Minggu lepas Ai balik ke rumah Mak Baba. Macam biasalah masalah orang-orang
perempuan ni, 'nak masak apa'. Mak Ai cadangkan untuk masak laksa. Ai ok je,
cuma belum ada pengalaman masak laksa. Sepantas kilat Mak Ai turunkan resepi
yang pasti sedap.
Korang kena cuba resepi laksa menggunakan daun kesum ni sebab kesedapannya
tiada tandingan. Gittuwww hehehe! Jangan tanya ni laksa apa, Ai tahu masak dan
makan sahaja. Tapi mungkin laksa Penang.
Bahan-bahan
Untuk rebusan
1. 1 paket laksa
2. 5 ekor ikan kembung
3. Air secukupnya
4. 3 biji telur
Untuk kisar
1. 1 senduk cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut selera)
2. 3 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai (kalau kurus guna 2 batang)
5. 1 inci halia
Untuk kuah
1. Air rebusan ikan
2. 5 keping asam keping
3. 1 ikat daun kesum
4. 2 batang bunga kantan
5. Garam sekukupnya
6. Serbuk perasa jika perlu
Untuk hiris
1. 1 biji bawang besar
2. Setengah biji timun
3. 2 batang kacang panjang
4. 3 biji limau kasturi
5. Taugeh
6. Daun salad
Cara masak laksa menggunakan daun kesum
1. Mula-mula rebus ikan kembung dalam periuk atau kuali. Air jangan banyak
sangat, cukup untuk tenggelamkan ikan sahaja.
2. Setelah ikan masak, asingkan isi dari tulangnya. Kisar ikan hingga
lumat menggunakan air rebusan tadi. Tulangnya buang ke dalam tong sampah
atau buat lah apa korang nak buat. Jangan tak buat apa-apa je.
3. Kisar bahan kisar kemudian masukkan ke dalam periuk bersama isi
ikan yang telah dikisar dan baki air rebusan tadi serta asam keping. Jika
terlalu pekat, tambah air mengikut kepekatan kuah yang korang suka.
4. Hiris bunga kantan mengikut ketebalan yang korang nak. Batang dia Ai
tak ambil. Masukkan ke dalam periuk. Jangan lupa daun kesum. Itu paling
utama tau. Masukkan daunnya sahaja.
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukupnya bersama serbuk perasa jika
nak. Kalau tak nak tak perlu letak.
6. Rebus laksa dan telur. Kemudian hiris bahan-bahan untuk dihiris tadi
dan susun cantik ke dalam pinggan.
7. Siap laksa yang pasti sedap menggunakan daun kesum!
Kuantiti bahan mengikut selera
Sebenarnya kuantiti bahan ikut juga selera korang. Ada orang suka ikan
lebih, ada orang suka masam, ada orang suka kuah banyak, ada orang suka
masin dan ada orang suka hirup kuah sahaja. Kuantiti bahan yang Ai
senaraikan ni ikut kesedapan tekak Ai dan Ai pasti korang pun akan rasa
sedap juga. Ditambah dengan rasa dan aroma daun kesum tu,
confirm licin!
Daun kesum boleh dimakan
Ini ada juga orang yang tak tahu tau, daun kesum boleh dimakan. Ianya
diletakkan dalam makanan bukan hanya untuk rasa, bau atau sekadar hiasan,
tapi boleh dimakan. Jangan risau, sedap.
Dulu pun Ai tak makan, sebab Ai tak nak cuba. Bila dah rasa, sedap
rupanya. Tapi bergantung kepada cara masakan. Tak sedap lauk tu, maka daun
kesum otomatik jadi tak sedap pada tekak Ai yang sedikit manja ni.
Kegunaan daun kesum
Umum tahu bahawa daun kesum sering digunakan di dalam masakan. Ia juga
boleh dimakan mentah sebagai ulam atau menjadi penyedap masakan seperti
laksa, nasi kerabu, asam pedas dan tom yam.
Minyak kesum pun ada tau, digunakan sebagai aromaterapi dan untuk merawat
kelemumur. Lepas ni tak payah beli syampu kelemumur dah, guna daun kesum
je. Murah pun murah, hehehe!
Dalam perubatan tradisional pula, daun kesum digunakan dalam tonik selepas
bersalin dan untuk rawatan penghadaman. Kalau untuk demam campak tu bukan
daun kesum tau, tapi daun bambu.
Khasiat daun kesum
Daun kesum merupakan salah satu herba yang memiliki pelbagai manfaat dan
kegunaan. Dari kajian farmakologi menunjukkan daun kesum mempunyai khasiat
seperti berikut.
1. Anti-oksidan
2. Pengoksidaan LDL
3. Anti-radang dan anti-mikrob
4. Meningkatkan penghadapan dan anti-ulser
5. Membantu sistem imuniti badan
6. Mengelakkan kerosakkan makanan
Daun kesum juga telah dijalani kajian klinikal dan mendapati:
1. Membantu daya ingatan
2. Melegakan tekanan mental
3. Meningkatkan daya tumpuan
4. Pengaktifan otak
Kesimpulannya
Daun kesum adalah tumbuhan yang memiliki pelbagai fungsi dalam pemakanan.
Dalam dunia moden yang semakin mengalami perubahan, penggunaan daun kesum
tak pernah menurun. Siap ada buku mengenai daun kesum iaitu
'The Wonders of Kesum'. Beli lah kalau korang nak baca tentang daun kesum dengan lebih
mendalam.
Ai dah mula terfikir nak buat projek tanam daun kesum secara besar-besaran
ni. Manalah tahu daun kesum jadi tanaman yang mahal harganya satu hari
nanti, kaya lah Ai! Hehehe! Berangan kan tak salah. Jangan lupa cuba
resepi ni tau. Pasti memenuhi selera korang. Insya-Allah.
Baca juga: Cafe Markisar
Baca juga: Kerang Masak Kam Heong
Sedap ni laksaaaaa
ReplyDeleteMemang sedap kalau buh daun kesum..
ReplyDeletebila nk buat lagi?
ReplyDelete