TRANSFORMERS ONE Roadshow: Tebus Tiket Filem Yang Eksklusif

Tuesday 27 August 2024

TRANSFORMERS ONE Roadshow: Tebus Tiket Filem Yang Eksklusif


Ada ke peminat Tranformers kat sini? Nak tahu sesuatu yang pasti best untuk korang? Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 September 2024 di beberapa AEON Mall sekitar tempat korang.



Ai lah salah seorang peminat tu, dan sebagai peminat dah tentu Ai teruja sangat nak temui model Transformers kegemaran serta melihat prop filem dengan paparan yang besar. Dan sudah semestinya sesuai sangatlah untuk nak OOTD!


Tebus tiket TRANSFORMERS ONE yang eksklusif

Sempena pembukaan tayangan filem Transformers One ini, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif.  Caranya senang sahaja, tak rumit pun.



Korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 untuk yang bukan ahli AEON atau RM200 untuk ahli AEON dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama. Peluang ni terbuka di mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri korang menerima ganjaran menarik ini.


Bukan itu sahaja, ada banyak lagi yang menanti korang! Bawa anak-anak korang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik, dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang hebat. Acara ini hanya sekali seumur hidup. Pasti bakal menjanjikan keseronokan dan kegembiraan untuk seluruh keluarga.



AEON Mall yang mengambil bahagian


Selangor & Kuala Lumpur

  • AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Metro Prima
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi



Johor

  • AEON Mall Bukit Indah
  • AEON Mall Kulaijaya
  • AEON Mall Tebrau City
  • AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

  • AEON Mall Bukit Mertajam


Perak

  • AEON Mall Ipoh 
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Ipoh Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Taiping
  • AEON Mall Seri Manjung



Negeri Sembilan

  • AEON Mall Seremban 2


Melaka

  • AEON Mall Bandaraya Melaka


Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama


Jangan lepaskan peluang untuk acara TRANSFORMERS ONE Roadshow yang luar biasa ini di AEON MALL tau. Banyak aktiviti dan hadiah menarik yang menanti korang di sana.


Sertai AEON Mall untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dengan "TRANSFORMERS ONE: AEON Celebrates All Malaysians as One."  Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama, kami tidak sabar untuk jumpa korang di sana!



Tertakluk kepada terma dan syarat


Untuk maklumat yang lanjut sila layari : 


Facebook: @AEONMallMY

Instagram: aeonmallmalaysia

Tik Tok: aeonmall.malaysia

Website: www. aeonmallmy.com

15 comments:

  1. alaa aein sini x de laa pula amik bahagian

    ReplyDelete
  2. Nasib baik akak x minat...citer macamnni suami akak je yg suka..😆😆

    ReplyDelete
  3. Aeon Kota Bharu x ambil bahagian plak. Masa kecik2 dulu ada la tgok kartun Transformers ni....

    ReplyDelete
  4. Aeon mall kuching x tersenarai pulak

    ReplyDelete
  5. wahhh menarik ni promonya! i minat gak lah transformers ni

    ReplyDelete
  6. Ian minat jugak la ni.. but dah belajar ni susah skt la kan

    ReplyDelete
  7. Cucu lelaki wak minat sangat bendalah ni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D