Pengalaman Kali Ketiga Di Dewan Bedah

Monday 14 October 2024

Pengalaman Kali Ketiga Di Dewan Bedah


Pengalaman kali ketiga di dewan bedah. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Mesti ada hikmah di sebalik segala kejadian. Dah cukup berhati-hati sekalipun, dengan kesilapan kecil boleh mengubah segala perancangan kita. Walaupun kita dah berada di atas landasan yang betul.


Bulan lepas, Ai mengalami kemalangan kecil di dapur rumah sendiri. Ramai yang tanya kenapa, ramai juga yang Ai tak balas Whatsapp, PM ataupun DM sebab tak larat nak taip panjang-panjang masa tu. Walaupun sekadar copy and paste je cerita yang sama. Nak membaca pun malas, inikan pula nak tekan butang send. Masa tu lah, sekarang dah rajin.


Baca juga: Laparoscopy


Bedah


Ceritanya bermula di sini

Jadinya Ai cerita terus kat sini jelah, kot-kot lah masih ada yang tertanya-tanya tentang kecederaan hari tu. Ceritanya bermula semasa ayah mentua Ai tak sihat. Masa tu adalah beberapa orang keluarga dan rakan terdekat datang melawat.


Selalunya kalau orang datang rumah dan Ai ada di rumah, Ai yang akan buat air. Bila tetamu dah balik, Ai jugalah yang akan kutip dan cuci gelas atau pinggan jika ada. Yelah, takkan lah nak harapkan mentua Ai yang buat pula kan. 


Tapi ni kalau biras yang lain tak adalah, kalau ada kami akan bergotong-royong di dapur. Untung Ai, mentua, biras, ipar dan suami semuanya baik-baik. Alhamdulillah. Masam muka kadang-kadang tu, biasalah. Lumrah hidup di dunia ni, mana ada yang sempurna.


Berbalik kepada cerita tadi, waktu nak basuh gelas yang terakhir, entah macam mana gelas tu terlepas dari tangan dan jatuh dalam sinki. Diulangi, dalam sinki. Masa tu Coco jerit 'kenapa tu?' sambil Ai tenung gelas yang dah terbelah dua. Nasib baiklah tak jatuh berkecai atas lantai.


Bila dengar suara Coco tu, barulah Ai tersedar jari dah berdarah. Mengalir tak berhenti. Dengan pantas Ai lalukan bawah air paip. Macam biasalah tindakan reflek bila Ai terluka kat dapur, memang akan cari air paip dulu.


Ya Allah... sakitnya Tuhan je yang tahu bila terkena air tu. Bila dah rasa sakit, Ai pun terjerit sikit 'aduhh!', lebih kurang macam tulah. Terus Coco datang dekat Ai dan waktu tu jugalah baru Ai perasan yang isi jari Ai dah terkeluar. Rasa sakit terus berganda-ganda ye waktu ni.


Bedah


Orang kata mengada. Tapi Ai kata, korang toreh jari sendiri sampai terkeluar isi dulu, lepas tu baru judge sakit ke mengada!


Dibawa ke hospital

Terus Coco ajak pergi ke hospital. Ai pun ikut jelah memandangkan darah pun tak nak berhenti mengalir, takut pengsan pula kat rumah. Macam biasa, kami ke KPJ, kebetulan ada doktor pakar hari tu. Memang rezekilah sebab selalunya tak ada doktor pakar pada hari Ahad.


Lepas doktor belek-belek jari ni, doktor kata kena buat minor surgery sebab dia nak kena buka luka tu, bersihkan kaca dekat isi dan jahit. Sekalilah dengan nak periksa kalau ada apa yang putus. Huhuhu


Ai bila dengar proses tu, terus minta bius penuh. Nasib baik doktor kata boleh. Tapi harga dia pun jauh lagi mahallah kan. Disebabkan Ai guna insurans, oklah. Bila lagi nak guna, masa-masa macam nilah nak manfaatkan insurans bayar bulan-bulan yang semakin mahal tu. 


Sementara nak tunggu GL, nurse buat dressing dulu cuci darah yang masih tak nak berhenti. Pedih-pedih manja gitu bila dia tepek dengan iodin. Lepas tu dia bungkus jari Ai, besar ye bungkusan tu. Tak tahu di mana relevannya bungkus besar-besar macam tu. Tapi Ai ikutkan je lah sebab mereka lebih tahu apa yang baik untuk pesakit. 


bedah


Tak lama lepas tu, Ai kena pergi buat x-ray. Mestilah nak tahu keadaan jari tu macam mana. Bengkok ke, putus ke, hilang ke, kita mana nak tahu. Dan waktu ni sangat mencabar! Radiographer suruh Ai bengkokkan jari yang berbalut besar tu, memang tak bolehlah cerita dia. Tapi dia cuba juga nak bengkokkan. 


Ai yang sopan lagi pemalu ni lagi sikit nak jeritkan dia. Tiba-tiba dia kata 'oh tak boleh, sebab jari you dah balut.' Ai macam... kau dah nampakkan dari tadi?! 


Dah settle x-ray, sambung tunggu wad lagi. Tunggu punya tunggu akhirnya Ai dapat bilik double. Ada jiranlah kiranya cuma jiran Ai tak masuk lagi. Nurse dekat wad tu tanya tak nak upgrade bilik ke, sebab insurans cover. Jadi Ai tukar bilik supaya Coco boleh teman Ai. Manja kan, hehehe.


Masuk ke dewan bedah

Ai kena bersihkan badan dan tukar uniform untuk dibedah. Barang kemas semua kena tanggalkan. Dalam pukul 6:00 petang, Ai ditolak masuk ke dalam dewan bedah. Walaupun ni bukan kali pertama, tapi Ai tetap rasa sayu hati dan berdebar-debar. 


Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni. Manalah tahu kalau jadi apa-apa waktu Ai tengah tidur tu. Macam Ai cakap tadi, kita ni hanya mampu merancang.


Sebelum lepas ke dalam dewan bedah, pakar bius datang jumpa Ai untuk terangkan proses dan risiko pembedahan. Bila semua dah ok dan faham, barulah Ai ditolak melepasi pintu dewan bedah. Sejuk sangat. Dalam dewan bedah, Ai kena berpindah ke katil lain. Tapi tak boleh turun dari katil. Pandai-pandailah nak pindah macam mana. 


bedah


Sebelum Ai ditidurkan, pakar bius suruh Ai selawat dan mengucap dulu. Sempatlah Ai tengok doktor yang bakal jahit jari ni. Dalam masa beberapa saat je, Ai hilang dalam 'Quantum Realm'. Alaa... korang tengok tak Ant-Man? 


Quantum Realm ni tempat yang Ant-Man terperangkap masa Thanos musnahkan bumi tu. Sepanjang Ai tidur, itulah yang Ai nampak. Warna merah. Lain orang lainlah benda yang dia nampak. Jangan samakan dengan pengalaman korang pula tau.


Sepanjang proses tu Ai memang tak sedar. Bangun pukul berapa pun tak sedar, sebab tengah mamai masa tu. Yang Ai ingat, soalan pertama yang keluar dari mulut ni 'suami saya mana?' dan nurse tolak ke bilik. Selebihnya Ai tak ingat sampailah betul-betul sedar jam 1 pagi. Terharu betul Coco dah siapkan makanan sedap. Tahu-tahu je Ai tengah lapar.


Urat jari putus

Keesokkan harinya, Ai dah boleh discharge. Terkejut beruk masa dapat bil, RM10k! Boleh keluar motor sebiji. Nasib baik boleh guna insurans, kalau tak mana nak korek? 


Long story short, doktor kata ada 1 urat Ai putus dan tak dapat nak sambung balik sebab halus sangat. Berkemungkinan deria rasa Ai akan hilang. Sedih masa Ai dengar macam tu, tapi alhamdulillah Ai boleh rasa sampai sekarang. Cuma sakit tu masih ada. Kena banyak senaman otot jari untuk elakkan jari keras. 


bedah


Oh ya, part paling best bila dapat MC 14 hari. Selepas 2 minggu, Ai pergi cabut benang, doktor nak bagi MC lagi tapi Ai tolak sebab dah tak larat nak duduk rumah je. Seorang Aisya Ismail kenalah bekerja keras untuk kepuasan diri.


Itulah kisah sedih ringkas dari Ai yang tak pasal-pasal dah dapat sakit. Jangan tanya macam mana gelas tu boleh kena jari sebab memang tak tahu dan tak perasan langsung. Tahu-tahu dah berdarah je. Gelas tu ada 6 biji, sekarang tinggallah 5 biji sahaja. Ai memang tak akan guna dah gelas tu sampai bila-bila. Trauma!


Moral of the story, berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara sebab kita memang tak akan tahu apa yang bakal terjadi. Bahaya sentiasa ada, kena pada kita atau tak je. Semoga dijauhkan. Insya-Allah...

3 comments:

  1. Sy pernah kena dkt jari tengah..Lepas lap darah x berenti keluar nmpk isi..Mlm tu gi farmasi je beli ubat tahan sakit tp pharmacist ckp kena jahit tp sy xmo gi klinik....mlm tu jgk x bleh tdo ngilu giler..=(...Sakitnya nk elok smp smggu..Krg2 ade jgk terasa nyilu2 dkt tempat luka tu...

    ReplyDelete
  2. Aduhhhhh....sakitnya...pernah kena masa akak umur 13 tahun...cuci cawan la kat sinki...kesan masih ada sampai sekarang...lagi pedih tengok bil tu ha..10k ko...mak oiiiiii....

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D