikira masa tau, jadi kena pantas untuk cipta rekod terpantas.
Tak salah bermain game online
Sebenarnya main game online ni tak salah. Kita semua dah besar panjang dan dah tahu baik buruk tindakan kita. Jadi, pastikan bermain dengan had yang munasabah. Sentiasa ingat, korang ada komitmen yang perlu dititikberatkan.
Jangan hanya kerana game online, hidup korang jadi hambar dan tiada warna-warni seperti orang lain. Ingat tu! Main game biarlah berpada-pada jangan sampai merosakkan diri.
saya suka main game dekat phone..saya main Clash of Clan..rasenye dah dekat 10 tahun main game tu..hahaha..santai2 je..dont take it seriously..nnt ke laut..
ReplyDeleteSetia ye. Heheh
DeleteHahaha lama tak main game ni.
ReplyDelete