Bila sebut je Pasar Seni atau juga dikenali sebagai Central Market, mesti korang dah boleh bayangkan tempat lepak hipster yang dibanjiri oleh remaja-remaja serta pelancong luar negara. Betul tak?
Tapi korang tahu ke Pasar Seni sekarang sangat berbeza dengan yang dulu? Kalau dulu pergi Pasar seni, tak meriah macam sekarang. Ai boleh cakap, takut nak pergi seorang diri. Rasa macam tak selamat nak berlegar-legar kat sana.
Pengunjung pun, boleh dikira dengan jari je. Lagi banyak pelancong asing dari orang kita. Kalau nak diikutkan, baguslah orang dari luar negara datang melawat Malaysia. Yang tak bestnya, bila ada segelintir yang bukan nak melawat, tapi nak buat jahat.
Dulu atau sekarang, Ai tetap suka pergi ke sana sebab tempatnya yang artistik dan unik. Korang nak cari kraftangan yang menarik, pergi je ke Pasar Seni. Mesti jumpalah apa yang korang nak tu.
Baca juga: Kafe Kleptokrat
Pasar Seni sejak 1888
Pasar Seni Kuala Lumpur atau Central Market ialah pusat kebudayaan, seni dan kraf Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bukan baru dibuka baru-baru ini, tapi sudah 136 tahun lamanya.
Sebagai sebuah bangunan yang mempunyai nilai sejarah yang signifikan, Pasar Seni telah berkembang jauh dari permulaan penubuhannya sebagai pasar basah yang dibina pada tahun 1888 kepada destinasi yang menarik untuk pelancong, pembeli dan pencinta seni.
Hari ini, Pasar Seni adalah destinasi yang mesti dikunjungi kerana menawarkan peluang membeli-belah yang unik di mana korang boleh menikmati kraftangan tempatan, tekstil, cenderamata, koleksi dan makanan ringan tempatan.
Bukan sekadar pengalaman membeli-belah, tetapi juga pengalaman menikmati warisan dan seni bina Malaysia sepintas lalu ketika ke sana. Senang cakap, Pasar seni ni ada vibe 'vintage' yang budak-budak hipster suka. Hahaha! Tapi Ai tak hipster tau!
11 Tarikan di Pasar Seni
1. Muzium Seni Ilusi 3D
Sebuah muzium seni 3D eksklusif dengan lukisan-lukisan tangan yang sangat menarik dan mengagumkan. Muzium ini sangat sesuai untuk semua golongan umur dengan memaparkan lebih daripada 36 lukisan.
Korang boleh bergambar dalam pelbagai gaya yang sesuai dengan lukisan. Oh ya, muzium ni terletak di tingkat 2 Pasar Seni. Bukan percuma ya! Ada harga yang perlu dibayar. Korang boleh semak harga tiket di sini >> Tiket Muzium Seni Ilusi 3D, Pasar Seni.
2. Lukisan batik DIY
Nak pergi Terengganu, jauh sangat. Dekat Pasar Seni pun korang boleh cari pengalaman mencanting batik. Sesekali ubah rutin buat kerja-kerja seni, apa salahnya. Mana tahu jadi hobi yang boleh mendatangkan duit pada korang, tak ada siapa yang tahu.
3. Tilik nasib
Nak tengok tak apa nasib korang di masa depan? Baik atau buruk? Di Pasar Seni terdapat seorang pakar ahli nujum terkenal dengan lebih 30 tahun mengalaman dalam seni tapak tangan, membaca muka, membaca kad tarot, numerologi dan feng shui iaitu Master Chin.
TAPI, TILIKAN ADALAH HARAM UNTUK UMAT ISLAM!!!
Jangan sesekali ya masuk ke situ untuk nak tilik nasib korang. Baik atau buruk, berserahlah kepada Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui dari segala-galanya.
4. Lukisan inai
Ada juga orang yang gelarkan inai ni sebagai tatu sementara, tapi pada Ai inai adalah inai dan tatu adalah tatu. Tak salah juga kalau korang nak gelarkan tatu sementara, terpulanglah. Jangan buat tatu betul sudahlah ye.
Inai tak semestinya pakai di majlis perkahwinan je, korang boleh pakai bila-bila masa yang korang nak. Kalau tak tahu kat mana boleh lukis inai yang cantik, cubalah datang ke Pasar Seni. Insya-Allah korang akan berpuas hati dengan hasilnya.
5. Spa Ikan
Bestnya pergi ke spa! Rendamkan kaki di dalam air, nanti ada ikan akan gigit-gigit kaki korang. Tak sakit pun tau, rasa geli-geli je.
Mula-mula mungkin korang takut, dalam 5 minit lepas tu korang akan mula rasa syok. Tahu-tahu dah habis masa yang korang bayar. Lepas keluar dari air tu, rasa kaki macam licin je dan nampak bersih. Tapi pastikan korang bagi ikan gigit tau, kalau tak mana nak datang hasilnya.
6. Pasar Besar
Dulu tak ada Pasar Besar ni, sekarang baru ada. Lebih dari sekadar kedai runcit, kat dalam Pasar Besar ni ada pelbagai barangan dan makanan buatan Malaysia. Memang macam-macam nak beli, tahan je lah jangan ikutkan sangat nafsu tu.
7. Galeri Pameran Cerita KL
Ok, di sini lain sikit. Tempat ni bukan tentang seni tapi tentang sejarah Kuala Lumpur. Korang mesti tak tahu sejarah penubuhan Kuala Lumpur kan? Pergi lah ke sini. Memanglah korang boleh Google je, tapi buatlah aktiviti yang lain dari lain untuk dapatkan informasi tentang sejarah lampau.
8. Masa untuk shopping!
Apa lagi yang menggembirakan perempuan kalau bukan shopping? Kalau ada benda lain pun dah tak terfikir bila dapat shopping. Korang boleh beli macam-macam di Pasar Seni ni termasuklah, barangan antik, pakaian, lukisan, kraftangan, cenderahati dan macam-macam lagi.
Nak cari hadiah pun boleh. Pada Ai, Pasar Seni ni dah macam one stop center untuk beli hadiah macam-macam majlis sebab macam-macam ada di sini.
Seni dan kraftangan
Bukan sahaja menjual barangan kraftangan, ada juga disediakan pelbagai perkhidmatan yang memberi pengalaman kepada anda untuk menghasilkan sendiri barangan seni dan kraftangan tersebut. Tak reti tak apa, yang penting anda mencipta pengalaman di sana.
Nak berseronok jangan buat seorang diri, bawa sekali keluarga atau rakan anda. Lebih ramai kan lebih meriah.
Selain itu, di Pasar Seni juga terdapat ramai artis yang berkemahiran tinggi dalam seni lukisan. Korang boleh juga beli hasil lukisan mereka yang dipamerkan. Nak mereka lukis potret korang pun boleh, cuma perlu sediakan duit je.
Selain tu, barangan kraf moden, klasik, kayu, plastik, kotak, bakul, perabot dan macam-macam lagi, semuanya ada di sini. Yang penting cantik, unik dan banyak yang korang mampu untuk memilikinya.
Pakaian dan aksesori
Di Pasar Seni, bukan tempat untuk korang mencari pakaian serta aksesori yang korang biasa tengok di kebanyakan pusat membeli belah atau atas talian. Di sini kebanyakan pakaian yang dijual berkonsepkan batik, kesenian, keunikan dan sebagainya. Sekali pandang, jelas nampak nilai artistik itu.
Ada juga pakaian dan aksesori yang biasa, tapi susah nak jumpa. Tapi paling mudah nak cari di Pasar Seni adalah barangan yang bertemakan batik. Macam-macam ada! Korang cakap jelah nak apa, insya-Allah ada.
Barangan antik
Koleksi barangan antik yang ada di Pasar Seni bukan saja dari dalam Malaysia, malah dari pelbagai negara luar. Sampai satu tahap, Ai rasa seram duduk lama-lama dalam kedai dia. Dah lah sunyi, banyak patung-patung pula tu. Huhuhu! Spesimen serangga dan rama-rama pun ada juga. Tapi Ai tak pasti betul atau tiruan.
9. Gadis dan bunga
Eh, tiba-tiba masuk tajuk lagu pula. Hahaha! Jangan pelik kalau ke Pasar Seni, korang akan nampak gadis-gadis berjalan sambil pegang bunga. Sama ada pasangan belikan atau mereka beli sendiri.
Ai pun ada beli bunga juga, sebab bunga tu nampak cantik dan feeling-feeling hipster. Tapi beli sendiri je. Buat raso-raso kata orang. Bunga tu korang boleh beli dalam Pasar Seni atau di luar. Ai beli di bahagian luar, di Kayan Tropika.
Harga bermula dari RM12 dan ke atas. Boleh mix and match dari pakej yang disediakan. Makin banyak bunga korang pilih, makin mahal harganya. Membeli jangan sampai membazir pula ya.
10. Poskad
Ni lagi satu kedai yang macam kena rasuk bila Ai masuk. Macam-macam poskad nationalisme ada. Poskad je pun, tapi mata Ai nampak cantik dan dah beli pun. Siapa ikut Ai pergi Pasar Seni lepas ni, belanjalah poskad sekeping dua. Huhuhu!
11. Jangan lupa OOTD
Perkara wajib bila ke tempat-tempat yang hipster ni, mestilah OOTD. Rugilah dah pergi jauh-jauh, redah jammed, redah kesesakan orang ramai, tapi bila sampai tak ada kenangan untuk dilihat semula.
Tak perlukan jurugambar yang profesional pun gambar korang mesti cantik punyalah. Tapi spot OOTD korang kenalah menarik. Nak bergambar atau buat content, pasti jadi.
Lokasi
Tak susah pun nak cari Pasar Seni ni sebab lokasi dia di tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Dari stesen, jalan kaki je, dah sampai.
Bagaimana nak ke Pasar Seni?
Kalau tak nak memandu, ini adalah antara alternatif lain yang korang boleh pilih untuk ke Pasar Seni. Buat pilihan dengan bijak supaya tak penatkan diri dalam perjalanan sahaja.
1. Jalan kaki
- 5 minit berjalan kaki dari Dataran Merdeka
- 5 minit berjalan kaki dari Petaling Street, Chinatown
- 6 minit berjalan kaki dari Masjid Jamek
- 9 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api KL & KTM (1910)
2. Keretapi
- MRT - Stesen MRT Pasar Seni
- LRT - Stesen LRT Pasar Seni
- KTM - Stesen KTM Kuala Lumpur
3. Bas
- 600 : Puchong Utama – Hab Pasar Seni
- 640 : Hab Bas Sri Manja – Hab Pasar Seni
- 821 : Taman Bukit Pantai – Hab Pasar Seni
- 822 : Bangsar Park – Hab Pasar Seni
- 650 : Taman Desa – Hab Pasar Seni
- 780 : Kota Damansara – Hab Pasar Seni
- 750 : Hab Seksyen 2 – Hab Pasar Seni
- 750 : Taman Sri Muda – Hab Pasar Seni
- 770 : Subang Mewah USJ 1 – Hab Pasar Seni
- 772 : Subang Suria Mah Sing – Hab Pasar Seni
- 782 : Hentian PJ Old Town – Hab Pasar Seni
GOKL-02(Purple) : Hab Pasar Seni – Bukit Bintang
HOP-ON-HOP-OFF - Perhentian bas No.17
Kena pergi ke Pasar Seni
Pasar Seni bukan sekadar destinasi lawatan yang biasa-biasa, tapi adalah lubuk seni dan budaya yang korang wajib pergi walaupun sekali. Dah pergi nanti barulah korang boleh nilaikan best ke tak best tempat tu.
Setiap sudutnya menawarkan sesuatu yang unik dan menjadikannya tempat yang harus dikunjungi oleh sesiapa sahaja.
Kalau korang nak rasa macam mana kesenian yang sebenar tapi tak nak keluar dari Kuala Lumpur, inilah tempatnya. Semoga artikel ini bermanfaat untuk carian tempat lepak korang.
wah..best nye..playing tourist..jarang2 ada gambau org lain dekat coretan sis..
ReplyDeleteHaaa kannn. huhuhu
DeleteZaman student u dlu suka cuci mata di sini.. nk shopping mmg x lah sbb mahal bg student, skrg ke sini bawak anak2 pula jalan.. vibe dia lain sikit tp x byk tmpt di malaysia ada vibe yg sama spt di pasar seni
ReplyDeleteSetuju, Pasar Seni ni kira legend.
Deletei dh berpuluh tahun tak gi sana...zmn2 bujang, ni tempat i selalu ronda2 laa sbb my office time tu (UOB medan pasar) was nearby jer....
ReplyDeleteDah lama tak ke sini
ReplyDeletebln lps dah pegi tp bla smpi tgk ramai sgt org... merayau kejap pastu g tmpt lain😁
ReplyDeleteDulu ni memang tempat lepak uncle... ramai kawan2 kat sana... Lama betul tak ke sana!
ReplyDeletemasa study di UM pd awal 90an dulu memang la selalu lalu CM ni untuk ke Bus Stand Klang atau Bangkok Bank. Sekadar cuci mata sahaja. Jrg2 sekali beli cenderahati kat situ..
ReplyDeleteDah lama tak dengar Bangkok Bank.
DeleteSalam Kenal.. Done follow dan jadi follower ke 426 :D\
ReplyDeleteCM ni tempat lagend ni.. dulu balik asrama mmg singgah wajib ke sini sebelum amik bas balik rumah.. hihiiii..
Auhhh thank you..
Deletennt kalau ada event2 best kat sini sy nak dtg...
ReplyDeleteSama! Nak repeat lagi.
DeleteDah lama sangat tak ke sana. tempat yang penuh dengan memori buat Cik Rose.
ReplyDeleteYe ke? Nanti share lah, boleh baca.
Delete