Jika diberikan rezeki dan peluang untuk menunaikan ibadah haji, siapa je yang tak nak? Ibadah haji ni adalah impian terbesar bagi setiap umat Islam. Lebih-lebih lagi bila usia dah semakin meningkat.
Bukan je sekadar impian, tapi wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. Haa… jangan pula ada yang cakap tak tahu. Dalam Rukun Islam yang kelima pun ada bagitahu wajib menunaikan ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan.
Mampu tu bukan saja dari segi wang ringgit, tapi termasuk juga fizikal, mental dan kesihatan yang baik.
Bagi kebanyakan orang, peluang untuk menunaikan haji adalah sesuatu yang dinanti-nantikan sepanjang hidup. Namun, tak semua berpeluang menunaikan haji pada waktu yang diinginkan.
Kadangkala, keadaan kewangan atau kesihatan menjadi penghalang. Namun, bagi yang belum berkesempatan, dapat menunaikan umrah sudah menjadi nikmat yang amat disyukuri. Kalau tak mampu juga, Ai doakan korang akan dapat peluang tu nanti.
Insya-Allah kalau ada rezeki, doakan untuk Ai juga dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.
MKM Ticketing Travel & Tours
Dah cerita tentang haji ni, Ai nak bagitahu kat korang tentang sebuah syarikat yang memberi peluang untuk korang menunaikan haji secara ekslusif.
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. (MKM) merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.
MKM juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya.
Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.
MKM menawarkan pelbagai pakej haji premium yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap jemaah. Haaa... musim haji 2025 dah makin hampir, inilah masanya untuk korang pilih pakej dari MKM.
Objektif MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
MKM sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian mereka akan memenuhi objektif-objektif berikut;
- Penginapan yang terbaik
- Perjalanan yang lancar
- Pengurusan yang cekap
- Perkhidmatan profesional
- Pelbagai pilihan kepada pelanggan
- Memberi altenatif yang sesuai mengikut citarasa pelanggan
Pakej Haji Istimewa 2025
Pakej Salam
Pakej Menara Jam
Pakej Safa
Pakej Firdaus
- Penerbangan Business Class (Tertakluk kepada kelulusan TH)
- Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi)
- Premium Lounge
- GMC & Bas VVIP
- Khemah VIP Mina (PMN)