Zaman
belajar kan belum ada duit sendiri, duit poket datang dari ibu bapa yang beri
duit belanja. Nak minta lebih malu atau takut susahkan mereka, yang mana boleh
jimat tu kita jimat lah. Kalau setiap hari nak makan makanan di kedai hipster,
duit sebakul pun habis. Tapi duit RM1 laa.. Kalau RM50 sebakul, lama juga boleh bertahan.
Nasi goreng pilihan ramai
Sebenarnya Ai tak tahu pun kewujudan kedai makan Nasi Bukit di Padang Jawa ni.
Coco yang tunjuk pada Ai memandangkan dia ternampak di media sosial. Ai tak
adalah teruja sangat nak pergi sebab bukan sejenis makan banyak.
Tapi bila dah
pergi, Ai boleh katakan kedai ni boleh pergi jauh. Rasa nasi goreng dia
mengimbau zaman Ai belajar kat Kuantan dulu. Alaa... nasi goreng yang ada rasa
kicap tu. Simple je rasa dia. Korang pernah rasa ke tak? Pergi lah rasa
sebelum dia terlalu famous. Tak larat nak beratur nanti. Hehehe!
Ada macam-macam pilihan menu makanan
Menu makanan di Nasi Bukit Padang Jawa ni ada pelbagai. Juling juga lah mata
nak pilih makanan apa yang nak dimakan. Menu utama dia adalah hidangan nasi
dari nasi putih sampai lah nasi goreng. Cakap nak nasi goreng apa, hampir
semua ada!
Akhirnya kami pilih untuk makan Nasi Goreng Seafood, Nasi Goreng
Ayam Merah dan Char Kuew Teow. Tiga menu sahaja untuk lima orang. Makanan je kongsi, air order
sorang satu. Segala jenis laici lah kami order. Ada air laici, sirap laici dan
bandung laici.
Satu pinggan untuk empat orang
Kenapa makan berlima tapi order tiga je? Sebab satu pinggan dia besar dan
membukit. Sebab tu namanya Nasi Bukit. Itu pun siap bawa balik sebab tak
habis. Orang kedai tu pun dah tahu memang ramai tak habis, jadi dia dah
siapkan polisterin untuk bungkus bawa balik. Ambil je di sebelah kaunter tanpa
rasa segan silu.
Satu pinggan nasi goreng boleh makan berempat! Kalau korang
kaki makan mungkin satu hidangan boleh makan untuk dua ke tiga orang. Tapi
kalau korang boleh habiskan satu pinggan seorang, korang memang dahsyat lah.
Mana korang simpan nasi tu?
Harga makanan paling murah
Memang berbaloi-baloi! Sebenarnya Ai tak pasti berapa harga setiap pinggan
nasi goreng yang dihidangkan. Untuk dua pinggan nasi goreng, satu pinggan char
kuey teow dan 5 cawan air, semuanya berharga RM62 di mana Ai rasa sangat murah
sebab dapat makan makanan dengan kuantiti boleh kenyang dari tengahari sampai
malam.
Kalau dicongakkan, seorang dalam RM12 lebih. Ok lah tu, makan kenyang sampai malam. Siap ada lebihan untuk panaskan keesokan hari. Memang jimat kalau niat nak berjimat. Nak lagi jimat? Masak lah sendiri nasi goreng. Tapi ingat, sotong tak murah ye.
Cara nak order
Tak perlu fikir-fikir, duduk je di meja makan diam-diam. Nanti akan ada
pekerja yang datang ke meja bawa menu. Kalau dia tak datang, korang
panggil lah. Macam tak biasa pula kan. Lepas makan kalau tak habis, boleh ambil
polisterin di sebelah kaunter. Nak bayar pun kena pergi di kaunter.
Bawa kipas mini!
Perhatian kepada yang tak tahan panas, siap-siap bawa kipas mini dari rumah.
Kalau tak, memang berkicap! Kalau rasa-rasa nak kena ada air-cond sebiji,
korang makan je lah kat tempat lain. Tak perlu makan di Nasi Bukit Padang Jawa
tu. Tempat tu bukan untuk level-level pelanggan yang nak servis dan
persekitaran tip top.
Tempat letak kereta pun ikut nasib je letak di tepi-tepi
jalan. Kalau kereta penuh, jauh lah korang kena jalan. Tapi demi sepinggan
nasi, Ai rela jalan jauh. Asalkan tak kena beratur panjang, itu je yang Ai
kurang sanggup! Ye laa, perut dah lapar kena beratur pula. Boleh bertukar jadi
'mak kau hijau' tau.
Walau macam mana pun, untuk jangkan masa panjang pemilik kedai kenalah pertimbangkan untuk cuba kurangkan kepanasan tu. Ai husnuzon, masa pergi tu kipas dia rosak. Nasib baik tengah mendung nak hujan waktu tu.
Lokasi
Lokasi Nasi Bukit adalah di Padang Jawa. Korang guna Waze atau Google Maps,
mesti sampai. Insya-Allah tak sesat.
Alamat: Lot 641, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam,
Selangor.
Makanan sedap dan murah di Shah Alam
Kesimpulannya, kalau korang nak makan makanan yang sedap, murah dan mengenyangkan di Shah Alam, Ai syorkan korang pergilah ke kedai makan Nasi Bukit ni. Harga dia sangat-sangat murah untuk kuantiti yang banyak macam tu. Mungkin ada yang tak percaya. Korang boleh pergi dan rasai sendiri pengalaman makan di sana.
Amaran keras! Kalau tak makan banyak, jangan ngada-ngada nak pergi sorang. Takut tak habis, bungkus bawa balik, lepas tu beku dalam peti sejuk. Sampai masa buang. Kan dah membazir. Membazir itu amalan syaitan! Tapi kalau nak jimat banyak, inilah tempatnya.
Baca juga: Resepi Tauhu Bergedil
Baca juga: Rendang Hitam
pernah dengar tapi tak pernah jejak lagi. hahaha. kampung padang jawa ni dekat sangat dengan rumah. semenjak motor dah tersadai memang dah jarang makan2 dekat kg padang jawa. maklumlah semua orang bawa motor/ kereta macam takde otak hahaha. jadi nak pergi situ naik kereta macam stress tau. tapi padang jawa memang terkenal dengan street foodnya.
ReplyDeletekueteow tu nampak menggoda sungguh.
ReplyDeletedah lama tau psl tmpt ni teringinnnnnn nak gi. tp tu laa bla smpi sn x teringat lgsg adehhh
ReplyDeletenak kena try la bila ke sana ,banyak betul portion dia ....
ReplyDeleteBetul-betul banyak nasinya tu.. Berbaloi untuk dicuba..
ReplyDelete